Jadual harian semakin padat 3-4 hari ni. Maklumlah, ada orang baru kat rumah...
Hari Ahad haritu, dalam pukul 2 pagi, ummu aiman terbangun. "Alhamdulillah, dia nak solat tahajud kot," bisik hati saya. "Abang, ada leaking lah." Sudah. Paip mana pulak yang bocor memalam buta ni. Ooo, rupanya dia yang leaking.
Maka kami berdua pun bersegera ke Kuantan Medical Centre (KMC) dan sampai sekitar jam 3 pagi. Midwife bertugas menjalankan tugasnya. "Kepala baby sudah turun, tapi belum bukak lagi," kata midwife India tersebut. Selesai CTG bagai, kami pun 'check-in' ke dalam wad. Kalau kat Sydney, kemungkinan besar disuruh balik rumah semula. (Cerita kelahiran aiman tercatat di
SINI).
Lepas waktu subuh, contraction semakin kuat. Sekitar jam 9.30 pagi, ummu aiman ditolak masuk ke labour room. Contraction semakin kerap. Dia minta suntikan pethidine untuk menahan sakit. Lepas diberi pethidine, rasa lega sedikit katanya, kurang sakit. Namun ummu aiman ni memang sensitif dengan ubat. Kalau makan ubat batuk pun (yang tidak memberi sedikit kesan pun kepada saya), dia akan rasa mengantuk la la tu jugak.
Masa aiman dulu, ummu aiman diberi 'happy gas' sebagai penahan sakit. Itu pun dia 'lalok' dan high semacam. Kali ini pun sama, selepas suntikan pethidine, dia mula terasa melayang terawang-awang. Masa Aiman dulu tiba2 dia tanya pasal KFC. Kali ini agaknya kesan pethidine lebih kuat, maka lebih sikit dia 'bercakap-cakap'. Dalam keadaan sedikit 'high' itu, dia berkata...
-'alamak lupa nak simpan kuah pajeri dalam peti ais.'
-'eh aiman dah basuh berak belum?'
-sekali ada bunyi orang flush dari tingkat atas, 'Hujan! Baju tak angkat lagi tu!'
-tapi yang saya tak tahan sekali bila dia cakap, 'abang jangan tinggal elyn tau...' It makes me love her more and more. But I have nothing to offer accept my presence.
Bagi sesiapa yang ada pengalaman menemani isteri bersalin, I guess somehow you'll feel hopeless for not able to help much, accept reciting Quran, zikir and giving some support.
Masanya sudah tiba. Dr Suriati bersama dua lagi midwife serta saya sama-sama memberi semangat. Tiga kali contraction round, baby selamat dilahirkan. Secara otomatik saya menitiskan airmata, kagum dengan kuasa Allah, seorang lagi insan lahir ke dunia. Bukan insan biasa, tapi anak saya. Saya juga masih kagum dengan kekuatan yang Allah beri pada wanita. Tak terjangkau dek fikiran bagaimana jika lelaki yang mengandung dan melahirkan. Tak mungkin tertanggung!
Syukur, semuanya normal. A healthy girl, weighed at 3.28kg, 49cm long. Selesai azan dan iqamah, baby dibersihkan dan diletakkan di nursery bersama beberapa baby yang lain. Berita gembira seterusnya disampai kepada mereka yang lain yang menunggu di luar labour room.
ALHAMDULILLAH! Anak kedua kami lahir pada hari Ahad, 13.03.2011 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1432H pada pukul 12.40 tengahari.
|
Welcome to the World sweetheart! |
|
|
|
Abang Aiman yang excited dapat adik. |
|
Aiman melepas gian nak jadi baby, hahaha! |
: : Soalan seterusnya, 'baby nama apa?' kan? Tungguuu... Sambil2 tu boleh la teka... hehe.
: : Mutu gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone jer time tu.