Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, May 25, 2011

Bukanlah Kali Pertama

Hari ini sampai di kawasan letak kereta opis sekitar 9.15 pagi. Nampak dah banyak kereta, big boss pun dah sampai. Di bangunan baru ni, bilik big boss dekat ground floor, mengadap kawasan parking. With very wide glass windows and glass wall, rasanya memang dia boleh nampak sapa yang datang lambat, sapa yang balik awal. Ngee....

Maka dengan controlnya saya pun parking kereta. Elok saja tutup pintu dan tekan remote kunci kereta, seluk-seluk poket, tak ada. "Ceh tertinggal kunci lagi!" Ini bukanlah kali pertama, walaupan jarang-jarang berlaku. Terpaksalah balik rumah jugak ambil kunci. Maklumlah, kunci bilik baru, belum sangkut sekali dengan kunci-kunci yang lain. Mujur dalam 6km je jarak rumah ke tempat kerja.

Sebelum itu. 

Selepas hantar Aiman ke sekolah dia di hujung kawasan tempat kerja saya ni, dalam perjalanan ke opis, terserempak dengan sekor biawak yang agak besarrr. Slow je dia nak lintas, kereta dah dekat masih dok situ. Kemudian dia patah balik ke tepi jalan, tapi tak lari jauh. Dah tua barangkali.

Hati-hati, kawasan biawak melintas.

Biasa la biawak, mana-mana ceruk pun ada. Tapi, 2-3 bulan dulu, saya terserempak dengan sekor babi hutan, nak melintas jalan, tak jauh dari sekolah aiman, maknanya dalam kawasan tempat kerja saya juga. Good that sekolah aiman dan nursery baby tu berpagar. Tak sempat nak bawak keluar handphone snap gambar, sebab terkejut jumpa babi hutan besar kat tempat kerja, kekeke.

Tuesday, May 24, 2011

Nak promote pun berpada-pada la

"Anak kembar saya sering bersaing antara satu sama lain. Tapi satu perkara yang mereka sama setuju, mereka tak suka makan sayur".

Macam tu lah lebih kurang bunyi dialog dalam iklan kat TV tu. Iklan horlicks. Apa yang merimaskan saya, ibu tersebut kelihatan ceria dan gembira walaupun anak kembarnya tak nak makan sayur, sebab bagi minum horlicks dah cukup. Saya tak nafikan ianya berkhasiat, tapi cara penyampaian maklumat tu agak misleading bagi saya. Ianya seolah-olah menidak-apakan keadaan tersebut, dan bergantung penuh pada 'produk' tersebut, i.e. 'takpalah hangpa takmo makan sayoq pun, asal hangpa minum benda ni perabih'.

Saya rasa, sepatutnya muka ibu tersebut kena tunjuk risau. Kena bagitau macam-macam cara dah dicuba, dan tetap akan terus mencuba nak bagi anak kembar dia makan sayur. Then baru masuk part dia terjumpa produk ittew. Dan kena tegaskan ia bukan sebagai pengganti kepada sayur, tapi sekadar makanan tambahan yang membekalkan fiber. Ataupun buat je mcm iklan minuman lain dan highlightkan ia mengandungi kandungan fiber yang tinggi, tak payah tunjuk yang produk itu seolah-olah alternatif kepada sayur. Hah, dah macam pengarah iklan pulak aku!

Satu lagi misleading advertisement yang saya terjumpa seperti gambar ni. Dengan hanya empat gelas produk tersebut mengandungi seluruh kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan.

Kalau cenggini, minum 4 gelas, dan tak payah risau kalau anak-anak taknak makan pun.

Tak dinafikan jugak picky eaters memang susah nak dibagi makan, dan produk itu mengandungi vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tumbesaran. Tapi gambar piramid makanan sama dengan empat cawan produk tu yang akan mengelirukan mak bapak yang nak bagi makan anak-anak ni. Mungkin akan ada mak bapak yang mana anak-anak mereka tidak dikategorikan sebagai 'menghadapi masalah makan/pemakanan' akan tetap membelinya, kerana beranggapan ianya perlu untuk anak mereka.

Ini baru cerita dua iklan, dan mereka ni sekurang-kurangnya ada scientific evidence. Berapa banyak lagi iklan produk ntahapa-hapa dalam TV tu, berjenis-jenis air (padahal air kosong je pun semua), ombak besar lah, sarang burung lah, macam-macam lah. Banyak iklan-iklan short cut sebegini, yang claim bahawa ia mengandungi segala nutrien yang diperlukan. Sama juga produk-produk makanan minuman yang claim sebagai ubat segala penyakit, sesuai untuk semua, dan banyak lagi lah.

Promotion tu tak apa, tapi jangan mengelirukan, mislead pengguna dan mengambil kesempatan di atas meningkatnya health conscious di kalangan masyarakat kita hari ini. Kira nak cekau duit orang ja kebanyakan depa ni!

Friday, May 20, 2011

Jagalah Lidah

Makan apa tu sedap sangat?
Umur Aiman 2 tahun lebih masa ni.


Makan benda ni haa....

Lidah kambing selepas direbusss.

Yang membezakan keduanya ialah satu tidak digunakan untuk berkata-kata, dan satu lagi mampu berkata-kata.


A famous companion, Saidina Muaz ibn Jabal R.A. once asked the Prophet S.A.W, “Tell me about an act that will cause me to enter Paradise and be protected from the Fire.” 

“You have indeed asked something profound,” responded the Prophet S.A.W, “But it will be easy on whom Allah makes it easy."

"Worship Allah and do not associate any partners with Him. Establish regular Salat, pay Zakat, fast during Ramadan, and perform Hajj.” 

Then he asked “Shall I not tell you about the doors of good: fast is a shield (against sins and against Hell-fire), sadaqah (charity) extinguishes sins like water extinguishes fire; and the midnight Salat (the voluntary Tahajjud Salat).” 

Then he recited this verse: “Their limbs do forsake their beds of sleep, while they call on their Lord, in fear and hope: and they spend (in charity) out of the sustenance which We have bestowed on them.” [As-Sajda 32:16]

Then he continued: “Shall I tell you about the beginning, the mainstay and the high point of this? The beginning is (acceptance of) Islam; It’s mainstay is Salat; it’s highest point is Jihad.”

Then the Prophet S.A.W. asked: “Shall I tell you about the thing on which all this depends?” He, then held his tongue and said “Guard this.” 

Sayyidina Muaz ibn Jabal R.A. asked: “Shall we be questioned about our utterances?” On this the Prophet S.A.W. said, “Most people will be thrown into Hell—face down—because of the transgressions of their tongues.”


: : Buatlah amalan sebanyak mana pun, jika tidak menjaga lidah mungkin akan menjadi sia-sia.



Tuesday, May 17, 2011

Ulat Beluncas


Dari ulat jadi kepompong ... lalala ... jadi rama-rama yang indah

Ulat beluncas di celah daun
Tersipu malu pada sang bunga
Anak dara bersopan santun
Terpikat hati bakal mentua

Ulat beluncas peria katak
Pahit rasanya daun mengkudu
Pandai tidak adik memasak
Kerana abang lapar selalu


: : Apa benda la tukang karut ni...

Thursday, May 12, 2011

Lawatan Virtual Ke Dalam Big Ben

Kalau Aiman ada, channel 613 ialah channel wajib. Jarang amat boleh tengok channel-channel lain melainkan dia main game di TV satu lagi atau buat homework. Itu pun akan ada gangguan konsentrasi atau 'siaran tergendala' bila dia tanya soalan.

Dengan ketiadaan Aiman, remote TV menjadi hakmilik saya sepenuhnya. Saya telah 'berkawan' dengan History Channel, berjaya menonton 3 program penuh.

Pertama mengenai The Forbidden City of China: The Centre Of The World (kalau tak silap la full title dia). Ia menceritakan bagaimana rampasan kuasa dilakukan oleh Zhu Di yang kemudiannya digelar Emperor Yongle, dan seterusnya bertanggungjawab membina Forbidden City.

Kedua mengenai Forbidden City juga, tetapi bertajuk The Reign of The Concubine. Siri ini menceritakan bagaimana seorang gundik diraja menggunakan 'kebijaksaannya' sehingga berjaya melahirkan waris diraja, kemudian 'memerintah' China dari belakang tabir. Memang di belakang tabir sungguh. Apa yang digambarkan, di dalam dewan mengadap, dia akan duduk di sebalik tabir di belakang singgahsana maharaja, yang juga merupakan anaknya, sambil 'mengarah'.

Ketiga, dan paling saya suka ialah dokumentari mengenai Big Ben, menara jam besar di London. Ia berusia lebih 150 tahun, dibina sekitar tahun 1850-an. Jam besar ini mempunyai 5 buah loceng, dan Big Ben merujuk kepada loceng terbesar, yang berbunyi untuk menandakan waktu (which strikes on the hours). Lagi empat loceng lagi mempunyai saiz yang berbeza, berbunyi pada setiap suku (quarter) dengan irama Westminster Chime.

Big Ben sebenarnya semakin senget, cerapan terakhir menunjukkan ianya sekitar 179mm menjauhi titik tegak (vertical point). Antara faktor yang mempengaruhi menara ini menjadi senget ialah pembangunan sekeliling terutama pembinaan laluan keretapi bawah tanah berhampiran. 

Sebagai sebuah mechanical clock yang terbesar, Big Ben digerakkan dengan kuasa gravity dan hayunan pendulum. Ia merupakan antara mechanical clock yang paling tepat di dunia. Tiga watchmaker yang handal ditugaskan untuk mengawal dan menyelaraskan masa dan detik Big Ben, selain daripada pasukan penyelenggaraan yang lain.

The clock movement, penggeraknya, mempunyai tiga train berlainan: satu untuk masa, satu untuk hour strike, dan satu untuk chime strike.

Salah satu daripada loceng di dalam Big Ben.

Pasukan abseiler diperlukan untuk kerja-kerja pamuliharaan muka Big Ben.

Jadi hari ini saya telah masuk ke dalam sebuah clock tower yang terkenal secara visual. Sangat teringin nak masuk betul-betul. Saya memang peminat jam, terutama mechanical movement, maksudnya jam yang tak pakai bateri. Saya boleh termenung perhatikan pergerakan setiap unit dalam perut jam. Di ruang tamu terdapat 5 buah jam: 3 mechanical dan 2 jam bateri. Satu lagi di tangga, dan satu dalam bilik tidur. Jam tangan... ada 11 kot ... hehe...


: : Source of the pictures from HERE.

Tuesday, May 10, 2011

Cuba cakap betul-betul

Tinggal sorang-sorang memang tak best. Takde orang nak disakat, dimarah, digomol. Takde orang jugak nak suruh kita tolong itu, tolong ini. The only best thing is I'm at home, my own place.

Bosan, maka weekend haritu pegilah ke drive-thru McD teluk cempedak. Bila bagitau mama aiman je yang saya ke drive thru, belum start cerita dia dah gelak dulu. Hampeh!

Flashing back when we were in Sydney, one of the halal McD located just about 10 minutes walking distance from our home. Jadi selalu la jugak ke situ.

Girl: "Yes sir, what would you like to have today?"
Me: "Can I have / I would like to have one medium big mac meal, ... "and the order continues.

That's how they speak, similar to how they write, despite the Aussie accent. Macam kita, bahasa buku dengan bahasa percakapan harian is like totally different, kecuali mungkin filem Yusuf Haslam.

Masa baru mula-mula first time order drive-thru kat TC's McD tahun lepas:
Girl: "Selamat datang. Sila order encik."
Me: "Boleh berikan saya satu big mac meal yang besar, ... " and I went on with Bahasa BAKU. Frankly, it was natural, bukan saya sesaja. Masa tu memang mama aiman dah dok tahan-tahan gelak tutup mulut.

OK back to last weekend. Saya dah ada satu glass coke. Jadi saya nak lah cari sebiji lagi untuk mama aiman. Keboringan dan digabung dengan sedikit lapar petang Ahad itu saya pun ke drive-thru McD TC. Tried to act cool this time.

Girl: Selamat petang encik, sila order
Me: Err, saya nak glass meal.
Girl: Ya?
Me: Glass meal satu.
Girl: Encik nak apa?
Me: Glass meal.
Girl: Encik nak gelas aje ke?
Me: mmm, ok, tak, dengan Big Mac.(kemudian terus belagak cool sampai habis order, glass meal je pun)


Well, I do have this problem making orders at drive-thru. I tried to sort of rehearse the dialogue in my mind everytime while in the queue, but it does not help. Something always went wrong. Sigh!

Rindu sangat kat budak ini, adik dia dan tak dilupai mama dia. Will be bringing you all back to Kuantan this weekend, yeay!

Saturday, May 7, 2011

Happy Mothers Day 2011

I know it is tomorrow, but why wait?

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. ..." 
[Surah al-Ahqaf: 15]

“Setiap dosa akan Allah tangguhkan (hukumannya) sesuai dengan kehendak-Nya, kecuali (dosa kerana) derhaka kepada ibubapa. Sesungguhnya Allah swt. akan menyegerakan hukuman perbuatan itu kepada pelakunya di dunia ini sebelum ia meninggal.” [Al-Hadith]

There's a lot of Ayat in the Quran as well as Hadith of the Prophet telling us to be kind to our parents, love them and obey them at all time. Even after they are no longer living in this world, we should continue to pray for them. This is because we will never be able to pay back of what they have done to us, all the sacrifices they've made, especially mothers.

I dedicate this song especially to my mother -I love you mama- (wish she will read this), and to the mother of my children (I love you too), and to all mothers out there. 

Listen and understand the lyrics... Happy Mothers Day...


Who should I give my love to?
My respect and my honor to?
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight

That's right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cried
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother...


Friday, May 6, 2011

♥--------ABAH--------♥

A friend shared this in FB, and it makes me miss my dad so badly...

Hanya satu, tiada gantinya...
Mungkin ibu lebih kerap bercakap di telefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yg mengingatkan ibu untuk menelefon dan bercakap dengan kita?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!" Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaan nya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya asalkan kita mahu terus belajar. Saat kamu berjaya, ayah adalah org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga... 'Ini anak aku,' kata ayah...

Sampai ketika jodoh kita telah datang. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama menantu barunya, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita, ayah tetap menyediakan makanan yang disukai kita, serta menantu dan cucu-cucunya...



~Saya rindu Abah~
~Al-Fatihah~



#edited from the original article in facebook#

Thursday, May 5, 2011

Yang Pergi Ada Pengganti

Kepulangan saya ke Taiping minggu lepas juga membawa kepada perpisahan saya dengan anak-anak 'bukan manusia' saya. Kalau masih ingat, dalam dua minggu selepas adik aiman lahir, anak-anak Bobby & Lily pula keluar ke dunia. Dah sebulan lebih umur mereka.

Aiman dengan salah satu daripada empat beradik itu ketika mereka berumur beberapa hari.

Memang saya dah pun berjanji dengan Pak Tam awal-awal dulu yang seandainya Bobby dan Lily punya zuriat saya akan berikan sepasang. ALhamdulillah, daripada 5 biji telur, empat yang berhasil. Satu kejayaan saya kira bagi first time mother macam Lily. Maka seperti dijanjikan berpisahlah saya dengan dua daripada mereka ini...

Keempat-empat beradik ini membesar dengan sihat, warna sebenar belum keluar lagi.
Pada awalnya, sehari-dua selepas menetas, saya dapati Lily sering mematuk-matuk bulu sayap anak-anak ayam yang kiut itu, akhirnya berdarah. Maka saya asingkan, dan hand raise mereka berempat. Mengasuh anak ayam tak sesusah mengasuh anak kucing atau anak arnab yang ditinggalkan ibu, macam yang pernah saya buat kecik-kecik dulu. Letak saja dedak halus dan air, tahulah depa makan sendiri.

Sekor ni je yang tumbuh balung awal, sah-sah jantan. Semoga membesar menjadi ayam Taiping yang sihat.

Baru-baru ini, Lily bertelur lagi. Mulanya saya cadang untuk mengambil telur-telur Lily, supaya dia berehat dulu sebelum mengeram generasi kedua. Saya makan 3 biji, pecah sebiji sebab jatuh ke bawah reban. Kemudian saya tinggalkan the adults, saya ke KL untuk berbengkel hujung April hari tu. Balik dari Taiping, tengok-tengok Lily baik punya dok mengeram. Ada 4 biji! Maknanya kalau saya tak ambil langsung ada 8 biji! Hmm... produktif jugak...

Fresh eggs: Perbandingan saiz telur ayam serama dengan telur biasa.
:: Kalau ada 3-4 ekor ayam betina yang produktif, boleh maintain supply telur untuk seisi rumah ni...

Happy 4th Birthday Son!

Today is Aiman's birthday. He is 4 years old now. How time flies...
The cake was bought when we were in Taiping, we celebrated his birthday in advance with his cousins. It was an orange cake, and it was yellow in colour.

May you grow up strong and healthy and become a good Muslim. Lots of Love from Babah.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wednesday, May 4, 2011

Cukoq Kepala

Minggu terakhir April saya sekali lagi berbengkel di KL, 5 hari direct. Penat. Sementelah dah dok ada di KL dan weekend lepas panjang sikit sebab ada cuti labour day, saya pulang ke Taiping. Sedara-mara pun ramai yang belum tengok baby lagi.

Pasrah kepalanya digondolkan.
Projek hari Isnin, cukur kepala adik. Mak Su, mak bidan yang sama yang pernah mencukur dua anak menakan saya sekali lagi dipanggil. Memang cekap. Alhamdulillah, botak licin. Bukan apa, ada juga cerita yang mak bapak terpaksa 'alter' rambut baby dek kerana ketidakcekapan si pencukur yang mengaku boleh buat, tapi akhirnya kepala baby jadi tobek-tobek.

Walaupun botakhead, adik tetap maintain cun... hehehe

 : : Meninggalkan mama sendirian di Taiping adalah suatu perkara yang kalau boleh saya mahu elakkan. Perasaan meninggalkan dan ditinggalkan; perpisahan; adalah sesuatu yang amat tidak seronok. Namun itulah pilihannya. Semoga Allah sentiasa melindungi mama. Saya sayang mama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails