Kerana dirimu amat berharga

Saturday, June 4, 2011

Musim Cuti = Musim Orang Kahwin

Musim cuti sekolah di Malaysia ni amat sinonim dengan musim orang kahwin. Hari ni ada juga jemputan kahwin rakan sekerja di KB. Memang berangan nak pegi, tapi baby pulak demam. Minggu ni dia baru mula masuk nursery, dah terus first time demam.

Lebih kurang dua minggu lepas kami ke Putrajaya menghadiri jemputan kahwin adik kepada seorang sahabat, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan masa di Sydney dulu. Majlis kenduri dibuat di Kelab Tasik Putrajaya.

Rombongan pengantin lelaki tiba diiringi kereta mini (ada satu myvi sesat kat belakang sekali, ekeke)
Aiman meninjau kawasan, mujur tak ada orang mandi tengah-tengah hari buta tu, kalau tidak mesti nak terjun sekali tu.

Musim cuti sekolah juga akan kelihatan bandar Kuantan dibanjiri pelancong tempatan, banyak kereta-kereta luar kelihatan. Seronok cikgu-cikgu juga dapat bercuti kan.

Cerita pasal cuti, saya heran juga kenapa cuti saya tak banyak. Seingat saya dulu-dulu bila masuk Januari cuti jadi 30 hari balik, tapi bila semua nak di'online'kan (canggih la sangat kan...) cuti jadi berapa belas hari je. Dah nak kena berjimat cermat, tak boleh nak cuti panjang-panjang, simpan untuk raya, pastu ada dua kenduri kahwin sedara-mara, pastu kot-kot ada emergency ke lagi...




5 comments:

  1. AzD, kak tirana ni cuti ke tak cuti, sama aje...tapi cuti sekolah ni pagi2 relax sikit, tak payah hantar anak2 ke sekolah.

    ReplyDelete
  2. cuti byk, tapi x amik pun...sbb masa cuti sekolah, xsyok nak cuti gak.ramai umat merata-rata

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana, teringin saya nak kerja macam tu, hehe. Good to see you back ;)

    Isabelle, takpa nanti boleh dapat golden hand shake kan...

    ReplyDelete
  4. azdie, kenapa cuti jadi belas2 hari? Tak tanya MSD?

    ReplyDelete
  5. kak anon, ntah la. Dia naik sikit-sikit, ntah sistem apa diorg pakai tak tahu lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails