Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, March 27, 2012

Turning Points in Life Cycle



power naik lagi, makin tua agaknya


Haha, tajuk dekat nak sama dengan subjek yang saya mengajar sem ni.

The family meeting we had on the weekend reminds me of one of the important 'turning points' in my life: getting married. 

Sebelum reti berfikir dulu, saya lebih selesa to go with the flow. Orang suruh belajar kita belajar. Suruh mengaji kita mengaji. Rasa nak buat apa buat. Bila sangkut then cari penyelesaian. I only cross the bridge when I come to it, cewah.

Tapi bila dah tua sikit (bukan tua la, dewasa sikit), keputusan yang kita nak kena buat makin memerlukan penelitian, perancangan. Tak buleh nak main cross-cross the bridge macam tu saja. Nak kena anticipate apa ada sebelah sana sungai, cause and effect kalau lintas, atau nak kena cari jembatan lain ke, kemudian mana nak hala selepas tu, dan banyak lagi. Hangpa paham ka apa yang saya tulis ni. Falsafah la sangat kenn.

Mesti ada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan, yang merubah sedikit, kalau tak banyak, diri kita. Jom flashback sikit...


Kahwin

OK, yg ni memang merubah suasana kehidupan kita. Daripada sorang jadi berdua. Lepas saja angkat akad nikah, rasa macam ada batu menghempap kepala. Ya, kita dah terima satu tanggungjawab besar. Adeh, tak reti nak cerita. Yang pasti, depa pi tangkap video saya nangis masa peluk my mom, huhuuu...

Masa bujang nak buat apa ikut suka. Makan tak makan pun takpa. Tapi bila ada bini, ada tanggungan. Kita takmo makan pun, kena make sure dia makan. Kalau dua-dua tak reti masak, kena belajar lah. Dan saya percaya yang memasak di dapur rumah sendiri adalah antara resipi bahagianya rumah tangga (cewah mcm ayat dalam majalah pulak kekeke) 

Tempat tinggal pulak kena sediakan yang sesuai dan selamat, takkan nak sumbat bini kat rumah bujang pulak. Sapa yang dok dengan mak bapak, dia tak merasa lah 'nikmat' menyediakan tempat tinggal untuk keluarga sendiri, membentuk syurga kita sendiri. Ye lah, kan 'rumahku syurgaku'. Bila duduk sendiri baru tahu betapa susahnya nak maintain rumah, bil itu ini, atap bocor pulak, rumput panjang. Habuk di lantai sapa nak lap. Nak sediakan kerusi meja, dapur, jam dinding, jam lantai, TV. Segala mak nenek lah, sampai complete dan layak dipanggil tempat kediaman yang selesa. Ingat lagi mula2 kawin duduk rumah sewa saja. Masih terbayang saya pi beli TV sendiri, sorang2 sebab bini tak tukar tempat kerja lagi. Kemudian peti ais yang rendah drp saya, mesin basuh yg manual, dapur yang kodi. Bila isteri baru dapat tukar tempat kerja, dia pi beli katil. Sebelum tu saya beli tilam je, letak atas lantai. My reason was nanti nak pindah rumah sendri susah nak berangkut. Tapi takpa la, katil yang kukuh adalah suatu yang penting jugak ;p. 

Pakaian perlu disediakan dua persalinan lengkap setahun (saya tak ingat mana saya dapat info ini) dan mesti menutup aurat. Kempen ke arah kesempurnaan berpakaian masih lagi diteruskan oleh saya. Dan saya sangat terharu pada suatu hari baru-baru ini si dia berkata,"abang, belikan jubah!". 
Alhamdulillah...


Isteri mengandung dan dapat anak

Bagi saya, yang ini lagi banyak memberi perubahan. Saya tak tahu nak gambarkan macamana, tapi saya sudah mula risau akan masa depan budak kecik itu. Berbanding isteri, yang masuk bawah tanggungan kita masa dia dah umur 25 tahun, budak kecil ini akan dicorakkan oleh tangan kita sendiri dari awal. Saya rasa mula daripada situ lah saya sering mengambil ibrah dan pengajaran daripada kejadian sekeliling, dan bagaimana nak membesarkan anak2. Mendidik anak dan isteri untuk menuju ke syurga menjadi suatu matlamat selepas saya mendengar ceramah agama, di mana antara lain point ustaz tu ialah seorang suami/ayah tidak mungkin dapat masuk syurga dengan mudah, jika dia tidak dapat membawa keluarganya bersama. Aiyo, takut ooo dengar. Dan itu adalah kejayaan yang sebenarnya, yakni masuk syurga bersama ahli keluarga. Jadi bagi seorang suami/ayah, cuba lihat sekeliling kita. Ada chance tak kita nak masuk syurga dengan apa yang kita dok ada sekarang? Anak bini kita macamana adab dan pakaiannya, rumah kita macam mana hiasannya, harta kita ke mana mengalirnya. Adeh, banyak nya yang belum sempurna...

Semua pasangan yang nak dapat anak bila ditanya akan menginginkan anak yang soleh dan solehah. Sebelum nak dapat anak yang soleh, mak bapak perlulah meng-islah-kan diri dulu. Macam mana anak nak jadi soleh jika first role model nya toleh. Daripada situlah saya rasa saya dan mama aiman memulakan misi perubahan. Dan perubahan demi perubahan terus berlaku, alhamdulillah, kerana kita masih belum sempurna. It is not one man show, kena ppakat, dan peranan suami sangat penting untuk initiate perjuangan ini. Jadi, mulakan menuntut ilmu.



Perginya ayahanda ke Rahmatullah

This is huge. Struktur keluarga dah berubah. Saya semakin sedar dan yakin bahawa dunia ini tak ada apa-apa nilai dari segi material. Abah dibawa keluar dari rumah sehelai sepinggang, tinggalkan segalanya. Yakin dengan pesanan nabi bahawa antara yang sampai kepada orang yang dah meninggal dunia ialah doa anak-anak yang soleh, maka kita sebenarnya tiada pilihan selain berusaha menjadi salah seorang daripada mereka jika kita sayangkan ibubapa kita. OK, takmau tulis panjang bab ni, nanti saya nangis, sebab sedih dan sebab saya tahu saya bukan sesoleh mana pun, banyak kekurangan.

Note: ini hasil penulisan time tak ada mood. Not sure why, I have no mood to work this afternoon. Nasib baik tak moody.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails