Kerana dirimu amat berharga

Sunday, February 24, 2013

Lawatan ke Jengka

إذا دعي أحدكم إلى وليمة فليأتها
Maksudnya : "Apabila salah seorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah dia datang menghadirinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kelmarin seperti yang dirancang kemi ke Bandar Pusat Jengka menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja. Sampai di majlis kenduri pengantin baru nak makan. Sempat juga bertemu rakan2 lain dan ramai juga student yang hadir. Buat pengantin, semoga bertambah keimanan dan kekal bahagia selamanya.

Balik ikut jalan lama dari Jengka ke Maran dan terus ke Kuantan - free dan dapat melihat suasana keliling. Datang paginya melalui LPT keluar di Chenor - RM12.30.



Sebelum sampai di Maran, ternampak ada kawasan orang berkelah, maka singgah sebentar di Sg Yeh. Budak berdua ni excited nampak air, akhirnya masuk juga. Babah pulak tak bawak apa2 persalinan, tapi basah juga sekerat seluar. Tengah syok main air tiba2 hujan. Terpaksa lah naik...



Sampai di Maran singgah solat di Masjid Maran. Berkurun dah tak singgah ke sini. Betapa lama tak ikut jalan lama. Setiap kali ke KL mesti ikut LPT sebab ikut kata mam besar. Saya rasa jalan lama lebih seronok, cuma kadang2 kalau banyak lori maka perjalanan jadi lembab sikit. Dan di jalan lama kita boleh praktis skill memotong, lebih alert dan mungkin kurang mengantuk.



الحمد لله

Saturday, February 23, 2013

Jangan lupa bayar zakat :)

They are creative. They are a bit different. They won first prize for the LZS 2012 Dakwah Video Contest. And they are from one of my classes. My prayers is always with all of them.

Watch the clip and understand the message...



.

Monday, February 11, 2013

Bekerja kerana Allah, tak perlu sentap sentap

Genap seminggu semester baru bermula di tempat saya berkhidmat. Hari pertama agak mencabar apabila telefon berbunyi dengan kerap, sms dari staff dan pelajar bertalu. 

Kerja pentadbiran terpaksa diberi perhatian terlebih dahulu apabila di pejabat, walaupun saya ada kelas yang perlu diteliti juga kandungannya. Semester ini saya pegang dua subjek jabatan, beserta satu subjek tambahan; parenting. Ditambah pula dengan empat topik jemputan di kulliyyah pergigian. Sungguh, mengajar di dalam kelas banyak membantu mengurangkan stress kerja kerja pentadbiran. Enjoy ketika menyampaikan kuliah (ngepek jer lebih).

Sedangkan pokok di atas batu pun boleh membesar. 
Antara yang tidak dinyatakan dalam skop kerja atau diajar dalam training ialah menghadapi pelajar menangis. Sepanjang menjadi HoD, telah beberapa kali pelajar datang dan menangis ketika bercerita masalah mereka. Dan ia berlaku lagi minggu lalu. Setakat mendengar dan mententeramkan itu boleh lah. Kotak tisu memang ada di atas meja. 

Sentap. Itu juga tidak pernah saya minat untuk terlibat sama. Namun bila berorganisasi, perkara itu terpaksa juga kita hadapi. Kadang-kadang letih juga memikirkan pelbagai karenah manusia. Namun jika kita mampu menerima bahawa manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat yang tersendiri, ia menjadi satu ujian dan cabaran buat kita hadapi.

Jika kita bekerja agar dilihat atau dipuji oleh manusia, apakala kerja kita dipersoal atau dikomen pasti kita sentap, kerana niat awalnya agar manusia 'pandang' pada kerja kita. Namun kalau kita bekerja untuk Allah, ketika kerja kita dikomen atau dikritik oleh manusia lain, kita tidak berasa sentap kerana kita hanya mengharap pada penilaian Allah. Dan andainya kerja kita itu diniat untuk Allah, maka sudah pasti kita akan usaha untuk memenuhi piawai yang sepatutnya.

Kerja kita juga ibadah. Semoga Allah sentiasa menghadirkan rasa ikhlas dalam bekerja pada hati kita. Bukan untuk manusia, tetapi untuk mencari redha-Nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails