Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, April 9, 2008

rumah oh rumah...

Awat laa susah sangat nak dapat rumah la ni. Dah 2 kali apply kena reject. Alasannya, banyak sangat application. Seingat aku dulu masa mula2 mai senang je nak dapat rumah. Pi tengok, isi borang pastu dapat la. Tak lagu la ni, masa inspection aje berdoyon-doyon orang datang nak tengok rumah. Mana tak banyak application, landlord pun pilih la mana yang dia suka.

Apasal kami dok cari rumah? hmm... rumah la ni nak kena juai. makna kata, nasib kami belum tentu lagi dapat terus dok sini ka atau kena keluar bila rumah ni dah kena juai. Dok perati orang2 yang mai tengok rumah ni gaya macam beli nak duduk sendiri, takdak muka nak sewakan pun. Dah la rumah susah nak dapat la ni. Tu yang kami dah mola cari rumah tu, kalau ada yang OK pindah pi lah, takdak la kalut sangat nanti. heiii... ini semua pasal interest rate bank kat sini naik la, banyak rumah 'for sale' la ni. rumah kat Sydney ni toksah cakap la, mahal bedengung. Unit mcm aku dok la ni ni nak juai $249000. kalau kat malaysia dah bleh dapat rumah besaq dah.

Hmm takpa... saja nak cerita la. Baru lepas survey house for rent kat internet, ada la nak pi tengok kot nanti. Harap2 dapat la mana yang sesuai...

2 comments:

  1. hmm.... rumah oh rumah kenapa mahal sangat?? mcmana aku tak mahal, interest rate naik lagi...
    jgn tensi2 ok laling... i kan ada ;)

    ReplyDelete
  2. ish ramai jugak bloggers kene pindah ni

    penat kan pindah2 ni, i dah lebih 4 kali pindah randah tau, hazab sungguh

    cari rumah kat internet senang kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails