Tahun lepas, kami sekeluarga dengan kawan-kawan pergi ke Bayview Boulevard Hotel di Sydney. Tujuannya nak makan makanan Malaysia sebab hotel tersebut sedang mengadakan Malaysia Food Festival. Makanan yang dihidangkan pula halal.
Makanan yang dihidangkan OK la, walaupun tak meliputi makanan dari utara sampai selatan Tanah Melayu. Kuih pun tak banyak pilihan. Selain makan, ada juga persembahan tarian tradisional melayu oleh pelajar2 universiti.
PERADUAN
Sebelum balik, manager yang ala-ala mamak Penang memberikan borang peraduan kepada kami semua. Maka sakanlah kami-kami ini mengisi borang peraduan. Saya tidaklah menaruh harapan sangat nak menang, tetapi PA saya ni insist saya isi juga borang peraduan itu. Hadiahnya memang menarik, 2 tiket penerbangan pergi-balik ke Pulau Pinang beserta dengan 5H4M penginapan di Bayview Beach Resort Penang. "OK la OK la, tulung pikiaq sat nak tulih apa," saya mengalah.
Maka berfikirlah sel-sel otak saya yang dah kekenyangan. 'Part' yang nak kena fikir hanyalah bahagian menulis slogan mengenai kenapa Malaysia merupakan destinasi pilihan anda (lebih kurang gitu lah seingat saya). Slogan yang ditulis pendek dan padat:
'Malaysia is the best place to eat, shop and BALIK KAMPUNG!!'
APA, TAK PERCAYA KA?
Beberapa minggu kemudian, saya terima panggilan telefon daripada Mr Manager tersebut. Could not really believe my ears, I was like, 'Yeah, OK.' Sebabnya banyak panggilan yang nak tawarkan hadiah ni kita kena bali barang ke, buat survey ke. Mr Manager pun mengambil maklumat nama penuh dan alamat untuk poskan surat dan voucher hadiah. Selepas beberapa hari, surat2 tersebut selamat sampai dan barulah betul2 percaya dah MENANG! Maka melompat-lompatlah dua manusia dewasa ini disertai anak mereka yang tak tahu apa-apa.
Seperti biasa, ada terms and regulations yang perlu dipatuhi. Tiket penerbangan tidak boleh dibuat semasa peak season, iaitu dari Disember hingga Januari. Penerbangan perlu dilakukan sebelum April 2009. Begitu juga hotel, semasa bulan 12 dan cuti Raya Cina tidak dibenarkan.
Kalau ikutkan bulan 12 memang masa yang paling sesuai untuk balik ke Malaysia bercuti, kerana University memang bercuti, supervisor pun cuti panjang. Akibat asyik menunda tarikh, dipendekkan cerita malam ini kami sekeluarga pulang juga akhirnya. Rugi la tak guna, sapa nak bagi hadiah ribu-ribu dollar kat hangpa!
PERANCANGAN
Antara yang penting sewaktu berada di Malaysia ialah kenduri menyambut menantu Mak Tam dan Pak Tam di Taiping. Yesss! Boleh makan nasik minyak orang kahwin. Kemudian jalan-jalan di Penang sambil makan-makan laksa, sotong kangkung dsb di Padang Kota. Tidak dilupakan Nasi Kandaq. Balik ke KL mungkin akan turun ke Melaka sekejap, makan-makan lagi.
Beberapa hari sebelum pulang ke Sydney, kena hadiri Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference. Alamak, slide tak buat lagi!! Yang tak bestnya, kami berdua terpaksa bawa balik homework, maklumlah student!