Aku rela letak kereta jauh sedikit, hari ini juga aku tak kisah untuk letak di kawasan pay & display. Tapi semuanya PENUH. Akhirnya aku parking di tempat yang tak pernah terfikir akan ada kereta letak di situ. Tetapi hari ini jalan itu juga penuh. Yang penting tempat itu 'halal' untuk diletak kereta. Bukan apa, tak sanggup lagi membayar denda $81 seperti beberapa bulan yang lalu, dah kena.
PARKING MURAH di Sydney.
Cukuplah cerita duka mencari parking di Uni, beralih pula ke cerita suka. Ini khas buat mereka yang suka memandu ke bandaraya Sydney, terutama kawan2 Wollongong dan Newcastle yang rajin drive ke Sydney CDB, harapnya masalah di mana nak letak kereta dengan kadar murah apabila bersiar-siar di hari minggu akan selesai. Sebelum ini pelbagai taktik untuk menjimatkan belanja parking digunakan, seperti meletak kereta di stesen keretapi di kawasan suburb dan menaiki keretapi untuk ke City. Ada juga yang masuk selepas pukul 6 petang di mana kadar bayaran rendah sedikit berbanding sebelumnya.
Meletak kenderaan di dalam bandaraya Sydney bukan boleh main sesuka hati. Perlu baca dan faham, silap sikit kita akan menerima 'surat cinta' yang tidak boleh dibalas dengan surat pujuk rayu untuk mendapat diskaun. Fahami 1P, 2P, 4P dan mungkin 6P sebagai 1 jam maksima, 2 jam maksima dan seterusnya. Harganya juga amat tidak menggalakkan, hrrr.
Tempat meletak kenderaan 'Wilson' terletak betul-betul berhampiran Darling Harbour. Bersebelahan dengan Shelbourne Hotel, salah satu laluan masuk ialah melalui Sussex Street. Shuttle Bas percuma yang melalui jalan-jalan utama dalam City juga tidak jauh, mudah untuk ke Opera House dan juga Paddy's Market. Hentian paling dekat ialah di George St, berhampiran Queen Victoria Building.
Dengan hanya bayaran $5 sekali masuk, bebas ke mana-mana nak berjalan tanpa perlu risau kereta dah cukup masa dsb. Tetapi ini hanya untuk hari minggu dan cuti umum sahaja. Kalau hari biasa satu jam $12, lebih baik naik keretapi. Ada beberapa 'Wilson Parking' sekitar Sydney, jadi jangan main masuk aje, baca dulu papantanda tu yer!
Komentar: Kata pepatah, Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Banyak Pengalaman. Tapi tak le maksudnya kitorang ni asik dok berjalan aje. Beberapa bulan sudah masa dok round2 terjumpa tempat ni. Dah ada pengetahuan kat mana parking murah, kongsi lah dengan member2. Tak gitu?
salam..
ReplyDeletekat uni ke hari ni?
mmg byk betul kereta hari ni..
oh..murah tu $5, kiteorg slalu park dkt citigate hotel tu, $12.
pas ni bleh ajak Fathy parking kat situ lak..
p/s San Churros ada kat Miranda..pas ni bleh la p situ plak..dekat sikit kalau nak makan churros..hehehhe
Noor,
ReplyDeleteMmg murah, pastu dekat dgn shuttle bus free tu. Kitorg pun selalu parking yg kat $12 tu b4 this.
Waa patut la ada gambaq baru pi makan churro lagi kat FB. Takpe lepas ni kitorg gi Miranda lak.
Marang pekan kecil, 'parking' tanpa bayar. Beza masa tinggal di KL, jenuh bayar parking :)
ReplyDeletePok Li,
ReplyDeleteItu kelebihan duduk di pekan kecil. Di KL banyak shopping complex nak 'melawat', banyak juga duit parking kena sedia, hehehe.