Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, January 27, 2010

Nothing at all...




 













Nothing to write. Not sure what I am feeling at the moment. I am not proud of myself, that's all I can say...

Looking at the pictures of natures, makes me feel a lil bit better. Sometimes I wish I don't have to do what I am doing right now. I wish I can be in the garden full of trees and flowers, smell the beautiful sweet scent of the lavenders, throw myself into the green fresh grass, with butterflies, bees, cockatoos, lorikeets, the sun, clouds, cool breeze, white sandy beaches, be together with nature, and do nothing.... nothing at all, but appreciating Allah's creations...

Wednesday, January 13, 2010

Kukoq kukoq nyoq

Saya membuka tirai 2010 di blog ini dengan serangkap pantun:

Kukoq kukoq nyoq,
Kukoq dalam talam,
Pungkoq oh pungkoq,
Jangan b***k malam-malam.


Mengikut petua orang dulu-dulu, kalau terasa nak membuang air tetapi keadaan tak mengizinkan, terutamanya di waktu malam, ulang rangkap pantun diatas beberapa kali untuk memujuk perut supaya dapat 'menangguhkan' hajat.

Petua ini mungkin perlu digunakan di waktu malam pada zaman dulu, sewaktu bekalan elektrik belum masuk ke kampung-kampung dan pedalaman. Kawasan kampung waktu itu kebanyakannya masih menggunakan sungai sebagai tandas. Kalau ada tandas pun ianya terletak nun jauh dari rumah ibu, terpaksa melintasi kawasan yang gelap-gelita. Jadi membuat 'pelaburan' di waktu malam merupakan sesuatu yang kalau boleh mahu dielakkan. Bagi seorang ibu, jikalau ada anak yang mahu membuang air, terpaksalah ditemani. Perlu memasang 'jamung' atau membawa pelita, singgah mengambil air di perigi, kena pula ada anak kecil atau bayi, perlu dikelek sama. Letih! Maka mungkin dari situlah terciptanya pantun di atas.

Bagi kita zaman sekarang, petik suis sahaja sudah terang benderang. Tandas pula di dalam rumah. Jadi pantun di atas sudah kurang relevan. Tapi kalau nak cuba try test keberkesanannya, silakan... hehe.

Gambar: Penghuni Zoo Taiping


Anak kucing
Waktu kecil-kecil dulu, kucing merupakan 'penduduk tetap' di belakang dapur rumah saya. Antara nama-nama yang masih saya ingat ialah Lepot, Chot, Itam, Putih dan Cicak. Maka selalu juga kami mempunyai beberapa ekor anak kucing. Tempat kegemaran untuk melahirkan anak ialah di bawah gerobok besi.

Bila anak-anak kucing mula memakan nasi dan ikan, maka mereka juga mula mengeluarkan 'hasil buangan' yang amat menyucuk hidung. Petua orang dulu-dulu supaya anak-anak kucing tidak 'membuang' merata-rata, ambil benang atau tali rafia dan ukur ekor anak kucing tersebut. Kemudian potong tali tersebut sama panjang dengan panjang ekor anak kucing tadi. Selepas itu tanam tali tadi ke dalam tanah. Menjadi juga petua ini bila dicuba. Ataupun memang sudah sampai masa anak-anak kucing tersebut pandai dan tahu sendiri di mana tandasnya.


Potty Training
"Anak saya cepak aje. Dua hari ajar doh buleh doh. Cepak dia!" kata Semah (bukan nama sebenar) kepada kawan-kawan sewaktu berbicara perihal potty training anak-anak. Baguslah, tahniah.

Lagi 4 bulan Aiman akan menyambut hari jadi yang ke-3. Setakat ini, dia hanya akan memberitahu kita 'selepas' dia selesai membuat projek. Kami sentiasa mengingatkan dia, beritahu 'sebelum' bermulanya proses perkumuhan, bukan selepas. Jawapan Aiman setiap kali diberitahu tentang itu ialah, 'OK'. Bagi saya, tak perlu tergesa-gesa memaksanya. Ikut perkembangan dan kebolehan Aiman. Untuk potty training ni saya belum jumpa petuanya. Kalau rakan-rakan ada pengalaman, bolehlah dikongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails