Saya membuka tirai 2010 di blog ini dengan serangkap pantun:
Kukoq kukoq nyoq,
Kukoq dalam talam,
Pungkoq oh pungkoq,
Jangan b***k malam-malam.
Kukoq dalam talam,
Pungkoq oh pungkoq,
Jangan b***k malam-malam.
Mengikut petua orang dulu-dulu, kalau terasa nak membuang air tetapi keadaan tak mengizinkan, terutamanya di waktu malam, ulang rangkap pantun diatas beberapa kali untuk memujuk perut supaya dapat 'menangguhkan' hajat.
Petua ini mungkin perlu digunakan di waktu malam pada zaman dulu, sewaktu bekalan elektrik belum masuk ke kampung-kampung dan pedalaman. Kawasan kampung waktu itu kebanyakannya masih menggunakan sungai sebagai tandas. Kalau ada tandas pun ianya terletak nun jauh dari rumah ibu, terpaksa melintasi kawasan yang gelap-gelita. Jadi membuat 'pelaburan' di waktu malam merupakan sesuatu yang kalau boleh mahu dielakkan. Bagi seorang ibu, jikalau ada anak yang mahu membuang air, terpaksalah ditemani. Perlu memasang 'jamung' atau membawa pelita, singgah mengambil air di perigi, kena pula ada anak kecil atau bayi, perlu dikelek sama. Letih! Maka mungkin dari situlah terciptanya pantun di atas.
Petua ini mungkin perlu digunakan di waktu malam pada zaman dulu, sewaktu bekalan elektrik belum masuk ke kampung-kampung dan pedalaman. Kawasan kampung waktu itu kebanyakannya masih menggunakan sungai sebagai tandas. Kalau ada tandas pun ianya terletak nun jauh dari rumah ibu, terpaksa melintasi kawasan yang gelap-gelita. Jadi membuat 'pelaburan' di waktu malam merupakan sesuatu yang kalau boleh mahu dielakkan. Bagi seorang ibu, jikalau ada anak yang mahu membuang air, terpaksalah ditemani. Perlu memasang 'jamung' atau membawa pelita, singgah mengambil air di perigi, kena pula ada anak kecil atau bayi, perlu dikelek sama. Letih! Maka mungkin dari situlah terciptanya pantun di atas.
Bagi kita zaman sekarang, petik suis sahaja sudah terang benderang. Tandas pula di dalam rumah. Jadi pantun di atas sudah kurang relevan. Tapi kalau nak cuba try test keberkesanannya, silakan... hehe.
Gambar: Penghuni Zoo Taiping
Anak kucing
Waktu kecil-kecil dulu, kucing merupakan 'penduduk tetap' di belakang dapur rumah saya. Antara nama-nama yang masih saya ingat ialah Lepot, Chot, Itam, Putih dan Cicak. Maka selalu juga kami mempunyai beberapa ekor anak kucing. Tempat kegemaran untuk melahirkan anak ialah di bawah gerobok besi.
Bila anak-anak kucing mula memakan nasi dan ikan, maka mereka juga mula mengeluarkan 'hasil buangan' yang amat menyucuk hidung. Petua orang dulu-dulu supaya anak-anak kucing tidak 'membuang' merata-rata, ambil benang atau tali rafia dan ukur ekor anak kucing tersebut. Kemudian potong tali tersebut sama panjang dengan panjang ekor anak kucing tadi. Selepas itu tanam tali tadi ke dalam tanah. Menjadi juga petua ini bila dicuba. Ataupun memang sudah sampai masa anak-anak kucing tersebut pandai dan tahu sendiri di mana tandasnya.
Potty Training
"Anak saya cepak aje. Dua hari ajar doh buleh doh. Cepak dia!" kata Semah (bukan nama sebenar) kepada kawan-kawan sewaktu berbicara perihal potty training anak-anak. Baguslah, tahniah.
Lagi 4 bulan Aiman akan menyambut hari jadi yang ke-3. Setakat ini, dia hanya akan memberitahu kita 'selepas' dia selesai membuat projek. Kami sentiasa mengingatkan dia, beritahu 'sebelum' bermulanya proses perkumuhan, bukan selepas. Jawapan Aiman setiap kali diberitahu tentang itu ialah, 'OK'. Bagi saya, tak perlu tergesa-gesa memaksanya. Ikut perkembangan dan kebolehan Aiman. Untuk potty training ni saya belum jumpa petuanya. Kalau rakan-rakan ada pengalaman, bolehlah dikongsi bersama.
Hehe..mengikut member2 yg ade pengalaman dorg kata parents kena cekal dan tabah dan rajin ajak anak ke toilet, atur kencing ore kelate cakap.
ReplyDeletehehehe..rasanya tak ada petua..kena banyak bersabar aje..anak kak tirana yang sulong stop pakai pampers maaa umur dia setahun lapan bulan, masa tu sunatkan dia so memang tak boleh pakai pampers..lepas tu memang terus dia tak pakai pampers..Siksanya nak train masa tu..mau tak mau terpaksa..Anak2 lain melepasi umur dua tahun..
ReplyDeleteAzD masuk page ibubapa cemerlang..baru ni sorang ibu menceritakan pengalamannya dalam potty training
Mummy Hanny,
ReplyDeleteSetuju, kena sabar dan jgn marah2. Jadikan 'lawatan' ke tandas suatu aktiviti yang seronok. Tapi nak ngajak ke toilet tu pun cabaran jugak.
Kak Tirana,
Aiman ni skill lain semua dah develop, yg satu ni je belum dapat lesen penuh. Dah byk kali jugak dia berjaya buang di toilet, tapi dia mcm lebih selesa 'lepas' kat dlm nappy. Saya belum cuba tak pakaikan dia nappy, mungkin sebab tu la kot, dia belum belajar kesan dan akibat. Takpe, akan mulakan latihan intensif selepas ni.
Abe...kalu kucing ukur ekor...Aiman pula nak ukur ape? hahaha..jangan ckp..jangan ckp...
ReplyDeleteDr Amad,
ReplyDeletehehehe, buleh acu cube try test, mana tau kot2 menjadi... ;p
Dah cukup seminggu, Aiman lulus dgn jayanya. Sejak posting ni ditulis, cuma sekali dia 'terlepas', tu pun sempat brek di tgh jalan dan sambung dalam toilet. Malam pun dah tak pakai nappy. Agaknya dia dah ready lama, mak bapak dia yang tak berapa nak reti, kehkehkeh...
ReplyDelete