Kerana dirimu amat berharga

Thursday, December 31, 2009

Bila ... ?


Soalan yang bermula dengan ‘Bila’ memerlukan jawapan berkaitan dengan masa. Ada yang mempunyai jawapan yang tak berapa kukuh. Contohnya, “Bila hang nak belanja makan ikan bakar Tg Lumpur?” Jawapannya mungkin, “Nanti bila dapat gaji boleh la” atau “Jom pi malam ni jugak!”


Mungkin juga soalan ‘Bila’ mendapat jawapan yang tidak konkrit langsung. Contohnya, “Bila hang nak berubah jadi rajin ni Mat?” Jawapannya, “Ntah”.
Ada yang mempunyai jawapan yang jelas dan spesifik. Contohnya, “Bila yang hang kahwin dengan Zizie Izette ni?” Jawapannya ada pada tuan dan puan punya badan. Hehe.


TIGA SOALAN BILA
Seolah menjadi lumrah, ada 3 soalan ‘Bila’ kebanyakan dari kita akan disoal sebaik kita memasuki usia 20an. Pertama, “Bila nak kahwin?” Jawapan saya dulu, yang tak berapa pasti, “Nanti lah dah dapat kerja esok.”  Alhamdulillah, soalan ini tak bertahan lama. Segala rancangan berjalan lancar.  Saya berkahwin dalam tahun pertama saya bekerja. Hmm, agak-agak soalan ini nak bertahan lama mana kalau tak kahwin-kahwin...
Soalan kedua, selepas berkahwin, “Bila nak dapat anak?” Kena pula isteri saya anak sulung, seolah-olah satu ‘tuntutan’ untuk memberikan cucu sulung juga. Soalan ini sering ‘keudara’ selama 2 tahun. Dalam tawa ada duka. Hanya mereka yang melalui episod ini dalam kehidupan mereka yang boleh berkongsi rasa. Kalaulah soalan ini boleh dijawab dengan jawapan yang pasti seperti, “Esok jugak kami beranak!” atau “Nanti sat, nak pi beli kat market”, bukankah senang. Tapi ini kerja Tuhan. Anak tidak boleh dibeli dengan duit ringgit, atau umpama menjolok cempedak di luar pagar. Ianya suatu anugerah, suatu amanah. Yang penting terus berusaha dan berdoa. 
Soalan ketiga, selepas dah beranak satu, “Bila nak tambah lagi?” Nak dapat ke Aiman pun jenuh. Dalam hati sering mengucap syukur, kalau ada lagi, Alhamdulillah.  Ikutkan rancangan, mahu penuhkan sebuah MPV!


Di suatu petang beberapa hari yang lalu, sedang saya melayan
Aiman di depan televisyen, isteri saya tiba-tiba menghulurkan 'benda' di dalam gambar di bawah. Saya tergamam seketika, otak laju berfikir, menganalisis maklumat yang dilihat. Kejap! Err... YEAAHHAA!!


Gambar: Pregnancy Test Kit

Nota: Allah Maha Kaya. Ingatan pada abah yang baru pergi menemuiNya masih belum sembuh. Namun Dia gantikan bukan dengan satu, tetapi dua zuriat keturunan abah. InsyaAllah tahun depan abah dan mama akan mendapat dua cucu, satu daripada abang saya dan juga saya. Doakan semuanya selamat.

21 comments:

  1. Congrats..rezeki nak abis PHd tu...
    smoga alam rumah tangga bertambah meriah..

    ReplyDelete
  2. asufa,
    thanks. Sama2 lah kita perabih study. semoga dapat yang terbaek!

    ReplyDelete
  3. Wahhh..berita gembira..Tahniah! Hadiah tahun baru..hehehe..kak tirana tumpang seronok tengok orang dapat anak..Kak tirana dah bersara..hahaha..

    Time ni orang dok tanya kak tirana .."bila nak dapat menantu?"

    Jawapannya..."lambat lagi..anak belum habis belajar"..hehehe.. tapi kalau ikut kak tirana dan suami..kawin masa belajar..macam tak sabo aje bunyinya.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,
    Terima Kasih. Hehe, soalan 'bila' ni tak habis2 la nampaknya kan...

    Saya setuju jugak bagi kahwin masa belajar ni, ada juga baiknya. Tapi make sure pelajaran tak terganggu la kan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillahhhhh...dapat hadiah tahun baru 2010 ye...

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH bro....rezeki,amanah,kurnia Tuhan...TAHNIAH...dari saya seisi keluarga Kamunting Taiping...

    ReplyDelete
  7. Mummy Hanny,
    Syukurrr... Hadiah yang paling berharga. Kalau boleh nak selalu, ekeke.

    Duniaku,
    Terima kasih bro. Alhamdulillah.
    Pak menakan ada sorang dok kat Kg Jana Baru, Kamunting.

    ReplyDelete
  8. Tahniah andidi ngan kak elyn ngan bro aiman skali. Patutla aritu jumpak aiman dah mcm budak besaq, bleh jadi abang dah pun ! Syok sgt kan bila dapat berita gumbira mcm nih. Kami dulu pun jenuh tgu dekat setahun nak bagi syifa adik.

    -adik tepen

    ReplyDelete
  9. Tahniah andidi ngan kak elyn ngan bro aiman skali. Patutla aritu jumpak aiman dah mcm budak besaq, bleh jadi abang dah pun ! Syok sgt kan bila dapat berita gumbira mcm nih. Kami dulu pun jenuh tgu dekat setahun nak bagi syifa adik.

    -adik tepen

    ReplyDelete
  10. Adik,
    Ramai jugak baby dlm family kita tahun depan kan. All the best to you and Farid. Syok la syifa boleh main2 dgn baby nanti.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Tahniah.. Mabruk alaik! Semoga bertambah penyeri hidup.

    Manusia, mmg serba tak kena bila pandang orang lain. Pedulikan kata-kata orang pasti matlamat susah tercapai.

    ReplyDelete
  12. Salaam,
    Syukran akhi Faridrashidi. InsyaAllah mudah-mudahan makin berseri-seri, amiin.

    ReplyDelete
  13. tahniah....aiman dah nak jadi abg...

    ReplyDelete
  14. tahniah daripada akak sekeluarga....kim salam elin k....peluk sayang utk aiman.. :-)

    ReplyDelete
  15. mama3hz,
    Terima kasih orang jauh yang dok tengah suhu beku... hehe..

    kak azreen,
    terima kasih, insyaAllah. Akak, aiman sekarang dah jadi chatterbox, caaakap ajer.

    ReplyDelete
  16. Salam Abu Aiman

    Patutlah hati ni tak tenang je rasa...rupanya saya nak jadi pakcik..ekeke.

    Mabruk Abu Aiman...

    Orang kata, dan akan berkata...biarkan mereka berkata, dan kita buat kerja kita.

    Anak rezeki dan tanggungjawap...semoga sukses sebagai AYAH!

    ReplyDelete
  17. Syukran ya akhi,
    hehe, nak jadi pakcik sampai hati tak tenang tuu. InsyaAllah akan terus berusaha menempuhi cabaran sebagai ayah di zaman millenia ni..

    ReplyDelete
  18. Tahniah. semoga dapat keluarga besar. Saya ada lima anak, setahun seorang. Sekarang dah besar-besar. Cuma teringat keletah mereka masa kecil.

    ReplyDelete
  19. Bapak,
    Terima Kasih.

    Aidil,
    thanks... mudah2an

    Pok Li,
    Wow, setahun sorang masa kecik2 mesti meriah kat rumah kan. Terima kasih!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails