Saja nak ulas berita dari Taiping di akhbar...
Berita I: Diserang Beruk Liar
Berita Harian hari ini melaporkan seorang pelajar diserang beruk liar di sebuah taman perumahan. Adakah beruk di Taiping semakin ganas dan berani? Beruk-beruk ini juga semakin banyak memasuki kawasan atau 'territory' manusia dan membuat kacau. Kenapa?
Taiping lanskapnya berlatarbelakangkan Banjaran Bintang di mana letaknya Bukit Larut atau 'Maxwell Hill'. Kawasan ini ditumbuhi hutan yang hijau dan subur, habitat bagi segala flora dan fauna. Di kakinya juga terletak Taiping Lake Garden.
Namun kini banyak kawasan tanah dibuka untuk perumahan. Bukit-bukau ditarah sehingga 'dogiang' demi pembangunan. Kedai-kedai naik seperti cendawan. Sekitar Kem Kamunting, tempat abah bekerja dulu, hijau dengan hutan dara sehingga ke kaki bukit larut. Sekarang telah diteroka, merah tanahnya menanti bangunan dibina. Saya juga perhatikan pekan-pekan kecil seperti Kamunting dan Simpang serta Air Kuning sehinggalah ke Changkat Jering seolah-olah akan bersambung dengan Bandar Taiping, yang dulunya dipisahkan oleh hutan dan belukar. Apa jua perancangan kerajaan negeri, harap mereka mengambilkira faktor alam sekitar.
Berbalik kepada kisah beruk. Memang menjadi tabiat beruk untuk turun dari bukit ke tanah rendah mencari makanan. Akibat perbuatan manusia 'menceroboh' habitat mereka, beruk terpaksa 'menjelajah' ke kawasan manusia untuk mencari makanan. Taman-taman yang bersempadan dengan 'territory' beruk dan monyet sudah 'mangli' dengan kehadiran beruk. Beruk dan monyet yang 'educated' sikit akan menyerang asrama MRSM Taiping dan juga SERATAS, betul-betul di kaki bukit larut. Nasib baik kawasan Kota tidak berjiran dengan kawasan beruk, tak tahu lah kalau ada kawanan monyet dan beruk yang sanggup melintasi bandar taiping untuk singgah di rumah... mungkin beruk makyeh...
Berita II: Ada lagi tak kena
Macam-macam ada di Negeri Serba Dua yang pernah mempunyai 2 MB dan 2 kerajaan ini. Ahli Parlimen Taiping yang 'glamour' itu dilaporkan di akhbar telah membangkit isu perbelanjaan kerajaan untuk pembinaan masjid pula di parlimen. Barangkali peruntukan untuk rumah ibadat mereka tak cukup berbanding peruntukan untuk pembinaan masjid.
Apa yang diperhatikan di Taiping, tokong dan kuil ada di merata-rata, termasuklah di kawasan strategik yang nilai tanahnya mungkin berjuta. Ada antaranya mempunyai kawasan yang kalau dikira boleh dibuat kawasan perumahan rumah kos rendah luasnya. Tanah perkuburan pula, katanya lebih tinggi lebih bagus. Luasnya mungkin seluas padang golf. Satu-satu lot pula tengok pada kekayaan, lebih banyak harta, lebih luas lot untuknya. Mungkin. Dalam dok tak dak peruntukan pun, buleh tahan jugak hebat depa ni noo...
Masjid diguna 5 kali sehari, bersolat Jumaat seminggu sekali. Kebanyakannya terselit di celah-celah kampung dan taman perumahan penduduk asal. Kawasan tanahnya kecil dari padang bola. Tanah perkuburan belum tentu ada dan elok, mungkin di tanah pamah, mungkin di kawasan paya. Tak cukup kubur, terpaksa ke qaryah yang ada tanah, mungkin jauh dari rumah, bayar lebih pun tak apa. Namun tak dinafikan di tempat lain ada masjid yang amat indah, tinggi belanja. Harap2 dapat diimarah.
Hmm... entahlah...
Bagi betis nak paha,
ReplyDeleteBagi kasih nak kuasa,
Bagi muka, semua dapat kat depa,
Kita? Dapat NgaNga...
Dua isu yang amat berkait. 'Kita' seperti kejadian beruk yang telah melanggar 'territory' manusia. Malangnya kita juga telah terpecah-pecah kerana ketaksuban politik, sedangkan satu pihak lagi bersatu kerana ketaksuban kaum.
ReplyDeleteAssalamualaikum..Bro,
ReplyDeletePertama-tama,salam takziah atas pemergian ayahanda Bro.
2.Salam perkenalan.
3.Beruk memang banyak di Tpg.Kerana kerakusan manusia,habitat mereka terancam.Dan beruk-beruk ini terpaksa ke kawasan manusia bagi mencari makan.
4.Dan kita juga silap hari bulan akan mula memasuki segala hutan yang ada kerana kerakusan/kegilaan 'mereka' yang mementingkan kuasa/politik/ekonomi semata hingga lupa tentang rakyat dan kemanusian.
Pok Li,
ReplyDeleteSedih dan risau memikirkan malang yang menimpa, anak cucu entah bagaimana nanti.
Duniaku,
Terima kasih & salam perkenalan.
Itulah, akhirnya rakyat yang menderita. Harapnya mereka sedar akan tanggunggjawab sebenar mereka sebelum 'terlambat'.