"Susah ke buat PhD? Aku takut ni," kata sahabat saya. Sahabat ini sedang dalam proses menyambung pengajian ke luar negara tak lama lagi. "Harap2 aku tak menakutkan kau," kata saya. Kemudian kami berbual mengenai 'asam-garam' semasa membuat penyelidikan dan thesis, berkongsi pengalaman yang sedikit ini. It is more like an adventure, which you'll never know what's ahead of you, no matter how well you have planned.
Alasan 'lembab' sebab dah tua sama sekali tidak boleh dipakai. Akhbar mStar Online hari ini menyiarkan Tan Sri Jins Shamsudin menerima PhD pada usia 75 tahun. Yang boleh menjadi pembakar semangat (atau 'terbakar' sebenarnya), dia menyiapkan PhD dalam tempoh dua tahun. Baca laporan selanjutnya di sini. Saya tumpang bangga dengan kejayaan anak kelahiran Taiping, Perak ini.
Buat sahabat-sahabat yang dalam perancangan untuk menyambung pengajian melalui penyelidikan, banyak faktor yang mempengaruhi susah senang perjalanan pengajian seseorang sebenarnya. Setiap orang menempuhi jalan yang sangat berbeza. Each and everybody is unique in its own way, there is no specific guidelines to follow. Antara faktor yang penting ialah pemilihan tajuk, attitude penyelia, attitude diri, kemudahan atau bantuan kewangan, nature penyelidikan yang dijalankan dan juga persekitaran. Hanya beberapa faktor yang dapat kita kawal, yang lain lebih bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam menjalani liku-liku pengajian PhD (atau Master by Research), mungkin hanya 10% bergantung pada usaha sendiri, yang lain kita perlu berdoa dan bertawakal serta bergantung sepenuhnya pada Allah S.W.T. agar perjalanan dipermudahkan.

Antara kualiti yang perlu ada pada anda ialah tahap kesabaran yang tinggi, flexibility, boleh menerima ketentuan andaikata sesuatu perkara terjadi di luar perancangan, berdisiplin, rapport yang baik, dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi panduan, kerana saya sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang kadang-kadang amat melemahkan dan menggoyah iman. But so far I survived...
Kita beruntung sebagai seorang Muslim. Bila diberi kesenangan, kita bersyukur menadah tangan ke langit, maka beroleh pahala. Bila ditimpa kesusahan, kita kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya kerana ianya suatu ujian, dan kita beroleh pahala. Jangan sesekali berputus asa dan buruk sangka pada Allah. Itu antara kunci kejayaan.
Oleh itu, jangan berasa takut untuk memulakan langkah pertama, and just go with the flow...