Kerana dirimu amat berharga

Monday, March 29, 2010

Bukan mudah, tapi tak juga susah...

Beberapa hari lalu saya berkesempatan 'ngeteh' dengan seorang sahabat. Itupun di kedai depan rumah saja. Berbagai topik dibualkan, termasuklah gossip dan 'update' terkini kawan-kawan.

"Susah ke buat PhD? Aku takut ni," kata sahabat saya. Sahabat ini sedang dalam proses menyambung pengajian ke luar negara tak lama lagi. "Harap2 aku tak menakutkan kau," kata saya. Kemudian kami berbual mengenai 'asam-garam' semasa membuat penyelidikan dan thesis, berkongsi pengalaman yang sedikit ini. It is more like an adventure, which you'll never know what's ahead of you, no matter how well you have planned.

Alasan 'lembab' sebab dah tua sama sekali tidak boleh dipakai. Akhbar mStar Online hari ini menyiarkan Tan Sri Jins Shamsudin menerima PhD pada usia 75 tahun. Yang boleh menjadi pembakar semangat (atau 'terbakar' sebenarnya), dia menyiapkan PhD dalam tempoh dua tahun. Baca laporan selanjutnya di sini. Saya tumpang bangga dengan kejayaan anak kelahiran Taiping, Perak ini.

Buat sahabat-sahabat yang dalam perancangan untuk menyambung pengajian melalui penyelidikan, banyak faktor yang mempengaruhi susah senang perjalanan pengajian seseorang sebenarnya. Setiap orang menempuhi jalan yang sangat berbeza. Each and everybody is unique in its own way, there is no specific guidelines to follow. Antara faktor yang penting ialah pemilihan tajuk, attitude penyelia, attitude diri, kemudahan atau bantuan kewangan, nature penyelidikan yang dijalankan dan juga persekitaran. Hanya beberapa faktor yang dapat kita kawal, yang lain lebih bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam menjalani liku-liku pengajian PhD (atau Master by Research), mungkin hanya 10% bergantung pada usaha sendiri, yang lain kita perlu berdoa dan bertawakal serta bergantung sepenuhnya pada Allah S.W.T. agar perjalanan dipermudahkan.

Antara kualiti yang perlu ada pada anda ialah tahap kesabaran yang tinggi, flexibility, boleh menerima ketentuan andaikata sesuatu perkara terjadi di luar perancangan, berdisiplin,  rapport yang baik,  dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi panduan, kerana saya sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang kadang-kadang amat melemahkan dan menggoyah iman. But so far I survived...

Kita beruntung sebagai seorang Muslim. Bila diberi kesenangan, kita bersyukur menadah tangan ke langit, maka beroleh pahala. Bila ditimpa kesusahan, kita kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya kerana ianya suatu ujian, dan kita beroleh pahala. Jangan sesekali berputus asa dan buruk sangka pada Allah. Itu antara kunci kejayaan.

Oleh itu, jangan berasa takut untuk memulakan langkah pertama, and just go with the flow...

8 comments:

  1. impian boleh jadi kenyataan..
    bangga dgn impian rakan awak tuu..
    bagilah rangsangan dan galakan !!

    ...betul, faktor usia sering jd alasan n malas laaaa

    ReplyDelete
  2. ikan emas,
    jangan risau, dia memang bersemangat waja, insyaAllah, hehe.

    Aiman sekarang pun dah pandai, kalau saya malas nak main2 ke, penat ke, dia cakap, "babah dah tua ke?" kena sebijik...

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..bila azd sebut 10% bergantung atas usaha sndri..dan yang lainnyer hanya Allah yang beri petunjuk..its like a shine for me. tak konfident beb nak sambung phd wpun suami dah suruh .

    ReplyDelete
  4. Anon,
    Buat je anon jika ada peluang.
    Sebagai contoh, cuba anon bayangkan,
    1-kalau kita buat labwork, kita prepare semua elok2(kita control), outcome atau result belum tentu sama mcm yang kita nak - out of our control.
    2-mcm saya buat survey, kita prepare all those questionnaire dsb (kita control), bila buat call, up to the person nak jawab ke tidak - out of our control.
    3-bila time writing, kita boleh tulis sungguh2 (kita control), then supervisor semak, then examiner nilai - out of our control.

    Sekadar my opinion je lah, so jgn lah takut2 sangat nak mula. Yang lain serah pada Allah lah.

    ReplyDelete
  5. Selalunya kita menimba pengalaman orang lain untuk merintis jalan yang sama tapi mungkin masa yang berbeza.Apa pun memang bersyukur kerana kita dilahirkan Islam senang dan susah kita tetap diberi ganjaran bagi mereka yang mengingatiNya selalu.

    ReplyDelete
  6. Pok Li,
    Setuju, kongsi pengalaman orang lain sebagai panduan dan pengajaran.
    Itulah indahnya nikmat Iman dan Islam...

    ReplyDelete
  7. mmg betul..rezki yang banyak main peranan nak dapat PhD ni.

    ustaz dah 2 kali jumpa x amik2 lagi nombor phone. teringin gak nak ngeteh mcm zaman bujang dulu. emel kat ana boleh?

    Aidil

    ReplyDelete
  8. aaa,

    kita sama2 merasa pengalaman, bezanya enta dah selesai, dah pakai topi bulat dah, hehe.

    OK bereh, nanti kita ngeteh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails