Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, March 24, 2010

Dah Tua Daaah


Setelah beberapa tahun tak jumpa, ramai kenalan yang kata saya nampak semakin kurus. Alhamdulillah. Mungkin  sebab misai dan sejemput janggut yang tumbuh menyebabkan isi di muka nampak sikit. Nasib baik saya bukan jenis yang berjambang, kalau tidak teringin juga nak simpan. Hakikat sebenar, biarlah apapun asalkan sihat.




Gambar: Anak Abah yang tiap-tiap pagi menangis bila sampai depan tadika
 

Nama Panggilan


Panggilan atau gelaran yang kita gunakan di kalangan orang Melayu melambangkan betapa kita diajar untuk menghormati orang lain serta membezakan antara generasi. Ibu saya mempunyai 10 beradik. Mengikut turutan, mereka dipanggil Mak Chaq, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Anjang, Mak Andak, Mak Tam, Pak Teh, Pak Cik, Mak Su dan Mak Uda. Keluarga lain juga mungkin menggunakan gelaran-gelaran yang sama. Dari mana gelaran-gelaran ini timbul? Mungkin pakar antropologi boleh jelaskan, teringin juga nak tahu. Selain dari itu, kita juga sering memanggil berdasarkan pekerjaan. Contohnya cikgu X (walaupun dia bukan cikgu kita), pak imam, tok mudim dan sebagainya. Kalau orang yang kita tidak kenal dan lebih tua, kita panggil pakcik atau makcik. Di antara suami isteri juga digalakkan memanggil dengan gelaran yang dapat memupuk kasih sayang, tak payah lah saya berikan contoh. Rasulullah sendiri memanggil isteri baginda dengan gelaran tertentu. 


Biasanya orang perempuan agak sensitif akan kata ganti nama yang digunakan untuk memanggil mereka. Jika kita panggil 'kak' atau 'makcik', ada yang akan terasa. Katanya dia masih muda. Kita bukan apa, mahu hormatkan dia. Agaknya yang memanggil tu kelihatan tua, ataupun perasan muda. Pernah juga terjadi, dipanggil nama sahaja, katanya kurang beradab pulak, sebab lagi muda darinya. Lelaki pula rata-rata tak berapa kisah, asalkan sesuai. Yang serba salah ialah apa nak dipanggil golongan 'mak nyah' ketika kita nak membeli tiket ke, meng'order' makanan ke atau membeli nasi kerabu di pasar malam. Rasanya, cik lebih sesuai kerana boleh dienterpretasikan sebagai Cik ataupun Encik.


Kalau dulu bunyinya, "Dik nak apa dik?", kebelakangan ini saya dapati orang sudah mula memanggil saya 'abang' ketika membeli barang di kedai atau sekadar bertegur di tempat awam, walaupun saya mulakan dengan memanggil mereka kakak atau abang atau cik (encik). Tak kurang juga yang memanggil pakcik dan 'uncle'. Pernah sekali ada budak memanggil saya atok, adeh! Kalau di ikutkan memang saya sudahpun berpangkat datuk, sebab telahpun punyai cucu saudara. Tak apalah, sedikit sebanyak ini menginsafkan saya dan mengingatkan diri agar lebih bersedia serta mengumpul 'bekalan' untuk hari kemudian kelak. Umur pun dah masuk 'three series' dah.


Lain pula cerita isteri saya, orang selalu ingat yang dia masih muda. Ada yang kata dia baru habis SPM, dan ada yang pernah ingat dia adalah kakak Aiman. Apa yang lecehnya ialah kalau-kalau ada orang ingat itu adalah bini muda saya jika saya jalan sambil berpegangan tangan dengan isteri saya. Masa di Sydney dulu ada orang ingat dia anak saya. "No, she is my wife!" Erkk!

7 comments:

  1. Salam,

    Jarak umur dengan Ummu Aiman jauh kot?

    ReplyDelete
  2. Elyn,
    Jgn perasan lebih2 yer. ;P

    salaam Faridrashidi,
    beza 3 bulan aja syeikh... Yang pasti dia kecik, berat tak pernah cecah 50kg.

    ReplyDelete
  3. Sejak akhir-akhir jarang sangat dah panggil saya abang . he he he

    ReplyDelete
  4. Pok Li,
    hehe, budak2 memang dah confirm tak panggil saya abang dah. Begitulah putaran hidup kan.

    ReplyDelete
  5. Baru2 ini seorang perempaun berusia dlm 30an warga Indon memanggil teman nenek. Alahai menyinga gak apabila dipanggil begitu. Memanglah teman dah tua, tapi tak wajar lah dia memanggil teman sedemikian. hehehe perasan muda

    ReplyDelete
  6. ms zara aluwi,
    memang tak patut, hehe. Agaknya dia tu yg perasan mcm belasan tahun kot.
    p/s: seronok tgk gambar2 di pesta buku tu, tapi tahun ni saya tak berkesempatan nak pegi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails