Kerana dirimu amat berharga

Thursday, May 12, 2011

Lawatan Virtual Ke Dalam Big Ben

Kalau Aiman ada, channel 613 ialah channel wajib. Jarang amat boleh tengok channel-channel lain melainkan dia main game di TV satu lagi atau buat homework. Itu pun akan ada gangguan konsentrasi atau 'siaran tergendala' bila dia tanya soalan.

Dengan ketiadaan Aiman, remote TV menjadi hakmilik saya sepenuhnya. Saya telah 'berkawan' dengan History Channel, berjaya menonton 3 program penuh.

Pertama mengenai The Forbidden City of China: The Centre Of The World (kalau tak silap la full title dia). Ia menceritakan bagaimana rampasan kuasa dilakukan oleh Zhu Di yang kemudiannya digelar Emperor Yongle, dan seterusnya bertanggungjawab membina Forbidden City.

Kedua mengenai Forbidden City juga, tetapi bertajuk The Reign of The Concubine. Siri ini menceritakan bagaimana seorang gundik diraja menggunakan 'kebijaksaannya' sehingga berjaya melahirkan waris diraja, kemudian 'memerintah' China dari belakang tabir. Memang di belakang tabir sungguh. Apa yang digambarkan, di dalam dewan mengadap, dia akan duduk di sebalik tabir di belakang singgahsana maharaja, yang juga merupakan anaknya, sambil 'mengarah'.

Ketiga, dan paling saya suka ialah dokumentari mengenai Big Ben, menara jam besar di London. Ia berusia lebih 150 tahun, dibina sekitar tahun 1850-an. Jam besar ini mempunyai 5 buah loceng, dan Big Ben merujuk kepada loceng terbesar, yang berbunyi untuk menandakan waktu (which strikes on the hours). Lagi empat loceng lagi mempunyai saiz yang berbeza, berbunyi pada setiap suku (quarter) dengan irama Westminster Chime.

Big Ben sebenarnya semakin senget, cerapan terakhir menunjukkan ianya sekitar 179mm menjauhi titik tegak (vertical point). Antara faktor yang mempengaruhi menara ini menjadi senget ialah pembangunan sekeliling terutama pembinaan laluan keretapi bawah tanah berhampiran. 

Sebagai sebuah mechanical clock yang terbesar, Big Ben digerakkan dengan kuasa gravity dan hayunan pendulum. Ia merupakan antara mechanical clock yang paling tepat di dunia. Tiga watchmaker yang handal ditugaskan untuk mengawal dan menyelaraskan masa dan detik Big Ben, selain daripada pasukan penyelenggaraan yang lain.

The clock movement, penggeraknya, mempunyai tiga train berlainan: satu untuk masa, satu untuk hour strike, dan satu untuk chime strike.

Salah satu daripada loceng di dalam Big Ben.

Pasukan abseiler diperlukan untuk kerja-kerja pamuliharaan muka Big Ben.

Jadi hari ini saya telah masuk ke dalam sebuah clock tower yang terkenal secara visual. Sangat teringin nak masuk betul-betul. Saya memang peminat jam, terutama mechanical movement, maksudnya jam yang tak pakai bateri. Saya boleh termenung perhatikan pergerakan setiap unit dalam perut jam. Di ruang tamu terdapat 5 buah jam: 3 mechanical dan 2 jam bateri. Satu lagi di tangga, dan satu dalam bilik tidur. Jam tangan... ada 11 kot ... hehe...


: : Source of the pictures from HERE.

4 comments:

  1. GB kalau tidur dengar bunyi jam berdetik pun dah terganggu. (sambil cuci muka jam dgn tisu pakai ibu jari je...). mueheheh!

    ReplyDelete
  2. gB, sensitip sungguh telinga no.. hehe..

    ReplyDelete
  3. nice eh?nape nama dia big ben?

    my abah mmg a big fan of watches/clocks.
    berlambak-lambak koleksi dia..yg pakai, yg repair.
    kalo ktorg balik, takut gak anak2 kacau..tau je la parts yg kecik2 tu, hilang kang..naya

    ReplyDelete
  4. isabelle,
    time tu ada sorang nama benjamin, london mayor kot, tak ingat. so maybe sempena tu lah panggil big ben.

    hehe ada jugak geng peminat jam. pernah bukak perut jam, takat salin bateri je lah, x berani nak repair2 lg.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails