Kerana dirimu amat berharga

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDIL FITRI

Dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, penunjukaras minyak hampir tepat di atas huruf E. Lampu amaran pun dah menyala. Secara otomatik teringatkan abah. Dia tak pernah biarkan minyak kereta kurang daripada suku, apatah lagi sampai lampu warning tu menyala! Kalau abah ada, mesti dia dah pot-pet-pot-pet. Jawapan standard saya will be, "takpa aih, satgi isi la." Disiplin. Itulah abah, seorang bekas kapten askar. Dress code dia rasanya tak ada anak-anak yang ikut setaraf.  Itu belum tengok dari segi punctuality atau ketepatan masa lagi. La ni tak ada sapa dah nak kejan kami. Rindu kat  abah tak pernah hilang.

Kereta dengan mileage paling tinggi pernah saya bawak kat Sydney. Ford, Ex-taxi, 717579km.

Dekat nak raya ni, pasti ramai yang nak balik kampung. Kena pastikan kereta dalam keadaan baik sebelum perjalanan. InsyaAllah. Air-cond pun baru servis, siap kena tukar spare-part aritu. Mama aiman dok komplen suruh basuh kereta dari minggu lepas lagi, tapi tak dan nak buat la. Takpa lah, bukannya comot pun kereta kita tu.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Pecah kaca,
    Pecah simen,
Sudah baca,
    Sila Komen.

6 comments:

  1. Kena kenang disiplin abahlah membuat anak-anak punya kerjaya/cemerlang...

    Selamat Hari Raya aidilfitri, mohon maaf andai ada yg tak kena di hati....

    ReplyDelete
  2. bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    ReplyDelete
  3. Sebelas bulan kita kejar dunia,
    Kita turuti nafsu angkara.
    Sebulan penuh kita berpuasa,
    Kita bakar segala dosa.
    Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
    Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
    Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
    Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
    Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

    Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri dr wan azdi sekeluarga....

    ReplyDelete
  5. kak zakie, same here, ampun maaf dipinta =)

    cemomoi, indah bahasa tuan. Moga selamat semua :)

    Imanshah, selamat beraya di kampung. Safe journey everywhere.

    mama4hz, salam aidil fitri =)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya. Berhati-hati dijalan raya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails