Kerana dirimu amat berharga

Sunday, October 2, 2011

Selepas 22 hari

"Berapa ekor anak kita Yaya?" "Sabar la, belum habis menetas lagi. Baru dua yang dah keluar"

Mungkin itu yang disembangkan pasangan ayam serama saya ni. Generasi ketiga sudah menetas. Yaya merupakan generasi kedua, 4 beradik: dua diberi pada pak sedara saya, satu dah menjadi lauk dan tinggallah Yaya.

Saya biarkan dia mengeram 10 biji. Ada telur yang saya dah ngapp. Orang kata ayam mengeram 22 hari, tak kira pulak saya. Semalam nampak ada dua ekor, tapi tak tahu berapa yang menjadi sebab si yaya taknak bangun, asyik berdepek kat dalam pasu tu.

Bobby juga ialah bapak Yaya. Anak Yaya tu adalah hasil dari Bobby jugak sbb dia satu2nya hero dalam reban tu. Anak ke cucu tu...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails