Kerana dirimu amat berharga

Thursday, January 12, 2012

Happy New Year 2012

Harapnya masih belum terlambat nak wish selamat tahun baru. Well, Happy New Year to all of you.

Seriously I don't have any idea to blog about. Nevermind, lets try to write 'pantun berkait'...

Tepi perigi tanam peria,
Tanam peria bersama lada,
Budak budak baru habis periksa,
Banyak jawapan nak kena tanda.

Tanam peria bersama lada,
Burung pegar memakan padi,
Banyak jawapan nak kena tanda,
Satu habuk pun tak mula lagi.

Burung pegar memakan padi,
Burung bangau terhendap-hendap,
Satu habuk pun tak mula lagi,
Agak-agak bila nak siap.

Burung bangau terhendap-hendap,
Burung belatuk di pohon geti,
Agak-agak bila nak siap,
Teringin jugak nak ambil cuti.

Burung belatuk di pohon geti,
Kena terebil dengan minachi,
Teringin jugak nak ambil cuti,
Itupun kalau takdak kerja lain menanti.

Kena terebil dengan minachi,
Nasib baik tak patah gigi,
Itupun kalau takdak kerja menanti,
Apa nak buat nasib HoD.

Nasib baik tak patah gigi,
Kalau tak susah nak makan kuih koci,
Apa nak buat nasib HoD,
Masalah orang jadi masalah sendiri.

Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi ;)



video

5 comments:

  1. hahahahahahaha....

    minum kopi makan bahulu
    wa caya sama luuuuuuu!!!!!!

    hahahahahahahah.....

    ReplyDelete
  2. hehehehe...sedap baca pantun berkait..

    ReplyDelete
  3. aku punkdg2 tkder idea berblogging...butsince dah make it as my personal KPI..kena update gak at elast once a week..hehehehe...tahniah diamanhakan jadiHoD.....aku tkder post pun sibuk bagai nak rak..aku tahu sgt kalau jadi HoD tu mmg busy tahap gaban......

    ReplyDelete
  4. elyn,
    makan bahulu bersama madu,
    wa pun caya sama luu :p

    Kak tirana,
    lama tak eksesais berpantun.

    intan,
    ujung bulan 5 ni abis la term hod, kalau depa tak sambung baguih laa..

    ReplyDelete
  5. tepi perigi duduk bersama..
    wa pun dua kali lima..

    haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails