Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, December 17, 2014

Hujan-sereyat-hujan-sereyat

Hujan. Suami menunggu di dalam kereta. Isteri pun sampai...

S: Lekaih2 tutup pintu! Habih basah haah...
I : OooOh! Bini basah takpa, kereta basah sikit pun tak bleh :/

::Masuk hari kedua sesi hujan-sereyat-hujan-sereyat di BIM. Sejuuup je malam-malam::


Monday, September 29, 2014

MINDSET



C&P

"MINDSET"


Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses menjalankan bperniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif .....
The choice is yours..

Thursday, August 21, 2014

Gulai Ikan



Gulai Ikan Tenggiri

Main materials:
Ikan (tenggiri, merah, temenung etc.)
Rempah kari (lain brand lain rasa ~ sila eksperimen sendiri)
Bawang merah 
Bawang putih
Serai
Daun kari
Jintan putih/halus
Halba campur
Asam jawa
Minyak untuk menumis

Halba campur

Greens/Veggies you may add:
Bendi, Tomato, Daun bawang dll yang dirasakan sesuai.

Methods:
1. Jintan putih ditumbuk halus. Kemudian tumbuk bersama 3-5 ulas bawang merah dan 2-3 ulas bawang putih. Bancuh bersama sepeket serbuk rempah kari menjadi pes.

2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan daun kari dan halba campur. Boleh tambah habbatussauda' untuk menambah value kepada kari anda.

3. Bila (2) sudah naik bau (awas jangan sampai hangit), masukkan pes rempah (1). Goreng sampai pecah minyak. Kalau terlalu kering boleh tambah sikit minyak (saya renjis2 air je supaya tak lekat). Masukkan serai.

4. Tuangkan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar supaya rempah masak.

5. Masukkan ikan. Biar mendidih sampai ikan masak. Tambah garam.

6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Agak sedikit layu, masukkan spring onion (daun bawang le tu). Tutup api.

Sedap dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

*Sila adjust sukatan mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Saya olah kepekatan dengan tambah/kurangkan bawang dan serbuk kari.

*Resipi ini tidak menggunakan santan dan tiada serbuk perasa. Penggunaan rempah ratus memeriahkan rasa. 


***

Gulai atau kari memang sinonim dengan makanan kita. Gulai ikan, ayam, daging. Semuanya sedap. Bagi penggemar gulai dan kari, pengambilan yang kerap mungkin tidak digalakkan kerana makanan ini biasanya menggunakan santan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Memang ada yang menggantikan santan dengan susu atau yogurt. Rasanya sedikit berbeza dari menggunakan santan. Bagi mereka yang sudah berpuluh tahun memasak gulai bersantan, mungkin sedikit sukar untuk diyakinkan agar melakukan perubahan. Sebagai manusia, penerimaan kita terhadap rasa makanan adalah berbeza. Walau apa pun, kesihatan perlu diutamakan. Mari ubah taste bud kita...



Tuesday, June 10, 2014

Berat 6-6

Jam menunjukkan 5.32 pm. Dia pun keluar dari pejabat menuju ke kereta untuk pulang. Melintasi common room pelajar, terlihat kain baju berselerak, tirai tercabut, ada juga seseorang yang menyusu bayi di suatu sudut. Pelik.

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian! Saya nak cakap sikit. Saya tengok keadaan bilik ni makin teruk! Blablabla..." dia mula membebel.

Kelihatan beberapa pelajar lelaki selamba keluar dan mula memakai kasut sukan. Ye lah dah petang.

"Woi! Sapa bagi keluaq!? Tak habis cakap lagi!"

Tiba2 terdengar suara, "hey bangun! Bangun! Mengigau apa ni? Terkejut budak2!"

Terdengar adik merengek. Aiman macam nak nangis. Gelap. Tangan mencapai phone. Pukul 3.44 am.

Berat 6-6. Ngigau!

Tuesday, May 13, 2014

Pindang

Pindang antara masakan yang mudah, sedap dan sihat. Tak tahu lah tempat lain panggil nama apa...

Bahan:
Ikan temenung
Bendi
Asam keping
Daun kesum
Bunga kantan (mahal la ni sekuntum seringgit)
Tumbuk:
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Cabai
Serai dititik

Pindang

Rebus bahan2 perencah. Bila dah wangi masukkan ikan dan daun kesum. Bila ikan dah masak masukkan bendi. Tutup api, siap.
Garam? Secukup rasa. Kurang lebih baik, boleh hirup kuah.

Banyak pulak bekalan kunyit idup lepas ' menuai' haritu.

Sunday, April 6, 2014

Sup Kambing

Biasa buat clear sup. Kali ni cuba buat sup macam kat kedai mamak. Kalau di kedai mamak, lepas makan mulut rasa melekat, berlemak. Bila buat sendiri kita boleh kawal apa yang kita masukkan, dan makan dengan senang hati ;) .

Buat catatan sendiri lain kali nak buat lagi. Sukatan tak ada, berkonsepkan tiada terasa terlebih tak berguna...

Bahan utama:
Daging kambing, lamb pun boleh.

Bahan tumbuk:
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada hitam

Rempah2:
Pat sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu, buah pelaga)
Rempah sup
Rempah korma
Serai (lupa nak bubuh tadi)

Lebih lengkap:
Ubi kentang
Lobak merah
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Beradun:
Saya masak dulu daging dalam pressure cooker dalam 15-20 minit.
Tumis rencah tumbuk dan rempah2. masukkan daging dan kacau rata. Tambah air, masukkan kentang dan masak sampai empuk. Akhir masukkan karot dan lain2 yang dirasakan sedap. Tutup api dan perasakan dgn garam. Makan panas2 cicah roti, syiok...

Sunday, March 9, 2014

Testing

After few years using my iPhone 3, it has now being released from work. It has a number of issues so it needs to be retired I have this new toy, a lenovo s650 since last week.

Now I am testing to post to blogger direct from my new smart phone, learning to outsmart it.

Petanda



Adik dah pandai ajak 'round-round'. Rasanya dia maksudkan jalan2 kat mall. Kalau aiman dulu round2 means naik kereta.

Maka kami pun round2 tengok kawasan. Lalu depan rumah di atas, terbaca lah iklan dia. "Eh, birthday adik la 13/3," kata mama bila terpandang nama lorong. "Eh, rumah ni nombor 35 la, we r 35 this year!" sambung saya. Hmm adakah ini petanda... Haha tanda la banyak mana pun kalu takdak fulus tak payah berangan...


Sunday, January 19, 2014

Penjodoh Bilangan

Dalam perjalanan pulang dari sekolah aiman, ternampak banyak lori sedang mengisi minyak di BHP...

A: Banyaknya lori isi minyak, babah! kereta dua ekor jer...
B: erk... Dua ekor kereta?

Lalu topik perbualan petang itu berkisar contoh tentang penjodoh bilangan.

Teringat masa UPSR dulu, bila saya bawa balik kertas soalan BM, mama pun semak. Jawapan salah untuk soalan 'Penjodoh bilangan bagi kunci ialah..... (au kama qal) '. Saya pun tak ingat saya jawab apa, rasanya 'sejambak'. Hmm... Sejambak kunci sounds fine kan... Hehe... Rupanya jawapan yang betul ialah segugus kunci.

Apa pun bagus lah nak, dah pandai menggunakan penjodoh bilangan. Cuma kena padankan dengan betul. Nanti dalam BI belajar Collective Noun pulak lagi pening... A bunch of monkeys, a school of fish, a bouquet of flowers...



Aiman sedang bagi tutorial bagaimana memberi ayam makan di tangan.

Thursday, January 16, 2014

Fenomena Kangkung


Minggu ini berlaku 'fenomena kangkung' di media, akibat daripada petikan ucapan PM berkenaan naik dan turunnya harga barang. Hebatnya fenomena ini ia turut diulas di website BBC hingga menjadi trending semasa.

Rasa malas nak scroll wall FB kelmarin, asyik-asyik kangkung. Lepas magrib ada kuliah di surau, keluar jugak cerita pasal kangkung. Pakcik-pakcik yang takde internet mungkin kurang faham berbanding yang muda-mudi tu. Haishh.. glamer sungguh kangkung. Hmm... memang kena hati-hati bila nak bercakap ya....

I hope nobody is taking it too seriously here as I do not mean any harm to any one. It is funny to watch this phenomenon at the beginning... but the situation is worsening... 

Saja saya selitkan beberapa kenangan fenomena kangkung di sini...


Saya suka kumpul duit syiling. Menarik jugak ni.


Lebih serat, lebih sihat!




All time favorite dish





Updates: *I guess Tn Syed explanation in his blog here clearly shows the slacks...
*An article in TheMalayMailOnline here also touched about this issue and a youtube video gag is also attached in the article (not suitable for easily-offended people).





Sepetang bersama Mr Recep Tayyip Erdogan

What would be your hope for other muslim countries in order to bring back the glorious days of muslim civilisation?

That would be my question if I were to have a chance to ask him, Mr Erdogan. And I have the answer at his reception speech during the Special Convocation for the conferment of the Honorary Doctorate Degree in Management held last Friday in ISTAC, Kuala Lumpur.

Recep Tayyip Erdogan merupakan Perdana Menteri Turki yang telah banyak membuat perubahan pada negara itu, di mana ada yang  menggelar sebagai 'the Silent Revolution', selepas berlaku banyak 'kerosakan' akibat daripada Kamalism selepas jatuhnya enpayar Islam yang terakhir, . 

Menanti ketibaan Mr Erdogan di Dewan Utama ISTAC.
Dapat tangkap gambar dengan gambar pun jadi lah.
Ramai rakyat Turki yang hadir pada majlis tersebut. Jelas tergambar kegembiraan dan kebanggaan mereka terhadap pemimpin nombor satu mereka ini. 

Seluruh ucapan Erdogan sampaikan dalam bahasa Turki. Pada awalnya beliau melihat tiada jurualih bahasa dan beliau mengarahkan seorang jurubahasa untuk menterjemahkan ucapannya ke dalam Bahasa Inggeris. Jelas jatidiri Perdana Menteri ini.

"Kita telah berjaya membuktikan bahawa pemakaian hijab tidak menghalang kemajuan sains dan teknologi!" dan ia mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.


Erdogan seterusnya bercerita tentang kegemilangan tamadun Islam dan bagaimana kebebasan atau freedom yang dikecapi di zaman dahulu amat berkait rapat dengan kemajuan umat keseluruhannya. Beliau menyebut bagaimana Ibn Batutta menjelajah dunia pada kurun ke-14 dan bayangkan tahap keselamatan dan kebebasan waktu itu. Seterusnya beliau menyentuh bagaimana pencapaian dan kemajuan tamadun Islam di Andalusia memberi pencerahan atau enlightenment kepada benua Eropah yang mana pada ketika itu masih di dalam dark ages.

Dalam ucapannya saya dapati beliau merusaha ke arah menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang self-reliant dan self-sufficient. Projek terbaru mereka antara lain ialah membina satelit dengan bantuan negara Jepun, dan hampir 30 orang anak muda Turki dihantar ke Jepun untuk sama-sama membina sambil belajar, dengan harapan mereka akan pulang ke negara asal dan memperkembangkan ilmu mereka.

Pencapaian yang saya rasakan amat besar bagi mereka ialah bagaimana Erdogan berjaya membebaskan Turki daripada beban hutang negara yang bernilai beratus billion dollar sewaktu beliau pengambilalih kuasa pemerintahan, dan berikrar tidak akan lagi berhutang dengan badan kewangan dunia itu. Dari sudut kekuatan negara, Turki mula menghasilkan sendiri lebih 50% keperluannya terhadap sistem dan peralatan pertahanan termasuk kapal perang dan lain-lain. Banyak lagi pencapaian dan pembaharuan yang disentuh dalam ucapannya.

Sungguh, saya rasa amat cemburu dengan rakyat Turki pada ketika itu. Dan Alhamdulillah, adanya pemimpin Islam seperti Erdogan memberi harapan kepada ummah untuk melihat masa depan yang lebih cerah. Harap ia menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.

Kita di Malaysia bagaimana?




Gambar daripada FB Recep Tayyip Erdogan ...
Presiden IIUM menyampaikan cenderahati kepada Mr Erdogan.

Isteri yang setia menemani.

hmm... tak tau nak bubuh caption apa... fikir lah sendiri...


Friday, January 10, 2014

Satu Lagi Titik Perubahan : Another Turning Point

Dalam kelas, saya berpesan kepada pelajar; ambil kesempatan pada setiap turning point dalam kehidupan kita untuk berubah menjadi lebih baik. Bagi diri saya sendiri, antara turning point yang saya rasakan besar ialah saat status berubah menjadi suami orang, saat menjadi seorang ayah, dan yang terbesar setakat ini ialah saat kembalinya abah saya ke Rahmatullah.

Selepas tujuh tahun bergelar babah, anak sulung saya kini berada di darjah satu. Hari ini hari ke-enam Aiman belajar di 'sekolah betul'. Jika dulu di pra-sekolah, dia bebas ponteng sekolah atau 'tuang' ('truant' kata orang kampung), kini surat tunjuk sebab perlu dikemukakan jika tidak hadir ke sekolah. Jika dulu boleh masuk lambat ke kelas, kini tepat 8.40 pagi mesti berada di sekolah. Alhamdulillah, setakat ini nampaknya Aiman dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Rasa macam belum puas bermain dengan budak kecil ini, sekarang dah darjah satu.
Sedikit sebanyak (banyak juga sebenarnya) ia mempengaruhi rutin harian keluarga. Bersempena dengan perubahan ini, saya berniat untuk bangun lebih awal setiap hari. Perlu sediakan sarapan di rumah (tiada lagi sarapan di kedai mamak pukul 8 pagi sebelum ke sekolah dengan aiman), gosok baju lebih awal, pastikan buku yang betul ke dalam beg sekolah (ini kerja mama aiman) dan lain-lain lagi.

Memandangkan dah pun masuk tujuh tahun, latihan ke arah menjadi muslim yang taat perlu dimulakan. Memang di sekolah yang aiman masuk banyak subjek agama, tapi kata nabi, ibubapa yang mencorakkan anak-anak. Maka tidak wajar ibubapa berlepas tangan kepada pihak sekolah sahaja.

Nak mengejutkan dia awal pagi merupakan cabaran pertama. Setakat ini alhamdulillah walaupun kena sabar sedikit, dan harapnya semakin mudah la hendaknya dia nak bangun pagi. Kemudiannya perlu 'mengajak' dia untuk solat subuh. Baru tujuh tahun, belum boleh marah apatah lagi rotan. Termanya ialah 'mengajak'. Kalau ada yang nak berkongsi tips dalam hal ini amat dialu-alukan.

Adik juga menerima tempias. Dia yang biasanya bangun paling lambat kini seolah-olah 'terpaksa' bangun awal. Kesimpulannya, semua perlu menyesuaikan diri dengan rutin waktu pagi yang baru. Dan ini memerlukan kerjasama daripada setiap ahli keluarga.

Saya seronok, kerana boleh masuk pejabat lebih awal. Bagi saya, lebih baik masuk awal dan balik awal, daripada masuk lambat dan terpaksa balik lewat. 

Thursday, January 9, 2014

Live Life with a Purpose

Live life to the fullest. Selalu kita terdengar ungkapan ini.

Kaya, miskin, putih, hitam, cantik, buruk, baik, jahat, Melayu, Cina, Jawa; itu semua attribute yang dinisbahkan kepada manusia dalam menjalani kehidupan di atas dunia. Yang pasti, SEMUA akan merasai mati. 
Continuing the life cycle: A nesting bird in Wollongong Botanic Garden

Setiap orang melalui pelbagai mehnah dan tribulasi berbeza dalam kehidupan, namun pengakhirannya tetap sama iaitu MATI. 

Fikirkan; pekerjaan kita sedari pagi hingga ke malam, kehidupan berkeluarga membesarkan anak-anak, adanya kedua orang tua, melayani karenah manusia di sekeliling kita, peperangan yang berlaku di sana-sini, malah seluruh isi kehidupan kita ini; adakah kesemuanya sekadar hanya untuk  kita mati di akhirnya? 

Bahkan tidak. Pasti ada tujuan yang lebih besar daripada itu... 
Kehidupan sesudah kematian, kembalinya kita kepada Tuhan.

So.... 

Live Life with a Purpose.





@ä. <§øÿtR èps)ͬ!#sŒ ÏNöqyJø9$# 3 Nä.qè=ö7tRur ÎhŽ¤³9$$Î/ ÎŽösƒø:$#ur ZpuZ÷FÏù ( $uZøŠs9Î)ur tbqãèy_öè? ÇÌÎÈ  

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiya’:35)

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Saya tidak pernah teruja untuk menyambut tahun baru. Sepanjang lima tahun menuntut ilmu di tengah kota Kuala Lumpur, hanya sekali keluar di malam tahun baru. Itu pun tujuan utama nak pergi makan dengan kawan-kawan. Hasilnya terperangkap dalam traffic jam. Masa di Sydney juga tak pernah join tengok pertunjukan bunga api di Sydney Harbour atau lain-lain tempat, sekadar tengok di TV sahaja.

Setiap saat, setiap jam, hari, bulan dan setiap tahun yang Allah kurniakan kepada kita adalah peluang untuk kita melakukan kebaikan serta memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada masa sebelumnya. Ia merupa kayu pengukur masa.

Berlalunya 2013, pasti ada kenangan bagi kita semua. Hadirnya 2014, ramai pula yang merancang azam baru. Berakhir 2013, bermakna sudah lebih setahun saya tidak menjamah McD. Walaupun berat badan tidaklah turun banyak, tetapi sekurang-kurang ia tidak naik mendadak. Hikmah yang ingin dikongsi, jika saya boleh meninggalkan tabiat ini, bermakna saya harus cuba meninggalkan tabiat-tabiat buruk yang lain juga. Ya Allah, masih banyak amalan dan tabiat buruk yang perlu dibuang daripada diri ini. Antara faktor kejayaan sesuatu perubahan ialah kemahuan yang tinggi, rasakan ianya suatu tanggungjawab, fikirkan tentang kelebihannya serta sumbangan kepada diri dan ummah, serta sokongan pasangan.

Tahun 2014 Aiman memulakan darjah satu di sekolah rendah. Ia perubahan besar bagi keluarga kecil saya. Doakan semoga perubahan ini membawa banyak kebaikan serta memangkin perubahan-perubahan lain ke arah yang lebih baik.

September 2013, diberi peluang oleh Allah untuk melihat sendiri kesan sejarah kegemilangan Islam di Andalusia. Gambar adalah Al-Hamra',  kota terakhir kerajaan Islam di Granada, Sepanyol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails