Kerana dirimu amat berharga

Sunday, January 19, 2014

Penjodoh Bilangan

Dalam perjalanan pulang dari sekolah aiman, ternampak banyak lori sedang mengisi minyak di BHP...

A: Banyaknya lori isi minyak, babah! kereta dua ekor jer...
B: erk... Dua ekor kereta?

Lalu topik perbualan petang itu berkisar contoh tentang penjodoh bilangan.

Teringat masa UPSR dulu, bila saya bawa balik kertas soalan BM, mama pun semak. Jawapan salah untuk soalan 'Penjodoh bilangan bagi kunci ialah..... (au kama qal) '. Saya pun tak ingat saya jawab apa, rasanya 'sejambak'. Hmm... Sejambak kunci sounds fine kan... Hehe... Rupanya jawapan yang betul ialah segugus kunci.

Apa pun bagus lah nak, dah pandai menggunakan penjodoh bilangan. Cuma kena padankan dengan betul. Nanti dalam BI belajar Collective Noun pulak lagi pening... A bunch of monkeys, a school of fish, a bouquet of flowers...



Aiman sedang bagi tutorial bagaimana memberi ayam makan di tangan.

5 comments:

  1. Pembelajaran sepanjang hayat dan tiada noktah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pok Li... Anak makin membesar ni, kita kena mengajar dia, dan kita pun kena belajar dari dia. :)

      Delete
  2. wahh..aiman memberi makan kepada dua buah ayam. eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu ayam suami, satu ayam isteri katanya... :p

      Delete
  3. If yоu sսlk or pout when he needs his own spаcе, or tгy to ρressurise ɦim into seeing
    yoս more, he will feel trapped. Even if you're not seeing her, just sending
    texts or calling her neѵertheless suǥgests ƴou're
    aгound and she can't miss you. Let her have some of tɦe spotlight and do some of the flirting.



    Haѵe a look at my web site :: High Performance Handbook Pdf Download

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails