Kerana dirimu amat berharga

Monday, August 9, 2010

Tingkatan Puasa: Di Manakah Kita Kelak?


Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa golongan orang yang berpuasa itu terbahagi kepada tiga tingkatan:

Pertama: Puasa Awwam atau Umum

Kedua: Puasa Khusus atau istimewa

Ketiga: Puasa Khusus al-khusus atau yang teristimewa

Kebanyakan daripada umat Islam tergolong dalam tingkatan yang pertama. Ciri-ciri mereka yang berpuasa secara umum ialah mereka mampu menahan lapar dan dahaga serta menjauhi daripada melakukan jimak di siang hari. Selebih daripada itu, kehidupan seharian adalah seperti biasa.

Golongan yang kedua pula lebih istimewa. Mereka yang berpuasa khusus ialah apabila bukan sahaja menahan lapar dan dahaga serta nafsu syahwat, bahkan anggota lain termasuk mata, telinga, lidah, tangan serta kaki turut sama 'berpuasa'. Dalam erti kata lain, anggota tubuh badan juga tidak terdedah atau terjebak dalam melakukan perkara-perkara yang laghaa atau ditegah sama sekali. Contohnya, mata tidak melihat kepada perkara yang boleh merangsang nafsu, telinga tidak mendengar alunan lagu yang melalaikan, dan lidah tidak digunakan untuk berbual kosong apatah lagi mengumpat dan bergossip.

Golongan yang ketiga ialah mereka yang berpuasa secara khusus al-khusus. Selain daripada mempunyai ciri-ciri kedua-dua tingkatan di atas, golongan ini juga mampu mengawal hati mereka untuk turut sama berpuasa, di mana keinginan duniawi zahir dan batin semuanya terkawal natijah daripada berpuasa. Contohnya, makan iftarnya bersederhana, persiapannya bersahaja, namun amalannya berganda, sedekahnya berjela, tadarrusnya bergema, malamnya bercahaya.


 


Marilah sama-sama kita berusaha untuk berada di tingkatan yang terbaik, insyaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu, Amiin.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

Nota:
Kita berada betul-betul di hujung Sya'ban, namun suasana menyambut Ramadhan tidak jelas dirasai.. Kalau nak menyambut raya, seawal minggu pertama puasa sudah ada yang menghantar ucapan selamat, jualan kuih raya apatah lagi. Kita  seolah2 sedih kerana tidak dapat makan lagi di siang hari. Yang happy ialah pengusaha restoran2 besar serta hotel2 menyediakan pakej berbuka secara buffet yang mengambil kesempatan di atas 'kelaparan' nafsu kita sendiri, awal2 lagi banner dan iklan dah naik dipasang...

Thursday, August 5, 2010

Lain teko lain kendinya


Alkisah ada sebuah seminar beserta bengkel yang dihadiri oleh peserta tempatan dan luar negara. Seminar selama dua hari tersebut bermula dari 8 pagi hinggalah 5 petang. Biasalah seminar, mesti diselang-seli dengan acara makan-makan: pagi, tengahari, petang. Maaaaakan aje.


Saya tak ada bekas basuh tangan ni, jadi tak dapat nak tangkap gambar sendiri. 
Sumber gambar dari sini.


Selesai sesi pagi maka tibalah waktu makan tengahari. Beraturlah para peserta untuk mengambil juadah tengahari yang dihidang secara buffet. Selesai mengambil makanan, tibalah seorang hamba Allah yang bukan orang Malaysia ni ke hujung meja untuk mengambil minuman. Dia pun terus sahaja mencapai cawan yang berdekatan, lalu mencapai teko yang seperti gambar di atas dan menuangkan 'air minuman'nya. Niatnya mungkin bagus, hanya mahu minum air kosong, diet. Kemudian hamba Allah ini berlalu mencari tempat duduk.


Rupanya seorang wanita sedang memerhati perbuatan hamba Allah ini dari jauh dalam barisan queuenya. Memikirkan bahawa hamba Allah tadi mungkin menyangka air di dalam teko di atas adalah untuk diminum, wanita tadi segera memberitahu bahawa bekas tersebut disediakan untuk membasuh tangan, dan airnya belum tentu bersih untuk diminum. Maka hamba Allah tadi dengan sedikit aksi terkejut bersegera menukarkan 'air minuman'nya dengan air lain yang memang dimaksudkan untuk diminum.






Note 1: Kenapa orang yang berada di tepi-tepi hamba Allah tadi tak tegur dulu? Lapar sangat sampai tak perasan kot.
Note 2: Orang kita memang berat mulut sikit nak cakap dengan orang yang tidak dikenali, kena pulak bangsa lain, takut salah speaking.
Note 3: Wanita  itu adalah isteri saya. Dia memang baik dan suka tolong orang. Dah berapa kali dia suruh saya berentikan kereta tepi jalan sebab nak tolong orang eksiden. Saya penakut darah, so duduk jauh2 aje, hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails