Kerana dirimu amat berharga

Thursday, August 5, 2010

Lain teko lain kendinya


Alkisah ada sebuah seminar beserta bengkel yang dihadiri oleh peserta tempatan dan luar negara. Seminar selama dua hari tersebut bermula dari 8 pagi hinggalah 5 petang. Biasalah seminar, mesti diselang-seli dengan acara makan-makan: pagi, tengahari, petang. Maaaaakan aje.


Saya tak ada bekas basuh tangan ni, jadi tak dapat nak tangkap gambar sendiri. 
Sumber gambar dari sini.


Selesai sesi pagi maka tibalah waktu makan tengahari. Beraturlah para peserta untuk mengambil juadah tengahari yang dihidang secara buffet. Selesai mengambil makanan, tibalah seorang hamba Allah yang bukan orang Malaysia ni ke hujung meja untuk mengambil minuman. Dia pun terus sahaja mencapai cawan yang berdekatan, lalu mencapai teko yang seperti gambar di atas dan menuangkan 'air minuman'nya. Niatnya mungkin bagus, hanya mahu minum air kosong, diet. Kemudian hamba Allah ini berlalu mencari tempat duduk.


Rupanya seorang wanita sedang memerhati perbuatan hamba Allah ini dari jauh dalam barisan queuenya. Memikirkan bahawa hamba Allah tadi mungkin menyangka air di dalam teko di atas adalah untuk diminum, wanita tadi segera memberitahu bahawa bekas tersebut disediakan untuk membasuh tangan, dan airnya belum tentu bersih untuk diminum. Maka hamba Allah tadi dengan sedikit aksi terkejut bersegera menukarkan 'air minuman'nya dengan air lain yang memang dimaksudkan untuk diminum.






Note 1: Kenapa orang yang berada di tepi-tepi hamba Allah tadi tak tegur dulu? Lapar sangat sampai tak perasan kot.
Note 2: Orang kita memang berat mulut sikit nak cakap dengan orang yang tidak dikenali, kena pulak bangsa lain, takut salah speaking.
Note 3: Wanita  itu adalah isteri saya. Dia memang baik dan suka tolong orang. Dah berapa kali dia suruh saya berentikan kereta tepi jalan sebab nak tolong orang eksiden. Saya penakut darah, so duduk jauh2 aje, hehe.

12 comments:

  1. Betul ke set basuh tangan tu orang panggil teko dan kendi? lupalah...

    ReplyDelete
  2. Lsin ksli kens letak label kat teko basuh tangan tu...hehehe...

    ReplyDelete
  3. salam..
    kalau ada sudu dan garfu tak payah basuh tangan pakai kendi ni. mungkin boleh guna untuk basuh sudu dan garfu te..

    ReplyDelete
  4. errr kat hotel ada pakai lagi ke bekas basuh tangan...

    sekarang ni nak tolong orang pon susahhh sebab blom tentu yang ditolong tu susah, takut dia pulak yang akan menyusahkan

    ReplyDelete
  5. salam,

    kalau kita rajin tolong orang satu hari nanti orang akan tolong kita jua..

    ReplyDelete
  6. kak tirana,
    betul jugak tu, letak label besar2.

    endiem,
    Salaam. Pakai sudu garfu, tangan pun tak lekat bau kan. Nak pulak kalau ada sambal belacan.

    cemomoi,
    bukan di hotel, kat bilik seminar dan makmal nun.
    Betul, kena hati2 jugak kalau nak menolong atau menerima pertolongan.
    Kata orang buat baik berpada-pada.

    penjejak maya,
    insyaAllah buat baik dibalas baik. Ramadhan dah dekat, boleh kita banyakkan sedekah.

    ReplyDelete
  7. Oh mesti anda sungguh bangga semasa menulis entry ini kan?

    ReplyDelete
  8. mummy hanny,
    bangga dgn isteri kah? sapa lagi nak puji bini kalau bukan suami...ekeke =)

    ReplyDelete
  9. orang malaysia dah ramai tak nak jaga tepi kain orang :)

    ReplyDelete
  10. Pok Li, masing2 suka buat hal sendiri, nafsu-nafsi. bila kena diri sendiri baru la nak sedar kot..

    ReplyDelete
  11. Saya penah tolong org accident di waktu mlm. Org tu berdarah teruk sgt tapi saya tak rasa ngeri sbb malam and gelap.Pengalaman yg tak dpt dilupakan..

    ReplyDelete
  12. TK,
    kalau emergency dan terpaksa memang boleh buat kan.Saya bukan apa, kalau tgk darah byk, atau tulang tersembul ke, badan rasa satu macam. Boleh temankan isteri bersalin dulu dah kira kejayaan besar bagi saya, hehe.
    Teruskan menolong..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails