Duduk di rumah teres manalah ada tanah sangat nak bercucuk tanam. Maka tanah yang sekangkang kera itulah nak disumbat segalanya. Bagi mereka yang dah buat extension, terpaksalah bertanam di dalam pasu. Itupun kalau suka bertanamlah.
Di barisan rumah saya, kebanyakan rumah dah pun diextend dapur mereka sampai ke longkang. Tinggal beberapa buah saja yang masih original, termasuk rumah saya. Tanah yang sebesar kelemboi itulah saya tanam pucuk ubi, serai, pokok beluntas, kacang kelisa (kacang botor), daun kadok, pokok limau purut, daun karapule (pokok kari la tu) dan daun pandan. Saya ni jenis tanam-dan-tinggal, hanya jenguk melalui tingkap saja. Kalau dah layu sangat barulah saya siram. Alhamdulillah, pokok-pokok ni setakat ni nampaknya hidup dan dah boleh diguna setakat nak buat tomyam, kari dan nasi lemak.
Suatu hari,setelah beberapa lama tak turun ke kebun (macamlah besar sangat kebun), saya lihat ada pokok baru tumbuh betul2 di tepi pagar. Perdunya di sebelah luar. Daripada bentuk daunnya serta bersulur paut saya menjangkakan pokok labu. Kemudian saya perasan seperti ada baja berwarna pink yang ditabur di pangkalnya. Fikiran saya mula membuat pelbagai kesimpulan, justeru membaca ayat2 quran yang patut, mudah2an ianya bukan sesuatu yang membawa keburukan. Saya tidak mencabutnya, tetapi terus memerhati setiap hari. Rupanya timun, seperti yang di dalam gambar.
Alkisah pada suatu hari sedang saya mandi di bilik air belakang, terdengar orang berbual di lorong belakang. Dari perbualan itu maka tahulah kisahnya, bahawa pokok itu ditanam oleh bibik jiran yang selang beberapa rumah dari rumah kami. Tuan rumah dah extend habis, bibik ketagih nak bercucuk tanam barangkali, lalu ditumpangnya rumah orang, hehe.
Pernah juga ketika saya di dapur membuka tingkap, terlihat bibik yang gelabah terus berlalu, mungkin takut saya marah. Agaknya melawat pokok timunnya lah tu. Apalah bibik, cakap saja terus terang. Nanti saya boleh suruh bibik tolong cabut rumput, lalang dan tolong siramkan pokok sekali, nanti nak balik raya ni...
Timun tu dah berbuah, kira saya punya ke bibik ittew yang punya?
Anak benih pokok kari diimport dari Taiping untuk mengekalkan citarasa bonda.
Anak benih limau purut dari pasar tani stadium Kuantan, murah saja.
Ulat beluncas ni kalau dibiarkan mau togel pokok limau purut saya, eating machine.
Mujur sempat diselamatkan.
salam,
ReplyDeletebila dah berbudi pada tanah ada juga hasilnya nanti..
penjejak maya, Alaikumussalaam,
ReplyDeletekadang2 rasa mcm nak duduk kampung, boleh tanam macam2 lagi.
bole makan dah timun tu, pasal dok kat rumah kita... ala buat-buat tak malu sedekah kat jiran tu konon kita le yang tanam...
ReplyDeletehee saya punya pokok pandan dalam pasu dah mati, lupo nak siram
ada jugak kebun walaupun besaq kelemboi. Kak tirana langsung tak ada.. Tak sabar nak pindah duduk rumah sendiri yang ada tanah walaupun tak besaq mana. Kak tirana pun suka berkebun.
ReplyDeleteCuba tanam tapi tak hidup. Depa kata tangan panas. Betul ke
ReplyDeletecemomoi,
ReplyDeletebagus gak idea tu, hehe.
kalau tanam dlm pasu mmg kena siram selalu, atas tanah tahan sikit kena tinggal.
kak tirana,
dok kondo susah sikit la nak bercucuk tanam. Seronok tengok hijau ni kan.
Pok Li,
Selalu juga dengar orang kata tangan panas, sebab tu tanam tak naik. Yang campak2 pun jadi ada jugak, green thumb. Tak tau pula kenapa...
salam
ReplyDeletesama la mcm belakang umah saya..tp takde bibik jiran yg rajin mcm tu hehe...semua tanam dlm pasu..kunyit,halia,daun kari...hidup segan mati tak mau heheh
Rumah di sini kawasan tanahnya masih luas..minat dan suka nak tanam menanam ni..benih pertanian bg free pun.. minta tlg org tanam..tinggal...sebulan sekali bila dia dtg barulah pokok tu dibelai..tuan nya tgk dr jauh aje.
ReplyDeleteKesian pulak tgk pokok-pokok tu...yg seronoknya sebenarnya pokok-pokok ni jadi tempat kita release tension kan !
kak kamsiah,
ReplyDeletehehe, at least bila sesak2 nak guna ada jugak kat belakang rumah tu.
ikan emas,
seronok la kalau tanah luas, bukan takat pokok ulam, pokok buah pun boleh tanam kan. Memang, sampai cabut2 rumput tu bercakap2 dgn pokok, hehe.
Kesian bibik tu yek! Teringin sgt dia nak berkebun.Bibik akak tanah tepi rumah punyalah luas tapi taknak pulak bercucuk tanam!! Harapkan akak..mmg tak bole harap.
ReplyDeleteSuka berkebun juga tapi xde masa nak tgok2 pokok.
TK,
ReplyDeleteSaya dah 'ngap' timun tu kelmarin. Sedap, rangup dan manis. Bibik ni ikut la dari background mana dia dtg. Bibik mak sedara saya dulu segala benda ditanamnya.
Kalau tanah saya luas, bukan takat pokok, ayam pun saya nak bela... hehe.