Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa golongan orang yang berpuasa itu terbahagi kepada tiga tingkatan:
Pertama: Puasa Awwam atau Umum
Kedua: Puasa Khusus atau istimewa
Ketiga: Puasa Khusus al-khusus atau yang teristimewa
Kebanyakan daripada umat Islam tergolong dalam tingkatan yang pertama. Ciri-ciri mereka yang berpuasa secara umum ialah mereka mampu menahan lapar dan dahaga serta menjauhi daripada melakukan jimak di siang hari. Selebih daripada itu, kehidupan seharian adalah seperti biasa.
Golongan yang kedua pula lebih istimewa. Mereka yang berpuasa khusus ialah apabila bukan sahaja menahan lapar dan dahaga serta nafsu syahwat, bahkan anggota lain termasuk mata, telinga, lidah, tangan serta kaki turut sama 'berpuasa'. Dalam erti kata lain, anggota tubuh badan juga tidak terdedah atau terjebak dalam melakukan perkara-perkara yang laghaa atau ditegah sama sekali. Contohnya, mata tidak melihat kepada perkara yang boleh merangsang nafsu, telinga tidak mendengar alunan lagu yang melalaikan, dan lidah tidak digunakan untuk berbual kosong apatah lagi mengumpat dan bergossip.
Golongan yang ketiga ialah mereka yang berpuasa secara khusus al-khusus. Selain daripada mempunyai ciri-ciri kedua-dua tingkatan di atas, golongan ini juga mampu mengawal hati mereka untuk turut sama berpuasa, di mana keinginan duniawi zahir dan batin semuanya terkawal natijah daripada berpuasa. Contohnya, makan iftarnya bersederhana, persiapannya bersahaja, namun amalannya berganda, sedekahnya berjela, tadarrusnya bergema, malamnya bercahaya.
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berada di tingkatan yang terbaik, insyaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu, Amiin.
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Ramadhan Kareem, Allahu Akram!
Nota:
Kita berada betul-betul di hujung Sya'ban, namun suasana menyambut Ramadhan tidak jelas dirasai.. Kalau nak menyambut raya, seawal minggu pertama puasa sudah ada yang menghantar ucapan selamat, jualan kuih raya apatah lagi. Kita seolah2 sedih kerana tidak dapat makan lagi di siang hari. Yang happy ialah pengusaha restoran2 besar serta hotel2 menyediakan pakej berbuka secara buffet yang mengambil kesempatan di atas 'kelaparan' nafsu kita sendiri, awal2 lagi banner dan iklan dah naik dipasang...
salam,
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan.
Semoga kita tergolong dalam Golong ketiga tuu.
Aiman puasa ke?
Have a blessed Ramadhan!
ReplyDeleteikan emas,
ReplyDeletesalaam & selamat memulakan puasa.
Dulu bila ditanya 'aiman puasa tak?' dia jawab 'Kuasa', lepas tu pulun makan. Tahun ni tak tahu lah, makin besar makin cakap banyak, hehe.
TK,
Thanks! You too!
salam ramadhan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita
ReplyDeleteAzdie, selamat berpuasa.. Jom kita usahakan untuk dapatkan puasa tingkat ketiga...InsyaAllah.
ReplyDeletecemomoi,
ReplyDeletesalam ramadhan kembali. InsyaAllah mudah2an...
kak tirana,
insyaAllah sama2 berusaha.