Tercabut satu kaki: Fius tak terbakar, tapi plastik yang cair.
Saya hairan, kenapa fius yang ada dalam kepala plug tu tak berfungsi. Patutnya fius yang terbakar dulu dan memutuskan arus elektrik, barulah selamat.
Beberapa barangan kelengkapan rumah saya dibawa balik dari Sydney. Kerana kepala plug Australia dan Malaysia lain bentuk pinnya, maka saya perlu tukar mengikut kesesuaian. Sudah pastilah saya cari yang murah saja, dan pula tertulis 'fused, unbreakable and safe' bla bla bla. Lepas terbakar tu baru perasan ejaannya pun salah. Made in mana pun tak tahu lah. Maka saya pun terpaksalah buat kerja dua kali. Kali ni kena warning awal-awal, "Jangan la beli yang murah sangat yer."
Kalau beli apa-apa barang, kita selalu akan cuba mencari yang murah. Selalu juga, kita komplen barang yang kita beli tu tak berkualiti. Tetapi adakah barang yang mahal semestinya berkualiti? atau yang murah itu low quality?
Tapi kalau makanan, saya rasa cendol di gerai mamak yang harganya murah tu lagi sedap dari di hotel...
*teringat pulak cendol stesen keretapi Taiping... puasa puasa...*
Nota peribadi:
1. Kalau bab-bab elektrik dan pendawaian, kena cari yang elok dan berkualiti. Biarlah mahal sikit asal anak isteri dan rumah kita selamat.
2. Jangan guna peralatan yang kuat makan karen serentak jika menggunakan plug point yang sama.
NOTA tambahan;
ReplyDeleteyang pakar dan ada 'sijil' shj yg dibenarkan membuat kerja-kerja wiring atau ubah suai ...bla bla bla..
mesti beli yang ada cop SIRIM maa!!!
ReplyDeletekak Sam
ikan emas,
ReplyDeletesaya takde sampai buat wiring sendiri, setakat ganti kepala plug tu bole la, hehe..
Kak Sam,
tu dia orang sirim singgah ke mari. Ha'ah, kali ni saya dah beli yg ada cop SIRIM, lebih diyakini. =)
Biar mahal sikit asalkan selamat... Itu nasib juga jadi masa kita jaga, kalau jadi masa kita tidur, tak sedar...lagi bahaya..
ReplyDeletePuasa2 ni AzD sebut cendol...mengancam sungguh..hehehe
kak tirana,
ReplyDeleteitulah, alhamdulillah.
cendol pun tengok tempat, ada mamak yg sedap, ada yg tak sedap, hehe. Saya suka cendol pulut, taruh kacang merah lebih, hehehe...
Nasib tak meletup. Apa pun lebih selamat guna satu plug dari sambung-sambungan
ReplyDeletesatu plug point untuk satu fuse baru selamat.
ReplyDeletesib baik tak terbakar! di manakah aiman ketika itu? apa reaksi aiman? mesti cute....
ReplyDeletePok Li,
ReplyDeleteDeveloper rumah ni dulu kedekut, buat plug point sikit sangat. Memang bahaya pasang banyak2 benda pada satu plug.
kak zara,
betul. pasni guna satu-satu, tak boleh guna serentak.
anon,
dia dok melayan kartun kat TV, apa jadi pun tak sedar dah, hehe.
Azdi,
ReplyDeleteBukan developer vtu kedekut, selalunya dia letak standard saje (beberapa)..lebih selalunya dia tanya masa sebelum pendawaian, so kita kena bagi input kat depa nak letak berapa power point tu..masa tu kena imaginelah nak letak TV kat mana, kepala katil kat mana..of course bila tambah power point, kena bayarlah additionalnya!!so taklah nampak wiring tambahan tu!!
hahahha saya pulak, sebab terlalu byk imaginasi, power point pulak terlebih, sbb barang kuarng ngehh ngehh
Kak Sam