Kerana dirimu amat berharga

Monday, March 29, 2010

Bukan mudah, tapi tak juga susah...

Beberapa hari lalu saya berkesempatan 'ngeteh' dengan seorang sahabat. Itupun di kedai depan rumah saja. Berbagai topik dibualkan, termasuklah gossip dan 'update' terkini kawan-kawan.

"Susah ke buat PhD? Aku takut ni," kata sahabat saya. Sahabat ini sedang dalam proses menyambung pengajian ke luar negara tak lama lagi. "Harap2 aku tak menakutkan kau," kata saya. Kemudian kami berbual mengenai 'asam-garam' semasa membuat penyelidikan dan thesis, berkongsi pengalaman yang sedikit ini. It is more like an adventure, which you'll never know what's ahead of you, no matter how well you have planned.

Alasan 'lembab' sebab dah tua sama sekali tidak boleh dipakai. Akhbar mStar Online hari ini menyiarkan Tan Sri Jins Shamsudin menerima PhD pada usia 75 tahun. Yang boleh menjadi pembakar semangat (atau 'terbakar' sebenarnya), dia menyiapkan PhD dalam tempoh dua tahun. Baca laporan selanjutnya di sini. Saya tumpang bangga dengan kejayaan anak kelahiran Taiping, Perak ini.

Buat sahabat-sahabat yang dalam perancangan untuk menyambung pengajian melalui penyelidikan, banyak faktor yang mempengaruhi susah senang perjalanan pengajian seseorang sebenarnya. Setiap orang menempuhi jalan yang sangat berbeza. Each and everybody is unique in its own way, there is no specific guidelines to follow. Antara faktor yang penting ialah pemilihan tajuk, attitude penyelia, attitude diri, kemudahan atau bantuan kewangan, nature penyelidikan yang dijalankan dan juga persekitaran. Hanya beberapa faktor yang dapat kita kawal, yang lain lebih bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam menjalani liku-liku pengajian PhD (atau Master by Research), mungkin hanya 10% bergantung pada usaha sendiri, yang lain kita perlu berdoa dan bertawakal serta bergantung sepenuhnya pada Allah S.W.T. agar perjalanan dipermudahkan.

Antara kualiti yang perlu ada pada anda ialah tahap kesabaran yang tinggi, flexibility, boleh menerima ketentuan andaikata sesuatu perkara terjadi di luar perancangan, berdisiplin,  rapport yang baik,  dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi panduan, kerana saya sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang kadang-kadang amat melemahkan dan menggoyah iman. But so far I survived...

Kita beruntung sebagai seorang Muslim. Bila diberi kesenangan, kita bersyukur menadah tangan ke langit, maka beroleh pahala. Bila ditimpa kesusahan, kita kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya kerana ianya suatu ujian, dan kita beroleh pahala. Jangan sesekali berputus asa dan buruk sangka pada Allah. Itu antara kunci kejayaan.

Oleh itu, jangan berasa takut untuk memulakan langkah pertama, and just go with the flow...

Wednesday, March 24, 2010

Dah Tua Daaah


Setelah beberapa tahun tak jumpa, ramai kenalan yang kata saya nampak semakin kurus. Alhamdulillah. Mungkin  sebab misai dan sejemput janggut yang tumbuh menyebabkan isi di muka nampak sikit. Nasib baik saya bukan jenis yang berjambang, kalau tidak teringin juga nak simpan. Hakikat sebenar, biarlah apapun asalkan sihat.




Gambar: Anak Abah yang tiap-tiap pagi menangis bila sampai depan tadika
 

Nama Panggilan


Panggilan atau gelaran yang kita gunakan di kalangan orang Melayu melambangkan betapa kita diajar untuk menghormati orang lain serta membezakan antara generasi. Ibu saya mempunyai 10 beradik. Mengikut turutan, mereka dipanggil Mak Chaq, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Anjang, Mak Andak, Mak Tam, Pak Teh, Pak Cik, Mak Su dan Mak Uda. Keluarga lain juga mungkin menggunakan gelaran-gelaran yang sama. Dari mana gelaran-gelaran ini timbul? Mungkin pakar antropologi boleh jelaskan, teringin juga nak tahu. Selain dari itu, kita juga sering memanggil berdasarkan pekerjaan. Contohnya cikgu X (walaupun dia bukan cikgu kita), pak imam, tok mudim dan sebagainya. Kalau orang yang kita tidak kenal dan lebih tua, kita panggil pakcik atau makcik. Di antara suami isteri juga digalakkan memanggil dengan gelaran yang dapat memupuk kasih sayang, tak payah lah saya berikan contoh. Rasulullah sendiri memanggil isteri baginda dengan gelaran tertentu. 


Biasanya orang perempuan agak sensitif akan kata ganti nama yang digunakan untuk memanggil mereka. Jika kita panggil 'kak' atau 'makcik', ada yang akan terasa. Katanya dia masih muda. Kita bukan apa, mahu hormatkan dia. Agaknya yang memanggil tu kelihatan tua, ataupun perasan muda. Pernah juga terjadi, dipanggil nama sahaja, katanya kurang beradab pulak, sebab lagi muda darinya. Lelaki pula rata-rata tak berapa kisah, asalkan sesuai. Yang serba salah ialah apa nak dipanggil golongan 'mak nyah' ketika kita nak membeli tiket ke, meng'order' makanan ke atau membeli nasi kerabu di pasar malam. Rasanya, cik lebih sesuai kerana boleh dienterpretasikan sebagai Cik ataupun Encik.


Kalau dulu bunyinya, "Dik nak apa dik?", kebelakangan ini saya dapati orang sudah mula memanggil saya 'abang' ketika membeli barang di kedai atau sekadar bertegur di tempat awam, walaupun saya mulakan dengan memanggil mereka kakak atau abang atau cik (encik). Tak kurang juga yang memanggil pakcik dan 'uncle'. Pernah sekali ada budak memanggil saya atok, adeh! Kalau di ikutkan memang saya sudahpun berpangkat datuk, sebab telahpun punyai cucu saudara. Tak apalah, sedikit sebanyak ini menginsafkan saya dan mengingatkan diri agar lebih bersedia serta mengumpul 'bekalan' untuk hari kemudian kelak. Umur pun dah masuk 'three series' dah.


Lain pula cerita isteri saya, orang selalu ingat yang dia masih muda. Ada yang kata dia baru habis SPM, dan ada yang pernah ingat dia adalah kakak Aiman. Apa yang lecehnya ialah kalau-kalau ada orang ingat itu adalah bini muda saya jika saya jalan sambil berpegangan tangan dengan isteri saya. Masa di Sydney dulu ada orang ingat dia anak saya. "No, she is my wife!" Erkk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails