Kerana dirimu amat berharga

Friday, September 18, 2009

Berlalunya Ramadhan 1430h, Eid Mubarak!

Diam tak diam, hari ini telahpun masuk 28 hari kita berpuasa. Esok mungkin hari terakhir Ramadhan kali ini. Bagi kami sekeluarga, Ramadhan ini mungkin juga yang terakhir sebagai perantau ilmu di bumi Australia.

Alhamdulillah dengan adanya teknologi, walaupun jauh tetap dapat mendengar suara dan bertemu muka di alam maya. Akan tetapi tetap berbeza kerana tidak dapat bersama membuat ketupat dengan mama, memasang pelita di depan rumah, dan bermain bunga api bersama anak-anak buah. Apatah lagi bersalaman dan mencium tangan memohon kemaafan.

Mengenang kembali peristiwa-peristiwa sepanjang Ramadhan kali ini...
  1. Hari jadi tahun Hijrah Mama dan Abah yang ke 71.
  2. Masuk 2 Ramadhan, saya memotong rambut yang telahpun mencecah bahu, setelah beberapa bulan 'membela' rambut. Ramai yang bising suruh potong tapi saya diamkan saja. Ini adalah yang pertama dan terakhir, kerana rambut saya akan semakin berkurangan.
  3. Hari pertama puasa telahpun ada jemputan berbuka. Ini diikuti dengan hari-hari seterusnya baik 'mid-week' mahupun 'weekend'. Alhamdulillah, rezeki. Majlis berbuka dan terawih di rumah sendiri juga meriah.
  4. Dua rakan seperjuangan telah pun pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian PhD mereka; Asiah & Zahid serta anak mereka Syifa', dan juga Abg Hasan & Kak Linda. InsyaAllah kami akan menyusul....
  5. Terpaksa ke immigration office untuk memperbaharui visa. Boleh buat secara online, tetapi terlewat sehari saja maka perlu ke HQ membawa borang2 tersebut. Hasilnya, kami berbuka puasa di China King Noodle, restoran mee yang baru dibuka di City.
  6. Alhamdulillah dapat juga tidur di masjid kali ini, selepas bertahun-tahun Ramadan berlalu tak berkesempatan. Tapi yang lecehnya, malam tu saya mengingau dan menjerit kuat sampai bilik sebelah pun terdengar. Haru sungguh! Jin masjid cuba 'mengusik' barangkali.
  7. Isteri saya terlebih rajin buat kuih raya tahun ni. Lebih dari 2 jenis tu kira rajin lah.
  8. Aiman semakin banyak bercakap, ayatnya semakin lengkap. "Babah puase, aiman tak puase. Aiman small lagi", katanya setiap kali saya menolak aiskrimnya yang cuba disumbat ke mulut saya.




Pic 1: Aiman ketika di lapangan terbang Sydney, menghantar Syifa pulang ke Malaysia.























Pic 2: Biskut nestum.















Pic 3: Biskut Arab. Balang dah 'clear', tolong buat lagi ya.















Pic 3: Aiman berjaya duduk diam sepanjang bacaan ayat2 suci oleh Al-Hafiz Ust Mohd Trimizi.











Pic 4: Buat keluarga Allahyarham Haji Mahmood bin Ishak, 2 Syawal tahun ini genap 15 tahun pemergian wan ke Rahmatullah. Terjumpa teh ni di Lakemba.













Pic 4: Masjid Imaan, masjid melayu di Arncliff, Sydney. Asalnya sebuah gereja lama. Bangunan baru bersambung dengan bangunan ini menjadikan masjid ini lebih luas.









SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA IBUBAPA DAN KELUARGA DI TAIPING SERTA MERTUA DI GOMBAK, DAN JUGA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. MOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP KAMI.

9 comments:

  1. Selamat hari raya Aidilfiri buat Abu Aiman dan keluarga...

    ReplyDelete
  2. Azdie..

    Kak tirana lagi "rajin"..buat sejenis kuih aje tahun ni..hehehehe..Tu pun buat semalam, hari ni dah tinggal separuh..Nasib la..tahun ni rasa macam tak bersemangat nak buat kuih raya...penat barangkali.

    ReplyDelete
  3. Azdie, maaf zahir batin noooo...

    p/s: Pix no 3 tu bukan biskut suji ke? :D

    ReplyDelete
  4. rambut tu ok pe..
    hensem aa gitu..

    salam lebaran ye..

    ReplyDelete
  5. Dr Amad, Selamat Hari Raya. Balik malaysia ke raya ni?

    Kak Tirana,
    Kalau kat malaysia belum tentu buat, sebab kat kedai dah belambak, cuma kena pandai cari tempat yg sedap.

    Bakhtiar, sama la ya. Lidah aku kata suji dgn biskut arab sama je rasanya, cuma yg ini takde kacang/badam, dan sepatutnya bulat.
    Sorilah no gambar aku pun tak betul, ekeke.

    tinta kasturi,
    tetap maitain, hehehe. cuma muka nampak sikit 'bulat' tanpa rambut di tepi.
    Salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya. Selamat juga menikmati hari-hari terakhir di perantauan.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya.
    Salam kat aiman yer!!

    ReplyDelete
  8. slmt hr rye maaf zahir batin..salam persaudaraan sy hulurkan
    :)

    ReplyDelete
  9. Pok Li & Ikan Emas,
    Masih busy ber'open house' lah yer..

    syahbandar87,
    salam disambut penuh kesyukuran. Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails