Kerana dirimu amat berharga

Saturday, September 26, 2009

Makan Membawa Makna

Semasa di kelas Antropologi Pemakanan dulu, antara kata-kata pensyarah yang saya masih ingat berbunyi lebih kurang, "Kita bukan hanya makan makanan, tetapi kita juga memakan 'makna' makanan tersebut."

Kajian berkaitan dengan Food Insecurity, oleh kerana menyediakan serta berkongsi makanan keramaian merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi sesetengah budaya, ia menjadi suatu bebanan bagi mereka yang tidak mampu. Ia menyebabkan tekanan dan akhirnya mengasingkan diri dan keluarga daripada masyarakat. Ini berlaku di New Zealand di kalangan kaum Maori.

Masa muda-muda dulu orang bertanya, "bila hang nak makan nasi minyak?" "Awat? kalau hang nak jom la aku bawak pi kedai," jawapan balasnya. Walaupun di majlis kenduri sekarang pelbagai variasi nasi dan lauk disediakan, namun ungkapan 'nasi minyak' lebih sinonim dengan majlis perkahwinan.

Di musim perayaan ini, sedar atau tidak kita masih terus makan walaupun perut dah naik ke dada. Kenapa? Sebab raya. Makanan yang tersedia itu membawa 'makna' kita sedang menyambut hari raya. Kuih dan biskut termasuklah maruku kalau ada, kita kategorikan semua sekali sebagai 'kuih raya'. Walhal kebanyakannya ada dijual sepanjang tahun.


Bergambar di depan Malaysia Hall Sydney selepas solat sunat Aidilfitri


Ketupat dan lemang, walaupun sekarang boleh didapati tak kira masa, namun bila tiba musim hari raya, ditambah pula kita memasaknya sendiri bersama keluarga, ia membawa makna Raya bersama. Bila bertandang ke rumah rakan dan jiran atau ke 'rumah terbuka', sebagai meraikan tuan rumah kita akan makan lagi dan lagi. Apa saja yang terhidang, baik laksa, lontong, nasi minyak, rendang, semuanya 'lauk raya'.

Kalau di Malaysia, mengadakan 'open house' lebih mudah kerana kita boleh mengambil perkhidmatan katering, atau kita boleh 'order' menu yang ada. Begitu juga kuih raya dan sebagainya, siap boleh di'order' sebelum puasa lagi. Tetapi beraya di perantauan memang mencabar skill memasak. Internet menjadi sumber rujukan. Bertukar-tukar resepi dan skill menjadi perkara biasa. Jikalau boleh semua nak buat, semua nak sedap, tapi nak cepat. Contohnya, masak pulut dalam microwave. Tak payah nak kukus atau rendam lama-lama, siap dalam beberapa minit. Menu wajib saya pastinya rendang pedas daging resepi ibunda.

Sudah seminggu kita di bulan Syawal. Kalau di Malaysia musim rumah terbuka, di Sydney juga tak kurang hebatnya. Nampak gaya berat yang turun 'sedikit' di bulan puasa diganti balik malah berganda. Raya kali ini saya masih belum jumpa laksa. Hari ini ada jemputan, dengar khabarnya ada laksa...

8 comments:

  1. Satu "pengdefinisian" semua takrif makan...baru tahu dan amat bersetuju...mantap abu aiman

    ReplyDelete
  2. Ya bersetuju dengan kupasan itu. Makan sedikit juga membawa 'makna' tak sedap lah tu.

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang kak tirana rasa beraya di luar negeri (masa belajar dulu) lagi meriah dari beraya di Malaysia (sekarang)

    ReplyDelete
  4. Azdie, ngidam laksa ka? Erk, ngidam???? Hehehehe...

    Kalau duduk kat Auckland City nih, smlm la gamaknya baru raya betul2...

    ReplyDelete
  5. Dr Amad,
    Lepas ni nak makan tu boleh la tafsir dulu maknanya, hehe.

    Pok Li,
    Lebih-lebih lagi masakan isteri, kena makan lebih sikit. Kalau tak mcm2 tafsiran akan keluar, :)

    Kak Tirana,
    Betul. Kat malaysia mana ada orang beraya rumah kawan2 sampai tengah malam, kat sini ada. Ada juga yang memasak sama2 di malam raya sampai 2-3 pagi. Meriah!

    Bakhtiar,
    Aku ngidam sokmo, hehe..
    Eh, korang raya Isnin kan? patut la pun..

    ReplyDelete
  6. makan jgn tak makan..

    budaya org kita (kbyknnya) makan sebab lapar dan sedap; tak peduli khasiat sgt; gula lebih ke, garam byk ke; serat kurang ke...

    kesannya kat bebudak
    obe siti macam benda biasa
    fuss..
    kena ubah budaya!

    ReplyDelete
  7. tinta kasturi,
    betul tu. kat ostolia ni tak silap 30% budak2 sekolah adalah overweight. Kalau keluar ke bandar, tengok aja sekeliling tak cukup jari nak kira org obese. Baru kelmarin kami ke McD, ada 2-3 orang yang morbid obese, jalan pun heret kaki, lagi nak makan McD! Malaysia kalau tak ambil tindakan dari sekarang mmg akan jadi mcm tu, mungkin lebih teruk.

    ReplyDelete
  8. Bujang susah,
    Terima kasih atas ziarah. Blog saudara memang amat membantu. Thanks again!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails