Kerana dirimu amat berharga

Thursday, October 22, 2009

Mana seluar Aiman?

Telah hampir sepurnama blog ini tidak berkemaskini. Masa semakin suntuk, pengajian saya semakin hampir ke penghujungnya. Maka semakin kurang masa saya untuk ‘berlayar’ di alam maya, sementelah terpaksa menghadapi alam nyata yang amat memenatkan kepala otak.

Awal Oktober, saya berada di Bangkok menghadiri persidangan ‘The 19th International Congress of Nutrition’ dari 4 hingga 9hb. Tema tahun ini berbunyi ‘Nutrition Security for All’ amat relevan dengan kajian dan penulisan thesis saya. Di samping menyertai persidangan yang dihadiri lebih 3000 peserta dari seluruh dunia ini, saya juga membentang poster bertajuk ‘Measuring Food Insecurity in Wollongong’, sebahagian daripada kajian saya.

Telah menjadi seumpama ‘tradisi’ setiap persidangan atau seminar pemakanan dan dietetik, ruang ‘exhibition’ akan dipenuhi oleh syarikat-syarikat pemakanan. Mereka akan mempromosi makanan-makanan yang dihasilkan oleh syarikat masing-masing, di samping menyediakan sampel makanan dan minuman yang rata-ratanya amat menarik. Ini termasuklah beraneka jenis kek, kopi segera, jus buah-buahan, minuman bertenaga, coklat dan lain-lain. Terdapat juga makanan atau minuman baru di pasaran dipromosikan.

Selain dari sampel makanan dan minuman, ‘goody bags’ yang mengandungi pelbagai ‘free gift’ juga disediakan oleh syarikat-syarikat ini. Daripada sampel makanan dan minuman, sehinggalah kepada ‘thumb drive’, mug, gambar, minyak masak bermutu, kalender, buku resipi serta pelbagai lagi hadiah menjadi tumpuan para peserta. Di zaman bujang dulu, emak saya yang paling bertuah kerana akan dapat ‘beg telekung’ baru selain dari minyak masak special dan lain2 makanan. Kali ini saya kurang ‘mengutip’ beg-beg serta hadiah kerana mengenangkan perjalanan yang jauh, ditambah pula Kastam di Sydney yang cerewet berkenaan bahan makanan. Penat mengusung, tak lepas kastam pula nanti.

Terdapat juga syarikat penjagaan kesihatan yang mempromosi barangan kesihatan dan penjagaan badan, umpamanya ‘treadmill’, makanan tambahan serta alat penimbang berat. Mereka juga menyediakan perkhidmatan mengukur peratus lemak menggunakan peralatan elektronik hasil buatan syarikat masing-masing. Peratus lemak badan saya, sekitar 24%, memerlukan sedikit tindakan dan perhatian, hehe.

Gambar: Grand Palace, Bangkok

Bangkok bagi saya teramat sesak. Keadaan trafik juga lebih sesak berbanding Kuala Lumpur. Namun makanan serta barangan boleh dikatakan murah. Memandangkan saya berkelana sendirian tanpa keluarga, saya hanya mengikuti tour ke Grand Palace yang disediakan pihak penganjur persidangan. Ketika aktiviti ke bazar dan tempat ‘shopping’ serta juga restoran, saya terkenangkan Aiman yang ditinggalkan di Sydney. Saya cuma belikan dua helai baju T untuk aiman. Ketika dia ‘memeriksa’ hadiahnya, dia bertanya, “Babah, mana seluar Aiman?”

13 comments:

  1. Saya jarang membeli buah tangan bila balik dari perantauan. Sebabnya saya tak suka menjinjing. Lemas....

    ReplyDelete
  2. jwb abu aiman...aiman kan tk kisah..seluar lama kan ada...hehehe...
    anyway best of luck to finish up ur journey...soon Dr Wan Azdie

    ReplyDelete
  3. jwb abu aiman...aiman kan tk kisah..seluar lama kan ada...hehehe...
    anyway best of luck to finish up ur journey...soon Dr Wan Azdie

    ReplyDelete
  4. sibuk ye bang.. patut la lama tak belayar..

    he heh, klako betul bebudak kecik ni punya jenaka..
    kreatif, soalan tak jangka,

    anak aku pernah berkata, mak lepas ni kita beli sabun jun ya (dia tengok jenama sabun may yang diguna)

    :)

    ReplyDelete
  5. ikan emas, mak aiman dapat lebih laa... ekeke

    Pok Li, saya cari yang paling kecil dan ringan, asal ada. Kalau naik kereta boleh la angkut.

    mama3hz,all the best to you too...

    tinta kasturi, nak buat camaner, student kan. Budak2 zaman sekarang ni advance betul kan, kdg2 terdiam kita, pastu gelak! hehe

    ReplyDelete
  6. Minyak masak dalam goodies bag??? Tak boleh terima akal btol. Wakakakaka....

    Pesan kat Aiman: Kalau Babah belikan seluar pun, nanti aiman keliling rumah pakai pampers jek pun macam bebudak lain buat :p

    ReplyDelete
  7. Bila azdie sebut thesis, kajian, kak tirana teringat pada husband. He travels around the world untuk membuat pembentangan. Setiap tahun adalah tiga empat kali dia pergi oversea..merata tempat. Selalunya dia pergi sorang aje..hehehe.. Kalau nak angkut semua, bankrup la jawabnya.


    Selalunya kalau pergi europe, dia jarang beli barang sebab mahal. Cuma dia beli small souvenir buat kenangan. Tapi kalau pergi Bangkok, kak tirana la yang seronok sebab selalunya dia akan beli Thai Silk. Anak-anak biasanya dapat chocolate yang dibeli di airport aje..hehehe..


    Aiman bijak berfikir. Takkan nak pakai baju saja ye tak?

    ReplyDelete
  8. Bakhtiarazi, jgn tak caya, ekeke... Kalau di Msia dulu pernah dpt minyak Carotino, kat siam aritu minyak apa ntah.Barang basah eg ikan dan sayur je takdops... hehe.

    Kak Tirana, hubby akak mesti dah senior dan well known in his field kalau setahun 3-4 kali oversea tu (bidang ada ek?). Betul, Bangkok barang murah.
    Tu lah, mulut aiman skang cot cet cot cet...

    ReplyDelete
  9. Adoila aiman...ade saje komentarnya... suh dia baca thesis sblm submit, musti kena kritik habis!! hahahhaa

    ReplyDelete
  10. Seluar aiman nanti, beli kat KL aja ya...

    Ada kalanya bila dapat goody bag terlalu banyak (maklumlah kalau semua gerai menghadiahkannya) segan juga nak bimbit ke sana ke mari. Pandangan org macam kita ni pengutip goody bags la pulak. Pada hal, hati seronok mendapatnya.

    Semoga kajian dan thesis kamu dapat disempurnakan dengan jayanya.

    ReplyDelete
  11. Mummy Hanny, memang dia rajin 'tolong' pun, hehehe.. Ada aje yang tak betul.

    Makcik Zara Aluwi,
    itu lah, beli kat KL je lah nanti, hehe...
    Terima kasih banyak2, aamiin!

    ReplyDelete
  12. dah lama tak dapat minyak masak dalam goodie bag. berguna gak..

    cerdiknyer aiman. cam mak pok dia lah..

    nanti balik msia..elin stay sensorang ker kt aussie? or azd ambik unpaid leave?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails