Mungkin juga soalan ‘Bila’ mendapat jawapan yang tidak konkrit langsung. Contohnya, “Bila hang nak berubah jadi rajin ni Mat?” Jawapannya, “Ntah”.
Ada yang mempunyai jawapan yang jelas dan spesifik. Contohnya, “Bila yang hang kahwin dengan Zizie Izette ni?” Jawapannya ada pada tuan dan puan punya badan. Hehe.
TIGA SOALAN BILA
Seolah menjadi lumrah, ada 3 soalan ‘Bila’ kebanyakan dari kita akan disoal sebaik kita memasuki usia 20an. Pertama, “Bila nak kahwin?” Jawapan saya dulu, yang tak berapa pasti, “Nanti lah dah dapat kerja esok.” Alhamdulillah, soalan ini tak bertahan lama. Segala rancangan berjalan lancar. Saya berkahwin dalam tahun pertama saya bekerja. Hmm, agak-agak soalan ini nak bertahan lama mana kalau tak kahwin-kahwin...
Soalan kedua, selepas berkahwin, “Bila nak dapat anak?” Kena pula isteri saya anak sulung, seolah-olah satu ‘tuntutan’ untuk memberikan cucu sulung juga. Soalan ini sering ‘keudara’ selama 2 tahun. Dalam tawa ada duka. Hanya mereka yang melalui episod ini dalam kehidupan mereka yang boleh berkongsi rasa. Kalaulah soalan ini boleh dijawab dengan jawapan yang pasti seperti, “Esok jugak kami beranak!” atau “Nanti sat, nak pi beli kat market”, bukankah senang. Tapi ini kerja Tuhan. Anak tidak boleh dibeli dengan duit ringgit, atau umpama menjolok cempedak di luar pagar. Ianya suatu anugerah, suatu amanah. Yang penting terus berusaha dan berdoa.
Soalan ketiga, selepas dah beranak satu, “Bila nak tambah lagi?” Nak dapat ke Aiman pun jenuh. Dalam hati sering mengucap syukur, kalau ada lagi, Alhamdulillah. Ikutkan rancangan, mahu penuhkan sebuah MPV!
Di suatu petang beberapa hari yang lalu, sedang saya melayan
Aiman di depan televisyen, isteri saya tiba-tiba menghulurkan 'benda' di dalam gambar di bawah. Saya tergamam seketika, otak laju berfikir, menganalisis maklumat yang dilihat. Kejap! Err... YEAAHHAA!!
Di suatu petang beberapa hari yang lalu, sedang saya melayan
Aiman di depan televisyen, isteri saya tiba-tiba menghulurkan 'benda' di dalam gambar di bawah. Saya tergamam seketika, otak laju berfikir, menganalisis maklumat yang dilihat. Kejap! Err... YEAAHHAA!!
Gambar: Pregnancy Test Kit
Nota: Allah Maha Kaya. Ingatan pada abah yang baru pergi menemuiNya masih belum sembuh. Namun Dia gantikan bukan dengan satu, tetapi dua zuriat keturunan abah. InsyaAllah tahun depan abah dan mama akan mendapat dua cucu, satu daripada abang saya dan juga saya. Doakan semuanya selamat.