Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, March 17, 2010

Tadika & Aiman

Menghantar Aiman ke tadika setiap pagi bukanlah suatu yang mudah. Kini masuk minggu ketiga, setiap pagi mesti menangis merayu nak go back home. Ada satu pagi, ingat dia dah berubah, sebab dia kata, "nanti lepas yum yum babah send Aiman to school ok." Itu pada pukul 7.45am.

Maka pergilah kami bertiga makan roti telur di kedai mamak. Lepas dua mulut, Aiman senyap, seolah berangan. Kemudian, "babah, Aiman tak nak go to school." Dah pulak, bertukar fikiran. Mamanya pergi bayar, dia dah mula hok hek hok hek. Saya buat tak tahu, mamanya dah mula gaya nak membebel.

Sampai depan tadika, air mata berjujuran. Saya tetap mengangkat Aiman ke dalam sambil memujuk supaya dia berhenti menangis, malu pada kawan-kawan. "Nak mamaaa... Nak mamaaa..." kedengaran suara Aiman dari dalam.

Ini dah kira ada kemajuan berbanding pada minggu pertama dan kedua dulu. Ada sekali dia peluk erat kaki saya sambil merayu-rayu nak ikut pergi ofis. Budak ni dah pandai cakap, kesian juga bila dengar dia merayu-rayu. Tapi itulah, kehidupan mesti diteruskan. Sesekali kena keraskan juga hati.

ALhamdulillah setakat ini saya masih lagi cool, tetap cuba memujuk secara lembut supaya dia suka ke sekolah. Sentiasa ingatkan dia tentang perkara-perkara yang seronok di sekolah. Saya tahu dia sebenarnya seronok di sekolah, sebab setiap kali pulang dari sekolah, dia happy dan boleh bercerita apa aktiviti dia di sekolah. Semalam pertama kali dia sebut nama 'cakgu' (cikgu) dia bila ditanya siapa nama teacher, "cakgu ju, cakgu mas dengan cakgu wokiah (rokiah)". Ada juga nama kawan-kawan yang dia dah ingat.

Semakin besar, semakin banyak cakap, banyak akal dan banyak ragam; itulah Aiman. Makin manja pun ya juga, terutama sejak hajat nak jadi abang tak kesampaian... Mengimbas kembali peristiwa 2 hari sebelum tarikh sepatutnya pulang ke Malaysia. Waktu itu sudahpun kosongkan rumah dan menumpang di Malaysia Hall, memang nak balik sangat dah. Namun kita hanya mampu merancang dan berharap, Allah yang menetukan. Terpaksa menjalani D&C di hospital,dan rehat secukupnya, kami postpone penerbangan ke minggu berikutnya. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan di saat-saat genting itu. ALhamdulillah, we are coping well.
Itulah dugaan terakhir di bumi Sydney.

7 comments:

  1. Bersabar dan berdoa, semoga ada rezeki yang lain pula. Hidup ini memang penuh dugaan. Takziah.

    Buat Aiman mungkin pengalaman baru ke sekolah. Lama-lama besok ok lah tu. Cuma kitalah kena banyak bersabar dan terus beri dorongan.

    ReplyDelete
  2. AzD.. masih banyak peluang..masih muda dan gagah...hehehe..

    Aiman buat perangai ye..permulaan aje tu..nanti lama-lama tentu dia seronok dan boleh adapt dengan suasana di sekolah.

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya aiman dan maam and paap nyer...inshaallah cuba lagi di lain waktu...
    FYI, aku pun miscarriage last month(1/2/2010) hanie pun tk dak gaya jadi kakak lagi le jwbnye...manja nye kemain boleh tahan jugak...tantrum as '3 years old' kids sama tu azD.....

    mama3hz

    note- terpaksa buat anynomous- firefox PC buat hal...

    ReplyDelete
  4. oh ...tak per Elin..boleh cuba lagi. Ada hikmah tu. InsyaAllah..satu hari nanti Aiman jadik abang.

    ReplyDelete
  5. Pok Li,
    InsyaAllah mudah2an. Terima kasih.

    Kak Tirana,
    muda dan gagah gitu, hehe...

    mama3hz,
    banyak2 sabar yer. insyaAllah ada rezeki lain nanti. Hang pun dah ada 3.

    anon suria,
    ameen... si suami ni pun kena tabah jugak, bukan mudah oo nak bagi sokongan.

    ReplyDelete
  6. Semoga tabah menghadapi segala ujianNya.

    Begitulah kanak2 menghadapi permulaan sekolah. Tak biasa. Tapi bila sudah ada kawan mereka akan rasa lebih seronok.

    ReplyDelete
  7. ms zara aluwi
    insyaAllah.
    gitulah budak kecik. Sekarang dah OK sikit pagi2, cuma baju sekolah tanak pakai kat rumah, nak teacher yg pakaikan. Mcm2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails