Barangan berasaskan petroleum mengambil masa yang lama untuk mengalami degradasi atau pereputan. Ada yang 10 tahun, 100 tahun, malah bahan seperti polisterine tidak akan hancur selama-lamanya. Namun apa yang kita lihat dewasa ini, bahan-bahan inilah yang kita gunakan dalam kehidupan seharian.
Ia memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar sekiranya tidak diurus dengan betul. Ia membebaskan toksin ke dalam tanah dan sungai lalu mencemar bekalan air serta hidupan dan tumbuhan. Plastik yang hanyut ke laut memudaratkan hidupan laut seperti penyu dan ikan besar yang menelannya, menyangkakan ianya makanan, lalu mati akibat bahan tersebut tersekat di perut dan tidak hancur.
Sana sini kita mendengar kempen untuk menyelamatkan bumi. Aktiviti menanam semula pokok, kitar semula bahan buangan, kurangkan pencemaran, dan elakkan penggunaan plastik; semuanya bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang sedang dialamai oleh bumi kita. Masalahnya, berapa ramai yang sedar dan mahu mengubahnya, berbanding berapa ramai pula yang 'leka' dan tidak mahu berbuat apa. Tak kurang juga ada pula yang kurang selesa.
Suatu hari di sebuah gedung pasaraya di lorong express, berlaku sedikit 'kekecohan' di antara pelanggan dan cashier. "Cekik darah betul, nak guna plastik beg pun kena bayar!" kata si pelanggan marah-marah. Mungkin dia tidak sedar kempen mengurangkan penggunaan plastik oleh pasaraya berkenaan. Ada juga pasaraya yang hanya mengenakan bayaran untuk hari-hari tertentu. Pelanggan digalakkan menggunakan beg guna semula atau membawa beg sendiri.
Di Australia dulu ia dipanggil 'Green Bag'. Kebanyakan pasaraya menjual beg guna semula ini dengan harga 99 sen. Setiap kali membeli-belah, pelanggan memasukkan barangan mereka terus ke dalam beg tersebut selepas membuat pembayaran tanpa perlu menggunakan beg plastik. Ada juga pasaraya seperti ALDI yang tidak menyediakan langsung beg plastik. Sama ada pelanggan menggunakan beg hijau, atau membeli beg plastik berharga 50 sen, atau menolak terus barang pembelian mereka dengan troli masuk ke kereta. Trend ini diikuti oleh pusat membeli-belah lain satu demi satu.
Hijau dan bersih, sejuk mata memandang.
Berbalik kepada negara kita yang tercinta ini, saya rasa penerimaan masyarakat terhadap kempen ke arah penggunaan 'beg plastik sifar' masih memerlukan usaha yang banyak. Yang paling asas, menjaga kebersihana alam sekitar, juga amat memerlukan perhatian. Lihat saja di pantai-pantai awam, taman permainana dll, sampah plastik dan polisterine bersepah. Ya, tong sampah ada disediakan tapi mengapa sampah sarap masih berselerak-tarak? Ya, mungkin anjing liar atau monyet yang menyelongkar, tapi itu boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya sediakan tong sampah yang hanya boleh dibuka sekadar muat untuk di masukkan sampah sahaja dengan melelakkan penghadang di atas penutupnya. Monyet tidak boleh masuk, anjing juga tidak dapat menariknya. Tapi yang hairan, tempat yang tidak ada monyet atau anjing liar, sampah sarap tetap bersepah! Itu belum dilihat di sungai-sungai. Bagi yg merokok, puntung rokok dibuang sesuka hati merata-rata. Semua mempunyai masalah sikap, attitude.
Saya kadang-kadang 'mati akal' memikirkan bagaimana mahu mengubah paradigma masyarakat untuk memandang penjagaan kebersihan alam sekitar itu sebagai satu kemestian dalam kehidupan seharian...
Seingat kak tirana, Adelaide dari tahun '80 lagi mereka dah tak guna beg plastik. Dulu pergi shopping kena bawa beg sendiri atau pun supermarket bagi beg kertas aje. Kita kat m'sia ni penggunaan beg plastik semakin meluas..cuma baru2 ni aje baru ada kempen kurangkan penggunaan beg plastik. Sekarang ni hari Sabtu memang kebanyakan pasaraya tak bagi beg plastik. Kalau terlupa bawak beg sendiri alamat kena beli beg kitar semula tu..Bagusla tu cumanya tahap kesedaran rakyat malaysia terhadap penjagaan alam sekitar amat slow... Agaknya kena denda..baru laju kot..hehehe
ReplyDeletekita perlu lebih kreatif bagi menjadikan masyarakat Malaysia sebati dengan isu hijau.
ReplyDeleteantara hakikat yang perlu diambil kira majoriti rakyat negara ini suka ambil mudah, agak berkira kalau tak nampak faedah jangka pendek tetapi mahu servis tip-top...heheh...
Salam Abu Aiman,
ReplyDeletePersoalannya adalah masalah sikap dan didikan. Dan kepada Muslim, seharusnya menjaga kebersihan itu sudah sebati dalam hati. Juga mungkin kurang rasa ihsan, fikirkan betapa kasihannya kita pada orang yang akan mengutip sampah itu nanti.
Setuju dengan Tirana, kalau didenda, rasanya lebih berkesan kempen ni.. :p
Kak Tirana,
ReplyDeletemungkin sbb tu depa dah tak bising2, dah lama mula. Tapi yang pelik, walaupun pantainya penuh orang, sampah tak banyak, ada tu ada la. Yg di tempat kita, pantai yang tak ramai orang pun, sampah sarap tetap berselerak.
Bapak,
Betul, kebanyakan kita nak nampak faedah secara 'express', kesan byk sangat makanan segera kot, semua nak segera. Kurang fikirkan kesan jangka panjang anak cucu kita esok.
EdAlia,
Salaam. Saya pernah ke TC sesudah subuh, tengok pekerja dok kutip sampah. Dia tahu je mana ada cawan yang kena kambus dengan pasir. Malas nak buang agaknya, lepas minum tanam cawan tu dlm pasir pantai.
Kita boleh buat peraturan, tapi manusia tetap manusia. Mesti kita pernah jumpa, dekat papantanda yg bertulis "Dilarang Membuang Sampah Di Sini", kat bawah papantanda tu lah sampah sarap paling banyak...