Pagi-pagi tadi mak saya telefon. Selalu juga bila sebelah malamnya kalau saya teringat sangat kat mak tapi saya tak telefon, esoknya mesti dia yang telefon dulu. Itulah ibu dan anak.
Topic perbualan pagi tadi pasal anak buah saya yang sorang ni. Susah sangat nak makan. Dah darjah satu. Kalau diberi bekal biskut atau roti, bila balik makanan tu tak tersentuh pun. Air bekal juga kadang-kadang tak luak. Bila ditanya makan di kantin tak, katanya tak makan pun. Alasannya, panjang sangat beratur, malas lah. Bab bercakap budak-budak sekarang memang champion. Kami membuat kesimpulan dia sibuk nak main, sampai sanggup mengabaikan waktu makan minum. Mak juga pesan, paksu cuba cakap dengan dia. Erk, nak cakap apa?
Memanglah geram, tapi ragam budak-budak ni pelbagai. Macam-macam nasihat termasuk 'ancaman' opah dah pesan supaya dia makan di sekolah. Anak buah saya ni memang ringan melayang, tinggi saja lebih. Kalau budak yang kuat makan pulak asyik nak makan saja sampai alat penimbang pun boleh rosak, hekeke.
Antara faktor yang menyebabkan budak sekolah ramai yang terlepas waktu sarapan ialah waktu persekolahan yang awal. Ada di antara mereka keluar rumah seawal 6.00 pagi. Kebanyakan daripada kita masih tak lalu untuk makan seawal itu. Bagi budak-budak yang makanan bukan merupakan priority, ada di antara mereka akan terus tidak makan jika tidak diingatkan atau dipaksa. Mungkin kita boleh cadangkan 15 ke 20 minit pertama bila sesi kelas bermula, murid-murid diarahkan untuk makan sarapan, WAJIB, di mana guru diminta mengawasi kelas semasa murid-murid mengambil sarapan, tak kira bekalan sendiri atau yang dibeli. Makanan yang dijual di dalam kelas pula perlulah makanan yang berkhasiat seperti sandwich dan sebagainya.
Tabiat makan yang baik perlu dipupuk sejak awal lagi. Sekolah merupakan 'rumah kedua' bagi murid-murid dari darjah satu lagi. Jika di rumah atau tadika dulu mereka diperingatkan untuk makan oleh ibubapa dan pengasuh, malah ada yang masih disuap, apabila masuk ke darjah satu, mereka perlu diajar untuk mula makan sendiri. Maka sebab itulah saya rasa waktu makan perlu diselitkan untuk memastikan murid-murid muda ini mengambil makanan dan minuman. Jika dilihat rakan-rakan yang lain makan, maka mereka lebih enjoy dan berselera untuk makan dan juga berkongsi bekalan. Yang penting, peruntukkan waktu khas dan wujudkan suasana yang dapat mempengaruhi mereka untuk makan.
Mengambil sarapan bukan sahaja penting untuk tumbesaran dan membekalkan tenaga kepada kanak-kanak ini, yang rata-ratanya sangat aktif bermain. Banyak kajian yang membuktikan pengambilan sarapan dapat meningkatkan konsentrasi ketika pembelajaran, seterusnya dapat memperbaiki pencapaian dalam pelajaran mereka. Kesan jangka pendek bersifat individual mungkin sedikit, tetapi bayangkan jika seluruh generasi mereka membesar dan 'menjadi'.
Tidak dinafikan masih ramai lagi pelajar yang miskin yang tidak membawa apa-apa bekalan makanan apatah lagi wang saku ke sekolah. Peruntukan perlu disediakan. Kerjasama dengan syarikat pemakanan boleh diatur. Kanak-kanak bukanlah memerlukan nasi beriyani, ayam madu, steak, fish-n-chip, aiskrim atau pelbagai lagi makanan yang mahal sebagai sarapan. Cukup sekadar segelas susu dan bijirin sarapan, atau sandwich serta sepotong buah. Mungkin ada yang beranggapan memberi idea lebih mudah daripada mempraktikkannya, tapi kalau tak dicuba sampai bila pun tak terlaksana...
idea yg bernas, sgt2 setuju! hopefully dapat dilaksanakan in the near future.
ReplyDeletep/s:tak sabar nk tunggu paksu cakap apa...hehehehe
kesian tengok budak-budak hari masih gelap gelita dah kena naik bas..
ReplyDeleteBetul. Kena pergi sekolah awal..masih tak lalu nak makan. Kalau di rumah pun, diorang tak makan pagi2 sangat. Nanti pukul 9 atau 10 pagi baru diorang cari makanan. Kalau di sekolah masa rehat tu la diorang makan. Awal2 pagi biasanya minum susu aje.
ReplyDeleteKak tirana rasa setiap sekolah ada peruntukan untuk memberi makan pada kanak2 yang kurang mampu. Sekolah anak-anak kak tirana ada. Murid-murid yang tak mampu dapat makan free di sekolah.
Elyn, ada je sekolah yang buat, tapi setakat masa kajian dan bermusim. Tak diselaraskan seluruh negara.
ReplyDeletentah la nak cakap
ikan emas, tu la kan. Dah la aktiviti sekolah makin bertambah, kdg2 sabtu-ahad pun penuh.
Kak tirana,
Alhamdulillah, mmg ada sekolah yang terus bagi bantuan makanan. Dan penting juga nak pastikan budak2 especially darjah 1 ni makan. Yang dah besar sikit pandai dah cari makan bila lapar.
Saya pulak, anytime lalu makan, hehe..
same goes to my first daughter...pagi2 ajak makan..dia jawab no thanks mama..year 1 = ~+6 thn di UK ..tapi lunch pack normally aku provide roti sandwich dan air masak and she is very fussy in eating .....yg adik dia lak suka amik breakfast sampai selalu kena marah ngan abahnyer sbb lambat nk ke sekolah..budak2.....
ReplyDeleteBudak-budak memang banyak ragam. Mungkin ada makanan kegemarannya. Masa saya kecil dahulu saya suka sangat makan telur. Tak kisah walaupun makan hari-hari
ReplyDeleterotan je budak tu pak su...ekeke
ReplyDeleteSetujulah sangat..!
ReplyDeletep/s: yang perenggan paling akhir tu....semua tu lebih kepada keperluan makanu utk mak pak budak... hehehhe
mama3hz, fussy eater pun susah jugak nak melayan, itu tanak ini tak sedap. Bagi apa yg dia suka, sesekali pujuk utk cuba bebda baru. Sabaq no.
ReplyDeletePok Li, saya dulu tiap2 pagi mak bagi telur setengah masak sebelum gi sekolah. Bawak 50sen je, utk waktu makan rehat.
Dr Amad, bagi makan rotan ek, ekeke. Budak2 ler ning kena pandai berdiplomasi...
Mummy Hanny, and the list goes on, hehehe. Makanan utara, selatan, timur, barat, semua pun suka.
Hmm.. Ramai juga anak2 fussy eater.. ada seorang y saya kenal, kalau makan mi atau sayur dia muntah.. Bukan allergik, tapi sebab tak biasa.. Terbawa dari kecil sampai dewasa..
ReplyDeletePs. Kajian mengatakan jika makanan seluruh dunia dibahagi sama rata, masing2 akan terlebih 100 kalori.. Tapi mengapa berjuta orang mati kebuluran? Tak lain kerana pembaziran.. Sekadar menghulur pandangan, wallahu a'lam..
Muhammad,
ReplyDeleteanak saya walaupun saya 'sumbat' macam2 dari kecik, bila dia dah pandai bercakap dan memilih, ada saja alasan kalau dia taknak makan sesuatu.
ps: Betul,kerana distribution makanan tak seperti yang sepatutnya, ia lebih tertumpu pada sesebuah tempat (yg kaya). Saya pernah tengok gambar tok arab buat kenduri, makanan berkawah2 dibuang kerana tak habis dan ianya dikatakan dah menjadi kebiasaan.