Kerana dirimu amat berharga

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Saidina Ali pernah berkata, 'Aku adalah hamba kepada sesiapa sahaja yang mengajar aku ilmu, walaupun hanya satu huruf'. Ini adalah untuk menegaskan betapa peri pentingnya kita menghormati dan memuliakan guru. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi kita semua, maka dalam proses ini, kita sentiasa mendampingi insan yang bergelar guru.


Subjek yang saya paling lemah ketika di sekolah yang kadang-kadang membuatkan saya geram dengan diri sendiri dulu ialah matematik tambahan. Ketika di form 4, saya tak pernah lulus add maths. Selalu merah. Namun cikgu add maths yang sentiasa berlemah lembut terus mengajar, membuat kelas tambahan dan sebagainya. Alhamdulillah, masuk tingkatan 5 mula melepasi borderline dan akhirnya lulus juga masa SPM. Attitude seorang guru amat penting dalam memastikan anak-anak muridnya berjaya.


Insan pertama yang menjadi guru kepada hampir semua manusia ialah ibubapa mereka. Sejak lahir, kita dididik daripada hanya tahu menangis minta disuap susu, hingga bertatih berjalan. Mula dengan makan bersuap, kemudian dilatih menggunakan tangan sendiri, sudu dan garfu. Daripada 'melepas' di dalam 'nappy' hinggalah pandai menggunakan tandas. Ibubapa jugalah yang mengenalkan kita pada Abc, 123, alif ba ta. Ibubapa terus menjadi guru kita hinggalah dewasa. Seterusnya semakin kita bertambah usia, guru-guru di sekolah mula mengajar kita. Masuk ke tadika, kemudian sekolah rendah, menengah dan university, guru sentiasa berada di sekeliling kita.


Hormatilah guru. Kenangkanlah mereka dalam doa kita. Tanpa guru, mungkin kita tidak berpeluang berada di tempat kita sekarang…


SELAMAT HARI GURU 2010

5 comments:

  1. dalam kita berbangga dengan pencapaian dan merasai nikmat sekolah bertingkat-tingkat...merentas jauh melepasi negara...rupanya masih ada anak-anak di negara kita yg tidak dapat menikmati suasana bersekolah...

    kenapa ???
    adakah kerajaan tak menyediakan kemudahan ?

    ...kemiskinan ??

    ...atau memang tak mau ke sekolah ?

    ReplyDelete
  2. ikan emas,
    dalam keadaan negara kita yg semakin maju, keadaan tersebut memang sepatutnya tidak berlaku. mungkin dah sampai masa kita memberikan persekolahan percuma kepada mereka yg benar2 miskin, seperti yg dibuat di negara2 maju.

    Kemudahan; nak kata tak cukup, kawasan pedalaman juga telah disediakan sekolah2.

    kemiskinan; peruntukan bantuan disediakan, tetapi perlu dipastikan sampai kepada yang berhak, tidak hilang di tgh jalan, dan tidak bermusim, seperti hanya bila pilihanraya nak dekat shj.

    MALAS nak sekolah; yang ini tak dapek nak nolong, agaknya budak2 sekarang ni ingat kemajuan dan kemewahan negara dtg bergolek kot..

    ReplyDelete
  3. Keluk kemudi tidak dilupa,
    Baru seimbang pelayaran kita;
    Para Guru amat berjasa,
    Bakti Guru disanjung mulia.
    ~~~@@@~~~
    Selamat Menyambut Hari Guru
    ”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    eemmm thaks lambas balas & thanks kerana baca artikel ayam serama tu... aku ter haru coz sudi commentnya...

    yup bagi aku... kalau nak belajar macam mana pun kena berguru... kerana itu hargai guru hormati dia...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Guru. Masih lagi berguru.

    ReplyDelete
  5. izam,
    mmg suka binatang dari kecik. penah bela ayam katik, tp sebab takde sapa nak jaga lepas masuk hostel kitorg buat lauk semuanya...

    Pok Li,
    bak kata orang, menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails