Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, March 2, 2011

Telur Sebiji Riuh Sekampung

Ibarat ibu ayam, telur sebiji riuh sekampung. Maksudnya lebih kurang; orang yang buat kerja sedikit, atau mendapat hasil yang sedikit, tetapi itulah yang dihebohkan dan dibanggakan. Saya bukan nak cerita pasal sesiapa, tapi memang pasal ayam, hehehe.

Ayam memang bising kalau nak bertelur. Bila dah lepas bertelur pun, dok bising jugak lagi. Kagum kot dengan kebolehan dia mengeluarkan telur.

Saya dok perasan dah yang ayam betina saya yang aiman panggil Lily tu bunyi dia lain macam dua tiga menjak ni, dah matured la bunyinya, macam mak-mak ayam gitu. No more chicky sound like 'cheap cheap'.

Walaupun begitu, dia masih lagi tak bertelur. Awalnya ingat si ayam jantan yang aiman panggil Bobby tu tak berjaya dalam 'misi'nya, sebab ada juga orang kata yang ayam serama ni, ada jantan yang susah nak naik atas si betina kalau ekor betina tu terlalu lentik ke atas. Tapi Lily tu bukannya standard masuk contest pun, biasa-biasa aje tak lentik mana pun. Anyway, saya berjaya skodeng beberapa kali dan ternyata projek mereka berjalan lancar.

Tunggu punya tunggu tak bertelur jugak. Sarang dah lama saya letak (bubuh pasu kecik dengan kain buruk je). So minggu lepas kot saya letak sebiji bola golf dalam sarang tu. Depa kata it is like telling the hen, 'This is where you should lay your eggs.'  Ye la, dua-dua ekor ni tak ada the elders yang nak tunjuk ajar diorang, maka tuannya kena la kreatif sikit. Petang kelmarin balik kerja jenguk la anak-anak buah tu...

Kecik kenot je tulur dia, smaller than the golf ball.
Kali ini peribahasa berbunyi, 'Ayam yang bertelur, Tuan ayam yang riuh.'


: : hopefully Lily reti la mengeram sendiri la nanti, takde idea pulak cemana nak bagitau "this is how you incubate (betul ke perkataan ni?) your eggs".
: : berapa biji lagi nak keluar agak-agaknya...

10 comments:

  1. cuNa, comel kan. Kalau bsr tu sekali makan kena 4 bijik...

    Mummy hanny, mekasih!

    ReplyDelete
  2. kecik kenot? hahahaha!
    kiut!



    itot

    ReplyDelete
  3. Baik-bauk, nanti kalau telur ayam dah jadi anak ayam, helang pula datang.

    masa tu nak kena nyanyi lagu "anak ayam turun sepuluh" pulak...

    ReplyDelete
  4. waaa tahniah! macam nak dapat cucu! hahaha!!!


    gb gelak the whole entry. hahahaha!!!!!

    ReplyDelete
  5. tuan punya ayam ittew terlompat2 keriangan apabila mendapati ayam peliharaannya ternyata fertile gittew..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Salaam Abu Luqman,
    ... semakin berisi semakin tunduk ...

    itot,
    pinjam kosa kata anak sedara i, hehe..

    fairus, helang datang nak mintak jarum emas yang ayam pinjam zaman dulu tu kot.

    GB, hahaha! Bagus lah gelak2 jap, buat ilang penat =))

    elyn, belum tentu lagi telur tu dah di fertilized ke belum... jgn teloq kemuruk sudaa...

    ReplyDelete
  7. Cuba kau cari kat tempat ayam ko tidur tu. mana tahu, kot-kot jumpa jarum emas...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails