Minggu lepas masa agak padat. Tiga hari berbengkel di Putrajaya. Kali pertama masuk ke Putrajaya International Convention Centre, PICC. Memang besar, tapi macam
underutilized. Jadi sesiapa yang ada banyak duit nak buat kenduri kahwin anak ke, sendiri punya ke, memang sesuai lah tempat ni.
|
Di sini lah saya berbengkel selama 3 hari. |
Hari pertama hampir semua meja penuh. Hari-hari seterusnya kelihatan beberapa kumpulan yang ahlinya semakin pupus.The lunches served were superb, tea break was so-so lah. I have lost count how many servings of coffee (coffee flavoured milk) I had.
| |
Saujana mata memandang: Pandangan ke hadapan, daripada main entrance PICC. Udara kita ni tak pernah nya nak betul2 clear. |
Pada hari kedua, saya sendiri terpaksa menghilangkan diri dari
workshop. Bukan pergi merayau, walaupun teringin jugak nak
explore area Putrajaya ni. Sebaliknya, melunaskan komitmen yang telah saya berikan terlebih dahulu daripada bengkel tersebut. Saya menuju puncak.
|
Thank you for having me. Kalau tak memang tak tersampai lah ke puncak ni. |
Saya keluar awal dari Putrajaya menuju ke Puncak Alam, sebab takut tersesat. Study lah
google map patblas kali pun, bila dah
on the road, akan jadi lain. Rasanya sebab saya tak jumpa Lebuhraya Baru Lembah Kelang, seperti yang tertulis kat dalam
google map, walaupun sebenarnya saya dah nampak
signboard NKVE (New Klang Valley Expressway). Otak tak compute barangkali. Selepas puas perpusing-pusing akhirnya sampai juga, alhamdulillah.
|
FSK 6: Bangunan yang saya tuju. Ada lebihkurang dari 20 tingkat. |
Walaupun campus ini
is like in the middle of nowhere, tetapi bangunan-bangunannya kelihatan moden dan
space saving. Not too architectural like I am used to. Seusai urusan di sini, saya terus kembali menuju ke PICC.
Di mana saya tinggal?
Pernah dengar Puspanita Puri? Di situlah saya berehat selama dua malam. Ianya merupakan tempat latihan Puspanita, bilik pun tidaklah banyak kerana itu bukan tujuan utama tempat ini dibuat. Bila tiada program berjalan, maka bilik-bilik tersebut disewakan. Bilik yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Tapi makanan tidak disediakan. Jadi merayaplah saya ke Alamanda untuk makan malam, itu aje tempat makan yang saya tahu di sini.
|
Selesa dan menjimatkan. |
Ke mana lagi saya singgah?
Ke Masjid Sultan Mizan. Waktu itu sudah petang amat, selepas bengkel hari kedua tamat. Hujan dan cuaca amat mendung, jadi gambar pun tak berapa cun, sementelah saya hanya bawa kamera
point-and-shoot aje.
|
Kubah dari dalam ruang solat utama masjid. |
Masjid ini memang besar, dengan kolam air di sekelilingnya yang silap-silap kalau tak perasan boleh terjatuh kedalamnya. The view around the mosque was excellent too.
On the way balik selepas tamat bengkel hari ke tiga, saya singgah pula ke Kementerian Pelajaran, bertemu dengan mak uda saya
for some business. After that, off to meet my family in Gombak.