Kerana dirimu amat berharga

Sunday, September 25, 2011

Perubahan

Masih simpan kad pengenalan lama anda? Cuba tengok, banyak tak perubahan pada wajah anda. Mesti ada yang nak tergelak tengok muka sendiri. Dulu mungkin montel, muka bulat. Tapi sekarang dah slim. Dulu pakai spek bulat macam Harry Potter, sekarang mata dah warna hazel sebab pakai contact lense. Macam-macam lah.

Masa saya masih kecil, kad pengenalan yang mereka gunakan ialah yang macam getah tu; lipat kot mana pun masih tetap kembali ke bentuk asal. Tulisan pun guna tangan saja. Bila masuk darjah enam, rasa seronok nak dapat kad pengenalan sendiri. Masa tu KP plastik, macam kertas yang di laminate. Bila dah masuk umur 21, pegi tukar KP baru. Masa tu dah maju kot, dapat kad pengenalan keselamatan ber-cip.

Tadi Aiman tengok KP lama saya. Komen aiman: ''Dulu masa kecik nampak macam india. Bila dah elok sikit baru babah jadi macam sekarang.''

5 comments:

  1. Hahaha..."anakku yg bertuah itu...statement blh bagi sentap!

    ReplyDelete
  2. Haha, it's in the blood. He may have to go through the same 'cycle', kekeke...

    ReplyDelete
  3. eh..dulu masa saya tukar kepada IC baru dia ambil yang lama tu..nasib baik gambar IC lama ada simpan..hehe

    ReplyDelete
  4. Naman,
    kebanyakan mmg kena ambil, tapi saya punya dia bagi balik, dia potong sikit kat bucu. hehe..

    ReplyDelete
  5. mcm india?aiman..aiman..tergelak sy baca coretan ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails