Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, October 8, 2013

My Frangipani


Saya sudah lupa bila kali terakhir saya menghadiahkan bunga pada isteri. Namun pagi tadi gembira melihat dia suka dengan hasil usaha tukang kebun sambilan ini. Alhamdulillah.

Kebesaran Sang Pencipta. Dah lama juga pokok ni tak berbunga. Pernah juga botak secara total, namun kembali berdaun dan sekarang mengeluarkan dua jambak bunga di kedua-dua hujung dahannya. Sungguh, kepuasan melihat bibit-bibit tunas kudup, kemudian muncul jambaknya, lalu membesar kudupnya, lalu kudup mula terbuka dan mekar. Hebatnya ciptaan Allah!

Biasa juga dikenali dengan nama bunga kemboja, ia juga sinonim dengan kawasan perkuburan. Ada juga yang percaya pontianak suka pada pokok ini. Mungkin kerana bunganya yang lighty scented. Namun species yang saya ada ini bukanlah seperti yang ada di kubut kerana warna kuningnya lebih menyerlah. 

Baik bunga mahupun sayuran, tanam sendiri memerlukan kesabaran kerana hasilnya bukan terus dituai. Namun bila berbunga atau berbuah, ketika itulah dapat merasa puas yang mungkin tidak dapat dibeli di kedai. Selain dari menyiram dan membaja, perlu juga bercakap dan sembang-sembang dengan pokok-pokok kita. Sesekali tanya, "Hang ni bila nak berbunga?" 

Frangipani atau Bunga Kamboja
Antara kelebihan menanam pokok atau membela binatang ialah ia membantu merehatkan minda dan mengurangkan stress. 'Mereka' tidak melawan, tidak tahu membuat milage claim yang fishy, malah tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan dan kelemahan orang. Hanya perlukan kehadiran dan kasih sayang. Pulangannya, jiwa yang tenang...


::Takdak mood sebenarnya hari ni. Belum sempat repair bumper kereta yang pecah, tayar pulak pecah, tambah pulak calar di skirting kereta... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku...::


3 comments:

  1. bagus!dah lama juga saya tak mem'belai' pokok2 saya yg tak byk tu huhuhu..
    romantik hang ye Azdie!hehehhehe..baguslah..:)

    ReplyDelete
  2. Izah, saya pun tak banyak...romantik ke? Hahaha :)

    ReplyDelete
  3. oklah tu romantik dgn isteri!sangat bagus..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails