Kerana dirimu amat berharga
Thursday, September 25, 2008
SALAM AIDILFITRI
Kurang lebih 5 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Tahun ini Aidilfitri jatuh pada pertengahan minggu. Ini bermakna bagi rakan-rakan pelajar terutama yang berada di negara yang tidak menyambut Aidilfitri sebagai cuti umum, mungkin kebanyakannya terpaksa beraya di makmal, kuliah pengajian atau mengadap komputer untuk menyiapkan kertas kerja dan tugasan yang masih belum selesai. Atau mungkin juga ada yang kurang bersemangat untuk menyambut hari raya dengan ketiadaan ayah bonda dan keluarga di sisi, di mana hari raya tiada bezanya seperti hari-hari biasa, cuma pada hari ini kita sudah dibenarkan makan dan minum di siang hari. Bagi yang telah berkeluarga, hari raya disambut sekadarnya. Biasanya ibubapa akan melebihkan anak-anak, dengan baju baru, kasut baru dan serba-serbi baru. Sambutan hari raya akan diadakan secara sederhana namun tetap meriah, dengan pelbagai juadah disediakan dan dikongsi bersama. Bagi kami di sekitar Sydney. Malaysia Hall merupakan tempat kami berkumpul saban tahun untuk sambutan Hari Raya.
Tahun ini adalah tahun ke-empat kami beraya di perantauan. WAlaupun rindu pada sanak saudara di Malaysia tidak dapat diungkap engan kata-kata, hidup harus diteruskan. Mujur ada Aiman sebagai penyeri hidup kami, penat lelah sering terubat dengan telatahnya yang semakin pelbagai, tak kurang juga jerit pekik mama dan abah aiman yang sering kedengaran tatkala Aiman dengan sifat ingin tahu cuba melakukan aksi-aksi yang mungkin mendatangkan bahaya. Dia amat suka memanjat sekarang, ingin mengeksplorasi kawasan-kawasan yang selama ini tidak dapat dicapainya. Namun begitu, anak yang aktif dan sihat memang merupakan sesuatu yang penting bagi kami. Raya ini, Aiman yang paling hebat bergaya sekali, dengan 2 pasang lengkap baju melayu bersampin serta songkok, belum dikira entah berapa pasang lagi pakaian lain. Kebanyakannya pemberian tok mama yang sememangnya begitu teruja membeli itu dan ini untuk cucu sulungnya ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada tok mama dan tok abah, lega sikit poket abah dan mama Aiman.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua tak kira di mana berada. Maaf Zahir Batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Dari VP, Laloque dan Nisa...
ReplyDeletepeace! :p