Kerana dirimu amat berharga
Monday, September 29, 2008
Di Hari Raya, Terkenang Daku Kepada Si Dia.... lalala
Lagi dua hari nak raya. Dapat kad raya dari anak-anak menakan, rupanya semua dah ada kat rumah opah ngan tok abah kat Taiping. Gambaq tu masa raya haji yang lepas, kami dok ada kat Malaysia masa tu. Tu yang ada complete family picture tu...
Seronok sakan la depa budak-budak ni beraya. Aku dah email kad raya aku kat abang dan kakak, so hari ni depa balik tunjuk gambaq Aiman pakai baju melayu ni, depa kata nampak macam dah besaq, macam dah 5 tahun. Iffah kata tak best la Aiman dah besaq. hehe, nak buat macamana budak2 memang cepat besaq. Takpa nanti Aiman dapat adik buleh main baby lagi kan, tapi tak tau la bila tu...
Dulu2 ujung2 posa ni biasanya aku memang akan ada kat rumah dah, dan aku la yang balik dulu. Dua hari sebelum raya, kontrak aku ialah cuci pintu besaq. Pintu cermin tu senang ja, tang grill tu yang lece. Rumah dulu2 grill dia bebunga-bunga, renyah sikit nak lap, tak macam lagu rumah la ni petak2 ja, senang nak lap.
Lagi satu kerja tetap aku ialah tulung mama bukak daun palas nak buat ketupat. Dalam kami 3 beradik, aku ja mama kata buleh lipat ketupat palas ni. Mama pun turun dari pah dan wan, depa memang buat sendiri dari dulu lagi. Last day posa mama biasanya sebok kat dapoq la. Menu wajib mama ketupat palas, rendang pedas daging, kuah kacang ngan nasik impit. Biasanya raya pertama makan benda2 ni ja, sebab pastu kenyang pi makan kat rumah sedara mara. Menu lain abah join masak sekali macam laksa ka, mee rebus ka, nasi minyak ka. Kat Taiping saja dah ada berapa buah rumah adik beradik; rumah maksu, mak tam, pakcik; tu belum masuk rumah belah kak ipaq ngan abg ipaq aku lagi, semua dok ada area2 situ jugak. Aku ja kawen ngan orang luaq, ekekeke...
Dulu masa kecik2 masa pah ngan wan ada, tok wan pun idup lagi, biasanya kami balik kampung kat Parit Buntar. Mama ada 10 beradik, so sepupu sepapat aku memang ramai la. Dan kami memang rapat sampai la dah besaq ni pun. Abah pulak ada 4 beradik. Biasanya lepas balik parit buntaq kami terus la ke penang jumpak belah abah pulak. La ni aku dah jadi cucu yatim piatu, tadak kampung dah nak balik. Sesekali rindu jugak nak ada pah ngan wan ngan tok wan macam dulu2, but life goes on. Mama dan abah aku dah jadi tok pulak, jadi kami semua berkumpul kat rumah la. Abah anak sulong, adik2 dia memang akan mai berkumpul di rumah kami, tak raya pertama, raya kedua. Hmm... tahun ni first time la pak lang hussin tak dak, dia baru meninggal beberapa bulan sudah. Belah mama pun dah tinggal 8 orang je mak/pak menakan. Nak buat macamana, kitaran hidup lagu tu la. Bagi yang masih ada tok, rajin2 la jengok depa, balik kampung jumpak. Esok dah takdak baru dok teringat. Mak bapak jangan lupa time2 raya ni.
Plan kami raya kali ni, pagi raya pi smayang raya kat Malaysia Hall, pastu tak tau nak buat apa dah. Hari Sabtu ni baru MyHall buat sambutan hari raya. Macam biasa, MyPSA akan amik satu stall; kuih-muih dan buah. Dan weekend2 berikutnya akan ada la jemputan rumah terbuka. Kitorg tadak plan nak buat open house lagi, tengok la macamana. Ni dok geram pasai apa duit elaun tak masuk2 lagi. Hmmph takpa la, buat rosak mood raya ja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment