Saya mulai posting kali ini dengan pantun keadaan semasa,
Terlajak perahu mujur tak karam,
Terlajak kata buruk padahnya,
Terlajak posting boleh dipadam,
Sesen tak guna orang dah baca,
Kalau asyik suka menggodam,
Kita tanggung la tulisan kita,
buat apa baru nak padam,
Ada malu ka?
Cakap pasal perahu, hari Sabtu yang lalu kami tiga beranak melepak di tepi Georges River. Tak ada sebuah perahu pun yang lalu, semua dah diganti dengan bot laju barangkali. Orang asli pun mungkin dah tak pakai perahu lagi.
Dari pagi cuaca amatlah mandom sekali, matahari seperti malas nak menjengah. Bila hampir petang, saya membawa Aiman yang kebosanan di rumah ke tepi Georges River untuk bersiar-siar. Berani budak ini, jalan di tepi tebing sungai tanpa mahu dipegang. Kita yang risau. Aiman kelihatan gembira kerana akhirnya lepas bebas untuk berlari sambil menghirup udara segar. Ramai juga kaki pancing sedang memancing ikan di sepanjang teing sungai. Selepas Aiman puas berlari, kami pun kembali ke rumah.
No comments:
Post a Comment