Ahad lepas kami tiga beranak ke Hunter Valley Gardens. Dua jam lebih perjalanan ke utara SYdney, HVG terletak dalam kawasan Newcastle. Berada di tengah-tengah kawasan penanaman anggur atau vineyard, pemandangan sekeliling yang penuh kehijauan dan jauh mata memandang amat menenangkan hati. Kebetulan pada masa ini sedang berlangsung Rose Festival dan musim bunga masih belum habis, keseluruhan kawasan taman penuh dengan bunga-bunga yang pelbagai warna dan bau.
Bertolak sekitar 6 pagi, kami singgah di McD Bankstown membeli kopi dan breakfast McMuffin serta hash brown. Cuaca agak muram pagi itu, doa semoga hujan tidak turun di HVG. Alhamdulillah, walaupun matahari tidak muncul sepenuhnya, namun hujan juga tidak turun. Tiba di HVG sekitar jam 9, kami pusing-pusing sekitar kawasan itu. Semuanya ladang anggur, dan juga winery. Kalau memang dibenarkan, dah lama kami singgah makan di steakhouse yang menggamit-gamit dengan bau daging bbq yang enak.
Takpa sebab bekalan dah ready, semalam lagi dah masak spageti goreng udang besarr. Bila perut dah kenyang, hang mai la apa pun bau tak kisah dah. Penat round satu garden, kami pi ke HVG village, konon nak cari la souvenir, takdak yang menarik.
Komen lawatan:
1. Hunter Valley Gardens memang cantik, dengan lanskap yang pelbagai. Sebab itu dia guna perkataan jama'/plural gardens, sebab dalam HVGs ada banyak tema seperti Rose Garden, StoryBook Garden, Indian Tea Garden dan lain-lain.
2. Bagi mereka yang suka kepada keindahan alam memang sesuai. Musim bunga paling menarik sebab seluruh taman penuh dengan bunga. Rose paling best, hat wangi tak wangi semua ada. Besaq2 gedabak sampai yang haluih2, semua cantik2.
3. Akan tetapi bagi yang lebih suka kepada hutan batu-bata, taman tema, rides, dsb tak payah la pegi. Perjalanan menuju ke HVG ni saja dah tentu membosankan bagi korang. (Nasib baik bini aku suka bunga hihi).
4. For Muslims, bawak bekalan makanan. Jangan harap ada kedai yang jual steak halal, pasta, nasi bAriani batu pahat dsb kat sini. Kebab pun takdak. Nak pekena wine memang sesuai la. Tapi nak belasah sandwich tuna boleh aje.
5. Bagi yang ada kamera DSLR, sesuai untuk menunjukkan bakat tangkap gambar pelbagai pesen. Yang baru beli DSLR, boleh praktis guna teknik-teknik yang berbeza untuk hasilkan gambar yang menarik.
5. Ada satu makcik omputih ni masa kitorg lalu kat area tepat makan pandang tak lepas kat kitorg. Agaknya tempat ulu2 mcm ni jarang org kita masuk kot. Atau adakah aku terlalu hensem?
Destinasi seterusnya..... meja komputer.
salam..
ReplyDeletewah..mmg cntk la..
tp..MIL kata dia nak tgk kangaroo ngan koala dulu..
tgk rose kat m'sia dah byk..
huhuhu..
next week MIL dah nak blk..so..kena la mendengar kata..bwk p tgk kangaroo..
jom p nowra...
hehehhe
oh yeah bebeh.... "atau adakah aku terlalu hensem"????? what a statement...hahahaha
ReplyDeleteand komen lawatan no 5. puas hati ke dapat prektis guna teknik-teknik yg berbeza utk hasilkan gbr yg menarik??????
noor: kangaroo dgn koala wajib tengok & pegang kalu dah mai ostolia. Menarik gak tu gi nowra picnic2.
ReplyDeletemy bini: do i need to delete the statement? hehehe... Quite satisfy with the result of the pictures, but the day was cloudy and I did not set the WB to 'cloudy' all thru the day..
hehe...ensem la tuhhh... kekeke.. k.elyn, iye kan aje lah. karang majuk pulok!
ReplyDeleteazdi....percubaan yang menarik. Tahniah!Just to share something.Anon ada sorang kawan yang suka ambik gambo guna DSLR. cuba singgah blog dia...
ReplyDeletehttp://fajaril.net/
or
http://www.flickr.com/photos/fajaril/page1/
+ doakan sekali kesejahteraan anak dia yang masih di ICU sejak lahir.
Dugaan di perantauan.