Kerana dirimu amat berharga

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa. Masa kecik2 dulu seingat aku ada sambutan hari guru dengan hari ibu saja. Sejak bila depa buat sambutan Hari Bapa pulak aku pun dah miss count. Agaknya ada para bapa yang 'teringin' untuk disambut kot!

Di Sydney, tak dak promotion pasal Father's Day pun. Ropanya depa kat sini celebrate hari bapa bulan September nun. Awat lagu tu ha? Lain tempat lain hari pulak.

Hmmph takpa. Dah kita ni orang malaysia, bapak2 kita dok ada di Tanah Melayu nun, kena celebrate hari ni jugak la. Esok bulan 9 sok celebrate lagi. Elyn kata tak jumpak cari kad Father's Day. Depa tak juai lagi sebab lambat lagi kot. Err, tak jumpak ka, tak cari?

Lastly, Selamat Hari Bapa buat semua bapa, especially to my abah di Taiping! Tak lupa jugak kat abah mertua di bilik sebelah.

4 comments:

  1. Selamat Hari Bapa. Saya dah jadi bapa 22 tahun dah. Mungkin tunggu bila pulak nak isytihar hari datuk.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari bapa kepada bapa Aiman..Semoga terus memberi komitmen dalam mendidik anak-anak ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Ya..selamat hari bapa kepada mereka yang mahu menjadi bapa, yang sedang menjadi bapa dan sudah bergelar bapa.

    Jemputlah bertandang ke blog.

    ReplyDelete
  4. Pok Li,
    Dah 22 kali la sambut hari bapa yer. Hehe, kalau ada Grandpa's Day bagus jugak tu.

    Kak Tirana,
    I'm all in. Bapa no. satu sekali kena tanya nanti bab mendidik keluarga ni.

    Sdr Farid,
    WaAlaikumussalam. Terima kasih singgah.
    Visited your website. Good work! Ahsanta!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails