Kerana dirimu amat berharga

Friday, June 5, 2009

Postgrad Day 2009

Buat kesekian kalinya, Malaysian Postgraduate Students' Association (MyPSA NSW) mengadakan 'Postgrad Day'. Program berlangsung minggu lepas, 31 May 2009. Kali ini yang ketiga, dan sekali lagi di Centennial Park. Mentang2lah park ni besar, selagi tak habis tapak Centennial Park diteroka, agaknya takde peluang park-park yang lain 'terpilih' sebagai lokasi Postgrad Day.

Sekitar Program Postgrad Day 2009


Antara tujuan program ini adalah berkenalan dan merapatkan ukhuwah antara pelajar lama dan baru. Acara sukaneka kanak-kanak dan dewasa memenuhi program, selain hidangan makanan yang tak putus, ditambah dengan BBQ yang sedaaaap. Ini antara masa yang para pelajar berjumpa beramah mesra, selain dari Hari Raya. Memang, ada kenalan yang rasanya dah berbulan tak jumpa.

Aiman seperti biasa, seronok berlari sana sini. Mujur kawasan kali ni lapang, tidak padat dengan manusia atau pokok2. Mudah memerhatikan Aiman bermain dengan rakan2 sebayanya. Hmm, cepat sungguh budak ni besar. Rasanya tahun lepas masih berdukung.

Wajah-wajah Aiman


Ramai juga yang hadir, baru dan lama. Cuaca pagi agak baik. Menjelang tengah hari, awan hitam mula memasuki gelanggang. Hujan renyai sesekali turun, memberi isyarat supaya pulang ke rumah dan sambung kerja, hehe.

4 comments:

  1. Itulah keseronokan bila jumpa kawan-kawan lama dan baru. Keseronokan juga bila melihat anak-anak membesar. Tambah seronok kalau dapat 'hamper'he he he.

    ReplyDelete
  2. Pok Li,
    sesekali dapat hadiah, bukan aje budak yang seronok, bapak budak pun seronok, hehe.

    ReplyDelete
  3. Entry ni membuatkan kak tirana teringat masa study di Adelaide dulu..selalu buat gathering di park..buat bbq..alamak sedapnya..dah balik ke malaysia jarang dapat buat bbq di park. Kalau buat pun, di belakang or halaman rumah sendiri..Di Malaysia ni tak famous buat gathering di park kan?

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,
    Agaknya kita di Malaysia lebih selesa di rumah kot. Kat sini buat birtday party, ramai2 potluck, celebrate Raya semua kat park. Ada yang meeting dgn SV pun kat park. Antara perkara yang kita akan 'miss' bila balik nanti kan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails