Kerana dirimu amat berharga

Saturday, June 20, 2009

Orang Memberi Kita Merasa

Kata pepatah, 'Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.' Terima kasih kepada blog Biso Bonar tulisan Pok Li kerana sudi memberikan penghargaan kepada blog saya yang tak sepertinya ini. Walaupun sibuk dengan tugas dan kerjaya, tetap meluangkan masa mencari kesempatan berblog. Terima kasih!



Sebelum meneruskan cerita, ingin saya panjangkan penghargaan di atas kepada beberapa blog rakan-rakan lain. Bolehlah 'tempel' di blog anda. Sengaja saya pilih blogger yang saya kira sebagai 'pelajar tua' dan berada di perantauan dengan ucapan 'teruskan menulis':

1. Bakhtiarazi

2.anon suria
Dariku....anonsuria

3.Mama3hz
Perlu Hadapi Dugaan(PHD)

4.Zurin Kefeli

dan juga kepada blogger Tirana dari The Precious Moment yang penuh dengan artikel motivasi serta panduan berguna.



Diteruskan cerita...
Pada asalnya, blog ini diwujudkan sebagai tempat untuk mencoret apa sahaja bentuk penulisan, baik tulisan sendiri, 'cut & paste', gambar atau tazkirah untuk hiburan diri sendiri melayan perkembangan teknologi IT. Selain itu, berada di luar negara, kadang kala ia juga merupakan platform untuk berhubungan dengan keluarga di Malaysia, terutamanya yang nak tengok gambar.

Sebagai pelajar 'tua', kesibukan dengan tugas2 rasmi belajar tidak pernah putus. Mengadap komputer seharian, atau terperangkap di dalam makmal akibat mesin yang buat hal, melayan karenah supervisor yang pelbagai, merupakan asam garam kehidupan para pelajar. Ditambah pula para pelajar tua biasanya telah berkeluarga membezakannya dengan pelajar2 'single' dari segi beban tugas dan tanggungjawab selain dari belajar. Masa selain dari belajar biasanya dihabiskan dengan tugas-tugas 'domestic' termasuk memastikan isi rumah atau household dalam keadaan terurus.

Terima kasih kepada IT, penggunaan Blog dan juga Facebook sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa 'kesaorangan' yang dilalui. Adalah juga aktiviti lain di depan komputer selain dari study & research related. Sekurang-kurangnya kita bersosial di alam maya di samping mempunyai kawan-kawan baru. Blogging membolehkan kita bercerita, meluahkan isi hati atau buah fikiran kita. Ia juga boleh digunakan untuk melatih 'free writing skill' yang merupakan skill yang penting dalam penulisan thesis. Tidak kurang juga ruang untuk berlatih menggunakan bahasa Inggeris. Facebook pula menjalinkan networking kita bersama rakan-rakan lama dan baru, selain sentiasa mengetahui perkembangan masing-masing. Dengan ber'facebook' juga membuatkan kita tidak berasa sendirian dalam menjalani kehidupan sebagai 'pelajar tua' kerana ramai lagi rakan-rakan lain yang berada dalam situasi yang sama tetapi berbeza cara.

Walau apa jua teknologi yang kita ada, jika kita menggunakannya ke arah kebaikan, insyaAllah kebaikanlah yang kita perolehi. Jika sebaliknya, maka diri sendirilah yang rugi...

5 comments:

  1. Azdie, sbb dah dpt penghargaan, aku nak buat ucapan la ni: "Thanks to Sepatah Kata Seulas Bicara for this esteemed award, to my parents, my family and to all my fans out there for your continuous and impartial supports. This award really means to me and this (while ala2 showing the award to the crowd la konon2..)is for you!Lastly, I sound stupid when I speak Malay".

    Boleh? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah..dapat award lagi.. Ni yang seronok ni..hehehe..Thank you very much..

    ReplyDelete
  3. Owh, sblm aku dituduh plagiarised, ayat "I sound stupid when I speak Malay" diquote daripada Seripah Amani (undated) <= sbb tak ingat tahun diucapkan. Wakakakaka....

    ReplyDelete
  4. bakh, hebat speech tuh! hehe, seripah oh seripah...

    Kak tirana, welcome!

    ReplyDelete
  5. abu-aiman.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading abu-aiman.blogspot.com every day.
    no fax payday loan
    payday loans

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails