Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, May 4, 2010

Hati-hati di Lebuhraya


AHAD.

Selepas makan tengahari yang sedap berlaukkan gulai itik, saya bersiap untuk pulang ke Kuantan. Lebih kurang jam 3 petang saya bertolak, meninggalkan Aiman dan mamanya di Gombak kerana mama aiman ada kerja perlu dibereskan pagi Isnin esoknya.


Keadaan seperti biasa, cuaca agak panas. Kereta juga kelihatan banyak di Karak Highway, terutama yang menghala ke KL. Saya khusyuk melayan CD yang dipasang sambil terus memandu. Selepas beberapa ketika melepasi terowong, tiba-tiba mata saya terpaku melihat meter suhu enjin terpacak tepat ke huruf "H". Tanpa berfikir panjang saya menyalakan lampu kecemasan dan berhenti di bahu jalan. Saya tahu bahaya, tapi terpaksa tunggu sementara enjin sejuk sedikit dulu sebelum meneruskan perjalanan dan mencari tempat selamat. Saya tahu hentian Petronas sebelum tol Bentong dah dekat. Kalau jalan juga, enjin boleh rosak!


Tak sampai 2 minit, belum pun sempat saya nak turun tengok apa masalah kereta saya, tiba-tiba berhenti sebuah proton kelabu. Turun seorang lelaki.


"Apa problem bang?"


"Enjin panas, meter naik tinggi,"jawab saya. Dalam hati bersyukur ada orang datang menghulurkan pertolongan.


Kemudian saya pun buka bonet kereta. Seorang lagi rakannya turun membawa tong air. Air kering. Radiator bocor di bahagian atas, di tepi-tepi clip head radiator tu. PVC rupanya, baru saya perasan. Bukan besi macam kereta dulu-dulu.


"Kitorang ni pomen, baru lepas tolong satu kereta kat belakang tu tadi. Ni on the way nak patah balik la, workshop kitorang kat Genting Sempah," jelas M. Dia mengisi air ke dalam radiator yang panas mengeluarkan wap itu.


"Petronas dah dekat bang. Jom kita pegi sana. Sini bahaya ni bang," kata M. "Ko naik dengan abang ni," katanya pada O.


Lalu kami pun bergerak ke Petronas yang di tepi bukit itu. Dalam perjalanan yang singkat itu O berbual macam biasa dengan saya. Macam boleh harap. Kami parking kereta di bahagian belakang. Ramai. Bonet kereta dibuka dan masalah diperiksa sekali lagi. Beberapa orang yang berhenti rehat ada menegur dan bersembang sebentar pengalaman 'stranded' akibat kereta bermasalah dalam perjalanan.


Mereka berdua terus membuka radiator sambil menjelaskan apa yang patut dibuat. Si M akan membawa radiator tersebut bersama-sama kipas untuk diperiksa. Katanya hari Ahad banyak kedai tutup, sparepart susah nak dapat. Dia akan cuba telefon kawannya, kalau-kalau ada tangki second-hand, lalu dibawanya barang-barang tersebut pergi. Berkali-kali saya pesan, 'apa2 telefon saya, bagitahu berapa kena.' M kata bagi masa dalam 2-3 jam, sementara si O tinggal di hentian, menjaga kereta. 'Oklah tu, kalau dua-dua blah, tak pasal2 hilang sparepart kereta aku' fikir saya.


Jam menunjukkan sekitar pukul 5 petang. Selepas solat asar kembali duduk melengung menunggu berita. Sekitar jam 6 petang, M telefon rakannya O, kemudian bercakap dengan saya menanyakan model kereta, tahun berapa dan sebagainya. Beberapa lama kemudian O memberitahu si M dah jumpa barang second-hand, tapi kena tunggu orang tu pergi ambil di Kepong. Penantian diisi dengan membaca suratkhabar dan bermain scrabble di hand-phone. Sesekali berbual dengan si omar tentang kereta. Pelbagai kisah dia menolong orang di Karak highway keluar. Baguslah tu, rezeki pomen lebuhraya.


Tunggu lagi. Waktu Maghrib pun masuk, saya solat di surau betul-betul depan kerusi tempat kami melengung. Saya juga berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan. Selesai solat saya pun kembali ke kerusi tadi. 'Hmm mamat ni asar tadi tak nampak semayang pun. Ni maghrib pun dia buat dono jer,' terlintas di hati. Terfikir juga nak mengajak mamat yang saya perasan ada lubang tindik di telinga ni 'jom semayang', tapi tak terkeluar pulak kata-kata. Hati saya dah semakin was-was, tapi terus berdoa semoga tiada apa yang buruk berlaku. 

Memandangkan dah malam, saya membuat keputusan untuk berpatah balik ke Gombak selepas kereta dibaiki nanti. Sekitar hampir jam 8 malam, O memberitahu yang M dalam perjalanan. Kemudian waktu isya pun menjelma, saya sekali lagi masuk ke surau meninggalkan O. Penatnya menunggu.


Hampir jam 9 malam, M pun sampai membawa tangki radiator second-hand yang didapati daripada kawannya di Kepong. Dalam samar-samar, saya perasan yang terdapat kesan gam di sekeliling head radiator tersebut. "Barang second bang, bukan yang baru. Tapi gerenti OK bang," kata M. Tung-tang-tung-tang, radiator baru siap dipasang. Motor kipas yang dikatakan dah terbakar juga diganti baru, original Denso. M membawa 2 orang rakannya, Cina, untuk membantu perihal 'wiring cable' yang dia sendiri kurang arif katanya. Sedikit ubahsuai dibuat terhadap cable kipas.


Selesai kerja, M menjelaskan kos barangan serta upah yang terlibat. Saya tersandar di kereta mendengar jumlah yang disebut, dalam hati mengucap sajalah yang mampu. Saya telah bersedia untuk mendengar perkataan 'ratus', tetapi bukan 'ribu'. Saya minta kurang, dia bagilah kurang sedikit. Nak argue lebih-lebih, saya seorang mereka berempat. Saya membuat panggilan telefon, menghubungi 'talian hayat' utama supaya 'transfer'kan suntikan kewangan ke dalam akaun Maybank saya. ATM Maybank ada di dalam. Selesai sahaja urusan, saya terus pulang ke rumah mertua di Gombak dengan hati yang amat suram.


 

ISNIN

Alang-alang dah hari Isnin, saya menunggu isteri selesaikan kerjanya. Selepas minum pagi dan pekena laksam masakan ibu mertua, kami bertolak pulang sekitar jam 11 pagi. Aiman kelihatan ceria mahu pulang ke rumah, rindu pada game Wii lah tu. Saya pula amat berhati-hati kali ini. Mata akan memandang ke meter suhu setiap beberapa saat. Risau masih ada, walau dah habis rabak poket semalam.


Sampai di tempat yang sama, meter suhu mula melepasi takat normal. 'Confirmed!' hati saya berteriak, marah mula merasuk. Di Petronas yang sama kami berhenti. Bonet dibuka, wap panas sedang keluar di celahan gam di kawasan yang sama semalam. Alhamdulillah, seorang hamba Allah datang menghulur bantuan apa yang patut. Dalam masa yang sama, saya cuba telefon semula si M. Kali pertama tak berjawab, kali kedua ada. Saya menjelaskan situasi saya, nada suara semakin tinggi. Sebab segankan sahabat yang sedang menolong saya tu saja, saya mengawal diri. Isteri saya minta untuk bercakap, tapi saya kata tak payah sebab saya tahu dia lagi hebat mem'fire' orang.


"Saya cuti hari ni bang. Apa kata abang tambah sikit dan saya tukar tangki baru. Kalau nak saya cuba cari tangki baru tapi abang kena tunggu la petang sikit," kata M. Kepala hotak hang! Dah dapat duit banyak semalam, tengah joli lah tu. Lagi nak suruh aku tambah duit!


"Takpalah, saya fikir dulu. Saya cari jalan lain!" balas saya.


Sahabat yang membantu tadi memberitahu ada sebuah workshop radiator sebelum bandar Karak. Selesai mengisi semula tangki radiator, saya bergerak menghala ke Karak. Alhamdulillah, jumpa. Suhu enjin baru mula meningkat semula sebaik sampai ke bengkel tersebut. Radiator diperiksa. Taukeh kedai menelefon bengkel di Bentong pula, bertanyakan sparepart untuk model kereta saya. Malang, sparepart ford lynx memang susah sikit katanya. Maka terpaksalah ditampal semula dengan gam sebagai tindakan sementara, sementara nak sampai ke Kuantan. Lama juga tersadai di bengkel tersebut, menunggu radiator siap ditampal. Tak apa, asalkan kerja dibuat cermat, kami sekeluarga selamat. Muka isteri mencuka, panas. Aiman yang pada mulanya ceria melihat kereta-kereta di bengkel juga mula rimas. Alhamdulillah akhirnya siap juga, hanya RM45. Meneruskan perjalanan tanpa memasang air-cond dan maintain sekitar 90kmj, kami sampai jua ke rumah sekitar jam 6.30 petang, selepas berhenti makan dan solat di hentian Temerloh.


 

Selepas Maghrib, si M pomen menghantar sms, bertanyakan macamana kereta. Mungkin berharapan saya mahu menggunakan khidmatnya untuk mengganti radiator baru (dan berpeluang menelan saya idup-idup untuk kali kedua). Sebenarnya saya masih lagi bersangka baik, mungkin kesilapan bukan dipihaknya, tetapi pembekal tangki radiator tu yang salah. Saya tetap berlapik bahasa. Namun selepas membalas dua sms, hati semakin yakin mengatakan saya telah terkena. Tiada perkataan maaf ditulis mahupun perasaan bersalah, malah sms yang akhir darinya agak menjengkelkan. Dah, malas aku nak layan budak ni.


Kalau anda tahu bengkel radiator yang bagus dan harga berpatutan sekitar Indera Mahkota atau Kuantan, tolong bagitau saya. Buat sementara memang boleh harap gam tu, tapi tak tahan lama dan saya tak konfiden nak jalan jauh.


 

Moral of the story:

  1. Jangan terus percaya pada pomen jalanan yang berhenti dan ingin membantu. Lebih baik tunggu peronda lebuhraya. Tapi itulah, dalam kecemasan macam2 boleh berlaku. Tambahan pula kalau hujung minggu, malam pula.
  2. Hamba Allah yang berhati mulia dan ikhlas juga ada di mana-mana. Bergantunglah sepenuhnya pada Allah, bantuan dan petunjuk akan datang dengan izinNya dalam pelbagai bentuk yang tidak kita ketahui.
  3. Terima hakikat, mungkin Allah nak membersihkan harta kita yang belum bersih, seperti yang kita minta waktu solat Duha... 'jika haram maka sucikanlah'

13 comments:

  1. AzD,kita selalu fikir orang lain macam kita...jujur dan tak suka take advantage ke atas orang lain..tapi rambut sama hitam hati lain-lain..kejujuran dan sifat perikemanusiaan semakin terhakis di zaman sekarang ni.. ramai manusia yang tergamak menangguk diair keruh..tidak fikir kebajikan orang lain asalkan diri sendiri dapat keuntungan.

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,
    betul tu, saya tak sangka sampai macam tu sekali. selama ni dengar cerita orang, tapi sekali terkena sendiri. Pengalaman mengajar kita...
    Kadang2 terfikir baik hidup di negara orang kafir yang rata2 lebih 'trustworthy', sedang sesama Muslim telan-menelan.

    ReplyDelete
  3. Hmm, kalau k.elyn yg fire budak tu musti bergegar stesen petronas tuh!

    Saya pun pernah terkena time emergency camtu la..dah la kite ni pompuan, best la pomen tu ketuk!

    ReplyDelete
  4. Mummy Hanny,
    Oh harus, tu pasal la tak kasi dia cakap. Dulu2 saya garang jugak, tapi lepas jadi bapak garang tu dah hilang... hehe..

    Tak berkat pomen keje cenggitu kan...

    ReplyDelete
  5. Bro Aiman...kekadang ada manusia yang 'berlakon' baik tetapi nak mengena..kekadang ada pula yang mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain...ini 'ragamnya'.Simpati dari saya...yang juga pernah 'terkena' lebih kurang begitu..cuma lepas ini kita perlu berhati-hati.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Alhamdulillah Abu Aiman sekeluarga selamat tidak diapa-apakan. Sungguh, niat jahat orang kita tidak nampak. Kasihan sebenarnya kepada mereka, mereka telah menghampiri murka Allah dengan berlaku zalim sesama saudara.

    Semoga Allah menggantikan kerugian dan memberi ganjaran atas kesabaran Abu Aiman dengan balasan terbaik, ameen..

    p/s: Dah dapat radiator baru? Nanti saya cuba2 tanyakan..

    ReplyDelete
  7. Duniaku,
    Thanks bro. Betul, harap muka dan kata2 je baik belum tentu lagi. lepas ni kena lebih berhati-hati. Kena bersedia.

    EdAlia,
    Syukur semua ok, & thanks.
    Org kuantan ke? Takat ni takde sapa yang rekomen kedai mana2 lagi. Karang nak gi sembang2 dgn pomen dekat rumah tu, kot2 dia tau.

    ReplyDelete
  8. What goes around comes around.... Semoga 'org2 itu' akan mendapat balasan dr Allah....grrrrr!!!!!

    ReplyDelete
  9. Abu Aiman,

    A'ah saya orang Kuantan,jati. Lahir dan membesar di Taman Tas.. hehe

    ReplyDelete
  10. memang byk org yg cari makan macam tuu...

    ...sentiasa ingatkan diri agar berhati-hati dan dijauhkan dari kes-kes seperti ini.

    ReplyDelete
  11. salam ustaz, ada satu bengkel radiator dekat kedai2 (sebelah kiri) sebelum simpang empat besar ke bandar (yang kiri pi ECM and kanan pi Jalan Haji Junid).

    Cina tu ok la tak jenis ketuk sangat. sebut pasal kena kencing ni mmg kat mana2 pun ada. kdg2 yang kelentong ni ingat kita percaya je semua dia cakap

    ReplyDelete
  12. Abu Aiman,

    Ada satu kedai juga di Batu 3. Kawasan dekat-dekat dengan Tunas Manja. Maaf ya lambat bagitahu..

    ReplyDelete
  13. TQ Aidil,
    Memang dah perasan ada kedai tu, cuma tak pi tanya je.

    EdAlia,
    Takper. Alhamdulillah dah Ok, saya ke pdg lalang last week. Thanks anyway!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails