Life begins at 40. Selalu kita dengar ungkapan ini. Para isteri biasanya terlebih 'berjaga-jaga' apabila si suami memasuki umur 40. Kenapa ya? Mungkin kerana pada waktu itu si suami berada dlam keadaan stabil dari segi kerjaya dan kewangan, kenalan semakin ramai, tambahan pula kenalan wanita. Diragui pula jika lebih banyak masanya diluangkan di luar berbanding di rumah. Masa sesuai untuk pasang yang ke-2!
Muhammad S.A.W. diangkat menjadi nabi di usia 40. Umur 40 juga merupakan takat pengukur, di mana jika kita telah mencecah 40 tetapi perangainya masih belum berubah ke arah inginkan kebaikan beramal ibadah, maka kemungkinan kita akan terus tenggelam. 40 tahun hidup di muka bumi kalau asas imannya masih lemah, tak tahulah apa yang dibuatnya dengan umur itu. Atau mungkinkah hidayah hanya akan turun selepas pencen? "Tunggulah esok2 dah pencen aku pergilah ke masjid dengar kuliah." Kalau umur panjang Alhamdulillah, kalau Izrail datang lebih dahulu, macamana?
Bila kita menziarahi Madinah al-Munawwarah, ramai yang berusaha menunaikan 40 waktu solat fardhu secara berjemaah tanpa putus di Masjid Nabawi, mengambil masa 8 hari berturut-turut. Dalam kehidupan seharian, kita juga disarankan untuk melakukan solat sehingga mencukupi 40 rakaat sehari semalam termasuk solat fardhu [Kiraan ringkas: Solat fardhu = 17, Rawatib = 14, Witir = 3, Lain2 seperti Dhuha, Tahajud dsb = 6. Jumlah = 40]. Terasa berat bagi kita, namun usahakanlah setakat yang terdaya.
Tempoh masa 40 hari berpantang selepas bersalin rata-rata mengatakannya tempoh yang terbaik untuk si ibu pulih sepenuhnya daripada sakit bersalin. Begitu juga kejadian manusia daripada benih sehingga menjadi berupa 'makhluk' adalah sekitar 40 hari. Banyak juga amalan serta petua yang disarankan supaya diamalkan sama ada 40 kali atau 40 hari dan sebagainya supaya sebati dan mujarab.
Kurang sedekad lagi akan mencecah angka 40 tahun, semoga dipanjangkan umur dan dilebatkan rambut ketika itu...
Ketika saya masuk ke tingkatan satu, tempoh orientasi adalah 40 hari. Dalam tempoh ini, antara peraturannya ialah pelajar tidak dibenarkan sama sekali menghubungi dunia luar termasuk ibubapa sendiri. Alasan utama mudir ketika itu ialah untuk membentuk 'kebiasaan' atas perubahan besar di mana bagi hampir keseluruhan pelajar tingkatan satu, itu adalah kali pertama pengalaman tinggal di asrama berjauhan dari keluarga. Jika kita 'survive' tempoh 40 hari itu, maka insyaAllah kita telah berjaya melangkah setapak lagi menuju kejayaan.
Menurut cerita mama, ketika itu hampir setiap malam abah tidak boleh tidur lena. Memang abah banyak meluangkan masa dengan saya sewaktu sekolah rendah sementelah dia telahpun bersara dari angkatan tentera ketika itu. Sampai suatu petang ibubapa serta maksu saya berkereta dari Taiping ke Kuala Kangsar meronda di sekitar pagar sekolah, dengan harapan terlihat kelibat saya, tapi tak berjaya. Saya tahu terdapat ibu bapa yang menemui anak2 mereka secara 'bersembunyi' ketika waktu solat Jumaat di Masjid Ubudiah, yang terletak betul2 di hadapan sekolah. Alhamdulillah saya survive, hanya sekali sahaja saya menangis, hehe... 40 adalah angka kritikal.
Baru-baru ini terdengar juga cerita melibatkan 40. Dikatakan 40 borang keahlian telah diisi dan diserahkan oleh para cendekiawan dan ilmuan, sebagai melambangkan kesungguhan dan ketelusan pertubuhan tersebut dalam memartabatkan Islam. Namun di sebaliknya banyak cerita lain juga kedengaran, ada yang tak tahu namanya terlibat dsb, wallahu a'lam. Mungkin 40 yang ini merupakan permulaan sebuah perubahan, InsyaAllah, kita berhusnu-zhan. Harapnya tidaklah menjadi seperti cerita Ali Baba dan 40 penyamun tarbus, yang dipergunakan dan akhirnya bungkus...
ish ish orang lelaki ni..
ReplyDeletetak payah nak tunggu 40..
bebudak lagi dah 'hidup'
...ada juga yang daj lebih 40 tahun tapi masih perasan macam 20 thn...tenaga dah kurang tapi tak nak mengaku..nafsu bertambah (??? cover aje sebenarnya)
ego we oiii
...kekadang tengok jejaka 40 ni macho pulak !!! hehehehe
40 oh 40...ambe doh nak masuk ke cuti ni...abe masuk dale list yang ambe nok ziarah...masak gulai ikan termenung ya! hehe
ReplyDeleteikan emas,
ReplyDeletejejaka 40, ekekeke... Ada juga kata botak dan buncit itu antara ciri2 macho, taktau la taste masing2...
Dr Amad,
nak cuti2 malaysia pulop ke pas ni? ahlan wa sahlan ila kuantan. Bereh, jgn pastu dok termenung sokmo dah la =)
salam,
ReplyDeleteangka 40 tu pun kena hati-hati banyak penyakit terlarang sampai..
Sudah sedekad melepasi umur empat puluh. Tunggu umur 60 pulak. Insya allah.
ReplyDeletebanyak sungguh cerita 40 ni!! pejam celik sat lagik kita dah jejak 40.Lelaki suka umur 40 tapi kalo wanita..takut sikitlah. he he..
ReplyDeleteLife begins at 40...tapi mati tidak menunggu kita sehingga umur 40. Ada orang yang mati ketika usia belum mencecah 40 so untuk menikmati hidup tidak payah tunggu umur 40, untuk membuat amal ibadat pun tak payah tunggu sehingga umur 40. Rebut peluang dan ambil kesempatan ketika kita masih bernyawa...
ReplyDeletepenjejak maya,
ReplyDeletetu pasal kena jaga kesihatan dari awal, kalau penyakit dah singgah susah.
Pok Li,
lama betul tak nampak. Semoga panjangkan umur dalam kesihatan insyaAllah...
Anon,
Hadapilah dengan tenang. Sang suami kena bagi full support, hehe...
Kak Tirana,
gunakanlah masa sebaiknya... lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, hidup sebelum mati...
jalinan fakta 40 yang menarik...dari gaya hidup, kerasulan, ibadat khusus, kelahiran, alam persekolahan hingga politik...
ReplyDeleteo...idrisiah rupanye Azde ni...heheh
Bapak,
ReplyDeletemacam2 40, hehe.
masa darjah 6 kena pilih nak skolah di tepeng ke, masuk semesti ke, masuk idrisiah ke... maka pilih yg di tengah... heheh