Musim cuti sekolah seringkali disertai dengan musim kenduri kahwin. Kalau arwah abah masih ada pasti jadual kendurinya penuh. Minggu lepas saya pulang ke Taiping. Sempat juga bawa emak makan 2 kenduri; satu di Taiping dan satu lagi di Parit Buntar. Kami berlima termasuk sepupu dan mak sedara saya naik sekereta.
Pulang dari Parit Buntar petang itu, kami sengaja melalui Taman Tasik Taiping. Seronok bila ternampak pasangan pengantin Melayu sedang bergambar sakan di Lake Garden. Ingatkan satu saja, bila ke depan ada lagi pasangan pengantin dok bergambar. Kami yang dok dalam kereta ni yang excited "Tudia tudia ada lagi! Uuui cantiknya baju dia!". Kemudian ada lagi, kami kira lebih kurang 12-13 pasangan pengantin yang bergambar sakan. Itu yang dok nampak di tepi jalan, yang ada di tengah-tengah Lake Garden tu tak tahulah. Mujur petang tu hujan tak turun, tau-tau sajalah Taiping. Alhamdulillah, semoga pasangan pengantin sentiasa diberkati dan kekal selamanya.
Mungkin ramai yang menganggap kawin itu seronok. Ya, memang la seronok, maklumlah dapat lesen besar. Tapi jika dilihat pada kadar perceraian yang meningkat, saya mengandaikan ramai juga yang tidak memahami tujuan atau matlamat perkahwinan. Lebih kepada hanya untuk keseronokan, ada juga sekadar untuk mendapat kelulusan untuk nak berdua-duaan barangkali.
Bagi seorang lelaki, jika dia tidak merasa 'terbeban' dengan sebuah perkahwinan, perlu muhasabah semula. Terbeban yang saya maksudkan bukanlah bermakna rasa terseksa nak tanggung bini dan keluarga kelak. Tetapi terbeban dengan tanggungjawab menjaga seorang wanita yang baru bergelar isteri. Bukan mudah. Perlu dibimbing, ditunjuk ajar, diberi makan pakai, disediakan tempat tinggal dan sebagainya. Memeriksa dan memastikan segala yang masuk ke dalam rumah hatta setiap zarah makanan yang dimakan keluarga, semuanya mesti bersumberkan yang halal, dan ini terletak pada bahu suami. Mudah bukan? Maka bila pasangan yang berkahwin masih mengekalkan gaya hidup bujang yang hanya menjaga diri sendiri, masalah pasti akan timbul.
Jangan bila dah dapat bini cantik ibu dilupakan. ~Al-jannah tahta aqdamul ummahaat ~ Syurga di bawah telapak kaki ibu. Anak lelaki merupakan hak milik penuh ibunya selagi mana dia masih hidup. Bagi seorang lelaki yang masih mempunyai ibu, menyayangi dan melebihkan isteri sehingga melupakan ibubapanya sendiri adalah satu dosa besar. Masih ingatkan pada kisah Alqamah?
Alqamah merupakan seorang yang kuat beribadah. Namun dia melebihkan isterinya sehingga ibunya terasa hati. Pada saat kematiannya dia tidak dapat mengucap. Rasullah diberitahu akan sebabnya, namun ibu Alqamah masih tidak dapat memaafkan si anak, sehingga Rasulullah mengugut untuk membakar Alqamah jika ibunya masih enggan mengampunkan anaknya. Setelah segalanya selesai Rasulullah kemudian memberi peringatan, barangsiapa yang melebihkan isterinya daripada ibunya sendiri maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Maka beringatlah, memberi penghormatan dan ketaatan kepada ibubapa adalah lebih utama.
Bagi seorang perempuan, bagaimana pula dikatakan 'syurga di bawah telapak kaki suami'? Sebaik sahaja aqad dilafazkan, 'alamat' syurga bagi seorang perempuan berpindah daripada ibunya kepada telapak kaki suaminya, selama mana pasangan tersebut masih bersama. Ini membawa maksud ketaatan telah berpindah daripada ibunya kepada suaminya. Ia berubah bukan sekadar atas asbab pernikahan itu, tetapi juga sejajar dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh si suami, sepertimana yang diulas di atas. Ini membawa maksud apabila berlaku pertembungan antara kepentingan suami dan ibubapa, suami lebih berhak diutamakan. Oleh itu jika ada yang belum puas duduk di bawah ketiak bapa serta menyedap di atas paha ibu, fikir-fikirkan sama ada anda telah bersedia untuk menjadi isteri orang atau belum. Namun begitu si suami harus menghormati mertuanya kerana mereka merupakan ibubapa kepada isterinya.
Rasulullah pernah bersabda bahawa yang maksudnya lebih kurang begini: 'jikalau ada manusia yang layak disembah nescaya aku perintahkan para isteri sujud kepada suaminya'. Terdapat satu kisah yang saya ingat-ingat lupa, di mana seorang isteri diberitahu bahawa ayahnya sakit tenat. Suaminya keluar bermusafir dan masih belum pulang, maka dia tidak akan keluar dari rumah tanpa izin suaminya kerana taatnya pada suami. Sehinggalah ayahnya meninggal dunia, suaminya masih belum pulang. Betapa sedihnya si isteri tadi kerana tidak sempat bertemu ayahnya dan memberi penghormatan terakhir. Akan tetapi akhirnya dia mendapat berita gembira bahawa ayahnya menjadi calon syurga atas ketaatan si isteri tadi terhadap suaminya.
Suami umpama seorang imam, dan isteri serta anak-anak adalah makmum. Imam yang berjaya perlu membawa bersama makmumnya menuju kearah kejayaan. Kejayaan dunia dan akhirat hanya akan tercapai jika suami menjalankan tanggungjawab dengan baik serta berjaya membimbing isteri dan anak-anak kearah yang diredhai. Allah berfirman di dalam surah Al-Furqan ayat 74:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa."
Ayat ini sering dijadikan doa sesudah kita solat. Namun, layakkan seorang suami yang tidak menunaikan amanah dan mengabaikan tanggungjawab beroleh isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata? Oleh itu si suami adalah orang pertama yang perlu berubah menjadi seorang anak yang soleh kepada ibunya dan suami yang soleh kepada isterinya, sebelum berharap mempunyai isteri yang solehah serta anak-anak yang soleh.
Kesimpulannya, kita perlu mentaati ibu kerana mentaati Allah. Begitu juga isteri perlu mentaati suami kerana mentaati Allah. Ibubapa pula jangan terus-terusan mengongkong si anak, sebaliknya membimbing dan memberi nasihat kepada mereka. Sebuah rumahtangga akan terus mendapat kebahagiaan jika masing-masing faham akan peranan dan tanggungjawab. Kepada pasangan yang baru membina rumahtangga, banyak lagi yang perlu anda pelajari. Berkahwin bukan untuk sehari-dua, tetapi biarlah membawa ke syurga...
Notakaki: entry ini juga sebagai peringatan kepada para pengantin lama terutamanya diri sendiri… sudah tertunaikah tanggungjawab kita…
Sebelum kawin, kena belajar macam-macam, tak boleh pakai main kawin aje..hehehe..at least tahu tanggungjawab suami dan isteri...
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 2902 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 1 JUTA RINGGIT , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]
ANGKA GHOIB: SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA GHOIB; TEXAS
ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/
ANGKA GHOIB; LAOS
patutnya begitulah, kena semak syllabus balik, hehe. cuma masyarakat sekarang lebih mengutamakan akademik anak2, tak sempat nak ajar ilmu rumah tangga. Habis study terus kahwin, kenalah belajar sama2 balik.
ReplyDeletePerkahwinan adalah gedung pahala dan kebaikan. Maka ia merupakan target utama syaitan.
iyer laa..
ReplyDeleteskrg ni nak kahwin bayaran utk jurufoto nya sahaja nak beribu-ibu...
ikan emas,
ReplyDeletebetul la, kos makin meningkat.
ingat nak tukar profesion lah, tangkap gambar orang kawen... ekeke..