Kerana dirimu amat berharga

Saturday, July 31, 2010

3D3N in Putrajaya

Tiga hari tiga malam berkampung di Putrajaya agak memenatkan. Namun atas dasar menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan, saya terus menghadiri mesyuarat yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari selama tiga hari minggu lalu.


Pada saya yang rasanya hampir 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana, Putrajaya sudah banyak berubah. Bangunan semakin banyak, lanskap semakin indah, juga terdapat banyak taman-taman awam disekitarnya. Alamanda juga sudah ramai manusia yang mengunjunginya, berbanding ketika mula-mula dibuka dulu. Jalinan jalan juga semakin banyak, terima kasih kepada Nokia saya yang banyak membantu.


Walaupun berada di sana selama 3D3N, saya tidak berkesempatan untuk berjalan-jalan dan melawat ke mana-mana. Meeting-Hotel-Dinner. Kamera yang dibawa sekadar memenuhkan ruang kereta sahaja. Hanya beberapa gambar Aiman bermain air di kolam renang hotel yang sempat disnap. Gambar di atas pun atas ihsan encik Google. Penat. InsyaAllah lain kali jika ada kesempatan akan meluangkan masa 'melancong' ke Putrajaya.



"Women are ruling the country..." Itulah antara yang terlintas di fikiran saya semasa menghadiri mesyuarat itu yang rata-ratanya membincangkan mengenai dasar dan perlaksanaan strategi pemakanan negara. Ruang mesyuarat yang besar dan indah itu dipenuhi kaum wanita. Daripada runner dan rapporteur hinggalah kepada Pengarah dan Ketua Pengarah jabatan-jabatan dan bahagian yang terlibat, majoriti adalah wanita. Ke mana hilangnya lelaki?

Sunday, July 25, 2010

There goes our weekend

It's raining heavily out there. Dark. Even though today is my wife's birthday, we did not go out to celebrate. Just stayed at home, no cakes, only with home cooked meals. Malas nak keluar (sebenarnya nak jimat budget dalam keadaan ekonomi rumahtangga masih belum stabil.. hehe...).




Well, although we just stayed at home, it does not mean that we can not celebrate, can we?




For breakfast, we had meehoon tomyum gung. Specially made to taste like TOT (Taste of Thai), one of our favourite Thai cuisine in Bankstown, Sydney.



For lunch, we had rice with kerabu ulam raja, kangkung belacan and again the tomyam leftover.

Kerabu Ulam d'Raja*


Kangkung Belacan

For Dinner, just need a little creativity and thinking to use whatever we have in the kitchen.

I hope all these delicious cooking (perasan...) will make up for the absence of birthday cake and also card this time.



PERIHAL ULAM DAN KERABU
Kalau kita ke pasar malam, macam-macam ulam ada dijual. Yang kaki ulam, rasa macam nak beli semuanya. Di sini satu ikat seringgit, dan seikat tu kadang-kadang macam boleh makan 10 orang. Ulam ni kalau disimpan lama-lama pun tak sedap, dia layu dan tak rangup lagi. Maka supaya cepat habis dan tidak membazir, sesetengah jenis ulaman boleh dijadikan kerabu, baru lajuuu je makan. Antaranya yang pernah saya guna ialah daun selom,  ulam raja, taugeh, dan daun kunyit (kalau ada banyak daun muda). Di sydney dulu gunakan parsley, dan pernah juga gunakan epal hijau. Nak terangkat lagi, masukkan perut yang dah direbus ataupun kerang. Pergh.

Royal Salad Recipe, kita kata kerabu la, hehe.
Bahan-bahannya:
Ulaman segar
Cili atau cabai (nak pedas bubuh cabai melaka/cili padi)*
belacan* 
Limau nipis (saya suka guna limau krisik/kasturi sebab lebih wangi)
bawang merah, dihiris dan selebihnya ditumbuk dengan cili tadi
kerisik
garam & gula secukup rasa
*kalau ada baki sambal belacan semalam, boleh gunakan terus.

Optional jika nak tambah:
daun bawang
udang kering atau kicap sutong (saya tak bubuh, nanti jadi mcm kerabu siam)
Perut/kerang (rebus sampai masak dulu ya, nanti tak pasal2 food poisoning)
atau lain-lain bahan yang difikirkan sesuai mengikut pengalaman

Caranya:
Hiris ulam sehalus yang boleh. Bab ni saya surrender, memang kasaq sikit hasilanya, hehe. Sediakan sambalnya, kemudian gaul saja semua bahan2 itu. Pastikan kerisik dan asam limau mencukupi, adjust garam dan gula supaya tidak berlebihan.

NOTA: Oleh kerana ianya tidak dimasak, pastikan anda menggunakan peralatan yang bersih, daripada chopping board, pisau dan ulam itu sendiri. Gaul guna tangan lebih ada umphh, tapi pastikan bersih sebersih-bersihnya.

Grow old along with me! The best is yet to be...


Today is your birthday,
A special day indeed,
May God bless you, I pray,
And meet your every need!

God made you, my darling,
To be my only  wife;
And that’s the greatest thing,
That happened in my life!
 A Very Happy Birthday
To my dearest wife! 

 Dok teynang nak tangkap gambaq sapa tu?

May Allah bless you always with health, wealth and happiness and grant you all the greatest, bestest things in this worldly life and the hereafter. Have a great year ahead...

Friday, July 23, 2010

Umpama timun dengan durian

Kalau dulu saya isi minyak kereta RM30, meter naik lebih sikit dari setengah tangki. Sekarang, harga yang sama meter tak mencecah setengah tangki pun. Itu baru naik lima duit, kalau naik lima kupang tak tau nak habaq la.


Semalam saya naik motosikal ke tempat kerja. Meter minyak dah bawah pada tanda E, tetapi saya jalan juga sebab ada kelas pukul 8 pagi, hajatnya dalam perjalanan balik petang nanti baru nak isi minyak, sambil berdoa janganlah habis minyak di tengah jalan. Alhamdulillah...


Petang menjelma, langit mulai mendung. Jelas dari tingkap bilik saya awan hitam sedang membuat gathering. Telefon berbunyi, "Abang bila nak balik, langit dah gelap tu!" risau seorang isteri setiap kali kalau saya naik motor ke tempat kerja.



Saya mencapai jaket dan berkemas untuk pulang segera. Sampai ke bawah, hujan mulai turun. Dalam perjalanan, hujan lebat seketika. Helmet saya tidak berpenutup muka, terasa pedih pipi ditimpa titisan hujan, mujur tak besar mana. Agaknya kalau pakai mascara tentu dah jadi rupa pontianak dok menangis, hehe. Menghampiri stesen petronas BIM, hujan mulai seriat, maka singgah juga mengisi minyak. RM5, dapatlah tiga suku penuh tangki motor peninggalan arwah abah ini.  Sampai di rumah saya bertanya, "Ada lompang-lompang tak pipi abang?"



Motorsikal peninggalan arwah abah, walaupun hampir mencecah usia sedekad, masih tidak terjejas. Memang abah seorang yang cermat.




Pagi Jumaat ini, saya naik motor juga. Setiap kali naik motor, tidak dapat tidak saya akan teringat pada arwah abah. Dan setiap kali melalui jalan Kuantan bypass, dengan lori dan kereta yang laju-laju belaka. mat rempit pun ada, sering membuatkan saya mengucap.


Kalau kita tengok cerita kartun Tom & Jerry, ketika Tom terlalu lapar, bila terpandang Jerry atau Tweety dia akan terbayang ayam panggang yang sedang bergerak-gerak. Hari ini, di atas jalan sambil membawa motor, saya terbayang  lori-lori tersebut bagaikan buah durian, manakala saya dan motosikal lain umpama timun yang sedang bergerak di atas jalan. Kadang-kadang rasa ngeri!


Itulah antara pengalaman seorang penunggang motosikal yang ada rasa insaf, hehe. Bukan apa, saya takjub pada mereka yang bawa motor kapcai tapi boleh memecut laju bagai nak terbang. Tak terfikirkah mereka, kalau ter'cuit' atau ter'singgul' sikit saja, si penunggang boleh jadi superman paling koman dua tiga ratus meter jarak 'penerbangan'nya. Na'uzubillah! Saya bawak 60kmh pun rasa dah laju, pernah mencecah 80kmh, rasa gayat. Alhamdulillah saya semakin cekap, tidak lagi teragak-agak nak me'lipat' ketika mengambil selekoh atau melalui round-about. Doakan saya sentiasa selamat...



Kadang-kadang kita terlihat, ada ibupada yang membawa 2-3 anak menaiki sebuah motosikal; sampai 3-4 orang di atas sebuah motor yang kecil. Ada yang menggendong bayi, kepalanya terkulai seperti jelly. Mungkin ada tanggapan sinis, kenapa mereka sanggup memperjudikan nyawa anak-anak begitu. Tetapi saya rasa, itulah sahaja kenderaan yang mereka ada, yang mereka mampu; sebuah motosikal. Masakan seorang ayah sanggup berhujan atau berpanas membawa bayinya atau isterinya yang mengandung dengan bermotosikal sahaja sekiranya dia mempunyai sebuah kereta biarpun seekor 'kancil'! Hmm... mungkin yang bertaik hidung masin-pahit la kot, mahu berjimat kerana harga minyak petrol yang baru diselaraskan ini. Aga-agak boleh tak diadakan kempen 'Satu Keluarga Sebuah Kereta'.


Kita patut bersyukur kerana kita masih mampu meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun harga barang dinaikkan. Tak mahu berkereta, naik motor. Yang ada basikal racing atau mountain bike yang berharga ribuan ringgit tu, boleh kayuh basikal pula. Kita masih punya pilihan. Namun kita perlu sedar dan berasa insaf kerana masih ramai di kalangan kita yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan. Ada yang nak mengisi minyak motor pun bertagak-tagak, bertolo-tolo.


Dalam keadaan demikian, kita masih boleh membina mahligai yang khabarnya bernilai RM400 juta, yang kemudiannya menjadi RM811 juta, seterusnya naik lagi kepada RM1.1bilion. Harapnya ia tidaklah begitu. Saya rasa sedih juga bila memikirkan bahawa hanya segelintir sahaja daripada kita yang bakal mendapat manfaat dan bakal menggunakannya, sedangkan mereka tidaklah terlalu memerlukannya, walhal sepatutnya hasil tersebut digunakan untuk kemaslahatan rakyat yang lebih memerlukan dan dikembalikan manfaatnya kepada umat. Itu belum dilihat projek-projek 'mega' yang lain. Bukan tak boleh buat, tapi berpada-pada lah.



Sekali lagi kita menjadi timun, bak kata pepatah, umpama timun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.





Saturday, July 17, 2010

18SX: Ambil Kesempatan

Sana-sini kedengaran ramai orang tidak berpuas hati dengan 'penyelarasan' harga petrol dan gula baru-baru ini. Lepas ni pasti harga barang-barang lain turut dinaikkan oleh peniaga terutamanya pengusaha restoran dan kedai makan.

Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan pengambilan gula, selain dapat berjimat ia amat baik untuk menjaga kesihatan. Kurangkan makan di luar, selain dari jimat petrol, makan masakan sendiri di rumah lebih sihat serta dapat memupuk kasih sayang berkeluarga, terutama jika suami isteri masak bersama.

Masak sendiri, kita tahu apa yang kita masukkan dan jadikan makanan lebih sihat.
Teringat soalan lazim seorang kawan Myanmar jika makan di rumah kami, 
"Apa you letak dalam?"

Bagi mat rempit dan pemandu kereta yang suka tekan pedal minyak rrrapat ke lantai tu, ambil kesempatan ini untuk mengubah tabiat pemanduan anda. Bukan sahaja dapat menjimatkan minyak, kemalangan juga dapat dikurangkan, serta stress yang diakibatkan kepada pemandu lain turut dapat dielak dengan bertambahnya pemandu berhemah di jalan raya kita.

Komplen, komplen juga, but let us take it positively. No stress, live happily.
Rezeki habis kot sini, insyaAllah Tuhan akan ganti kot lain...

Wednesday, July 14, 2010

How to hold your sneeze/Petua Bagaimana Menahan Bersin



When we were in Australia, I will suffer a bit nearly every spring. It's allergic. When the flowers start to bloom, they produce pollens. With dry air and windy days, the pollen were carried away and spread all over the places. During spring season as well, anti-histamine is the best-selling medicine, whereby many people with sensitive nose like me need it to continue our daily life comfortably – free from itchy runny nose and sneezing.


Lavender; Spring is heaven for bees


These couple of days I am feeling uncomfortable with my nose and throat. On-and-off my nose becomes blocked, and sometime runny like a leaking tap. Not sure what type of virus, or just an allergic reaction. Well, it runs in the family ~sensitive nose~. So I need to get my buddy, the FexoTabs, and luckily I still have them in our medicine box.


One of my companion in Spring; Nasonex nasal spray.

Have you ever experience sneezing continuously for more than, say, five, sometimes ten, sneezes in a row? Well, I'm not sure how to explain. Evidently sneezing does give you the feeling of relief. It also opens and clears your breathing pathway and expels foreign matters as well as viruses. That's why we are required to say Alhamdulillah, All praise just for Allah, every time we sneeze. I use to get this 'bless you' saying from my Aussie friends every time I sneezed, but here to get that 'YarhamkaAllah' is something rare, maybe extinct. 


Different people produce different sound when sneezing. I could not stand seeing people sneezing through their nose with that sweet 'chit' sound. Just let it go, baru puas! But yes sometimes when we are in public places for instance in the train, or especially in a crowded lift, we always try to hold our sneeze. This is particularly true for people who their sneezes can be heard from 3 miles away.. haha.. Just imagine if they let it go in the lift full of people.


Ha! Nak bersin la tu! Bergema seluruh dataran...
 


Well, as a person who sneezes quite a lot, I have learned a useful tip on how to hold your sneeze, or at least delay it until you get to a suitable place to blow it away. It works for me most of the time. Just bite your tongue as hard as you can until the urge subsides. Bite with your molar or back teeth with the broad surfaces, don't use your front teeth as they are thinner and sharper.


Try it! 




And this is the unedited Malay version fully translated by Google Translate:

Ketika kami berada di Australia, saya akan menderita sedikit hampir setiap musim bunga. Ini alergi. Ketika bunga mulai mekar, mereka menghasilkan serbuk sari. Dengan udara kering dan hari berangin, serbuk sari dibawa pergi dan tersebar di seluruh tempat. Selama musim bunga juga, anti-histamin adalah ubat terlaris, di mana banyak orang dengan hidung sensitif seperti saya memerlukannya untuk meneruskan kehidupan kita sehari-hari selesa - tidak dari hidung meler gatal dan bersin.
Beberapa hari ini saya merasa tidak nyaman dengan hidung dan tekak. On-dan-off hidung tersumbat, dan kadang-kadang meler seperti paip bocor. Tidak yakin jenis virus, atau hanya reaksi alergi. Well, ini berjalan dalam keluarga ~ ~ hidung sensitif. Jadi aku harus mendapatkan teman saya, FexoTabs, dan untungnya saya masih menyimpannya di tempat ubat kita.
Pernahkah anda mengalami bersin terus-menerus selama lebih daripada, katakanlah, lima, kadang-kadang sepuluh, bersin berturut-turut? Yah, aku tidak pasti bagaimana menjelaskan. Jelas bersin tidak memberikan rasa lega. Ini juga membuka dan membersihkan laluan pernafasan anda dan mengusir hal-hal asing maupun virus. Itulah mengapa kita dituntut untuk berkata Alhamdulillah, Segala puji hanya untuk Allah, setiap kali kita bersin. Saya gunakan untuk mendapatkan 'bless you' dari teman saya mengatakan Aussie setiap kali aku bersin, tetapi di sini untuk mendapatkan yang 'YarhamkaAllah' adalah sesuatu yang langka, mungkin punah.
Orang yang berbeza menghasilkan suara yang berbeza ketika bersin. Aku tidak tahan melihat orang bersin melalui hidung mereka dengan suara anak manis''. Biarkan saja, PUAS Artikel Baru! Tapi ya kadang-kadang ketika kita berada di tempat umum seperti di kereta, atau terutama dalam lif yang penuh sesak, kami selalu cuba untuk terus bersin kita. Hal ini terutama berlaku bagi orang yang bersin mereka dapat didengar dari 3 batu jauhnya .. haha .. Cuba bayangkan jika mereka membiarkannya pergi di lif penuh orang.
Yah, sebagai orang yang bersin cukup banyak, saya telah belajar tip kepada mengenai cara memegang bersin anda, atau sekurang-kurangnya menunda sehingga anda mendapatkan tempat yang sesuai untuk meledakkan itu pergi. Ia bekerja untuk saya sebahagian besar waktu. Hanya menggigit lidah anda sekeras yang anda boleh sampai reda mendesak. Menggigit dengan gigi geraham atau anda kembali dengan permukaan yang luas, tidak menggunakan gigi depan anda kerana mereka lebih tipis dan lebih tajam.
Cubalah!


Friday, July 9, 2010

Sunshine Award

 Terima kasih kepada Bapak atas pemberian Sunshine Award ini.


The sunshine award is awarded to bloggers whose positivety and creativety inspire others in blogging world.

the rules : -
- nominate 12 others blogger
Khas kepada semua pengunjung tegar blog SKSB (macamlah glamer sangat, hehe), baik yang mengomen mahupun silent readers, anda dipersilakan menerima award ini.



- put the award on the side bar or within a post
Done!

- let the nominers know they receive the award..
Done!

- share the love and link the person who gave you the award...
Done!

Wednesday, July 7, 2010

Leave nothing but your footprint every time you visit the beach!

As a peninsular, our country is surrounded by the sea. If there is a sea, so there will be seashores, and beaches. While staying in Sydney, we used to go to the beach on weekends just to past our time while watching the scenery and let Aiman played in the sand. What's best, it was free-of-charge.

Wattamolla Beach, Sydney

Still loving it, we are lucky enough to be in Kuantan, it only takes minutes to get to the closest beach. One of the beaches nearby is Pantai Sepat, about 30km from Kuantan city. One thing I like about the South China Sea is the sea breeze, it is always windy. Just sitting under the tree while having some keropok lekor or goreng pisang panas, together with ayaq nyoq (coconut drink) is very soothing and calming.



Pantai Sepat. Nice scene huh!


Nevertheless, the scenery was not as always as you expected it to be. I am not sure why most of our beaches are full of rubbish. For example here, the visitors were not as many as other popular beaches, but the rubbish were scattered all along the beach, close to the bank. You have to be careful when picking up a spot to sit down. I even spread newspapers for us to sit on, and told Aiman not to take off his shoes.

 Look at the rubbish; plastic bottles, polystyrene, even glass.


Yes I admit we have animals around, especially here, there are cows and goats roaming the area. But they do not litter or throw the rubbish on the beach! The most they do is peeing and leaving their poo. It is us, the human being, who use plastics and glasses and papers. Please people, take your rubbish home with you after whatever-who-cares thing you do at the beach!

 You can sit, lie-down and sleep anywhere you like on a clean beach!


On the other hand, Australia as a continent, is also surrounded by the sea and beaches. The beaches are always full of people, especially in Summer. However, you can hardly find an empty bottle or whatever piece of rubbish. The irony is, over there, the beaches were crowded with people but there were very little rubbish. Whereas here, sampah banyak dari orang!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails